Tak tahu nak gelak atau marah. Kejadian ni baru berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 10:20 pagi yang lepas di kota Shenzhen, daerah Guangdong yang terletak di selatan China. Seorang pencuri tidak sedar yang dia sedang berlari ke arah balas polis selepas meragut telefon bimbit daripada tangan kanan seorang wanita di situ. Pencuri terbabit sebenarnya cuba untuk melarikan diri selepas wanita tersebut mengejarnya.
Rakaman daripada cctv menunjukkan pencuri itu merampas telefon bimbit daripada seorang wanita dan seterusnya cuba untuk melarikan diri. Namun, sebaliknya yang terjadi! Dia sebenarnya menyerahkan diri sendiri secara sukarela kepada pihak polis dengan berlari masuk ke dalam kawasan balai polis. Memang nampak pencuri tersebut tahu dia dah tersilap langkah jadi dia pun berhenti berlari dan pasrah dengan kebodohan diri sendiri. Tak cukup satu minit pun dia pegang telefon bimbit tu dah kena tangkap. Agak agak berapa saat? 10 saat! Haha! Boleh tengok sendiri kat bawah ni:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan