Khamis, 14 September 2017

888 Tea & Coffee - Minum Petang Dengan Hidangan Teh Dari 5 Negara

Salam.


Minggu lepas aku dapat jemputan untuk menghadiri majlis "Five Senses Tea Brewing Experience High Tea" yang dianjurkan oleh jenama 888 Tea & Coffee. Haaa... Kenapa lima deria? Kerana majlis hari tu cuba untuk memberi pengalaman kepada kita menikmati rasa, bau, pandangan, sentuhan dan bunyi semasa membancuh teh. Hebat tak? Majlis tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-75 jenama 888. Dah sebaya atok atok nenek nenek kita dah.




Majlis istimewa hari tu telah memperkenalkan perbezaan teh daripada negara-negara seperti China, Indonesia, India, Kenya dan Sri Lanka. Setelah membancuh teh daripada kelima-lima negara tersebut, aku dapat lihat perbezaan dari segi warna, rasa dan bau. Warna teh yang paling pekat adalah teh dari negara Indonesia, diikuti Kenya, India, China dan Sri Lanka. Rasa teh yang paling kelat pula adalah teh dari negara Kenya, diikuti Indonesia, India, Sri Lanka dan China. Selain itu, setiap teh mempunyai aroma yang unik dan tersendiri. Aroma teh sebenarnya dipengaruhi dengan warna dan rasa teh tu. Boleh kata semakin pekat warna atau semakin kelat rasa teh, semakin kuat aroma teh tersebut. Sejujurnya aku suka dengan kesemua teh tu sebab aku memang suka minum teh selain kopi. Lagi lagi aku ni jenis minum teh yang memang tak letak gula langsung.







Dato' Ang Poon Chuan

Pada masa yang sama, majlis hari tu turut diserikan dengan kehadiran Dato' Ang Poon Chuan, orang yang bertanggungjawab membangunkan Thong Guan Industries Berhad. Sempat lah Dato' Ang Poon Chuan beri ucapan sepatah dua kata. Lepas tu aku dihidangkan dengan menu yang diberi nafas baru menggunakan teh daripada jenama 888. Nafas baru takpe, jangan nafas berbau. Haha! Jom tengok menu apa yang disajikan hari tu.

Go Green Nutritional Wrap




Homemade Black Tea Loaf with Salted Butter



Roasted Smoke Chicken




Black Tea Cookie & Rose Cake



Kenyangnya! Alhamdulillah. Lepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati, aku dan yang lain dijemput untuk naik ke tingkat paling atas (rooftop). Sambil menikmati pemandangan kat atas tu, aku hirup lah minuman yang disediakan. Tapi aku boleh lupa pula nama minuman tu. Haha! Takpe lah. Sedap juga minuman tu. Kalau aku tak silap dia campur dengan teh wangi ros jenama 888.



Terima kasih jenama 888 Tea & Coffee atas undangan! Tetap brew, tetap best! Sempat lagi laung slogan kan? Tapi sebelum tu, korang pernah dengar tak jenama 888 Tea & Coffee ni? Haaa... Kalau macam aku sendiri, aku kurang kenal dengan jenama 888 Tea & Coffee ni sebab aku dah biasa dengan jenama yang lebih popular. Jadi, undangan ke majlis ni sebenarnya membuka mata aku terhadap jenama 888 Tea & Coffee ni. Pada hemat aku, jenama ni pun tak kurang hebat dia, mempunyai kualiti tersendiri pada harga yang sangat berpatutan.

Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT)

Syarikat yang terletak di Sungai Petani, Kedah ini adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan pelbagai produk lain di Malaysia menggunakan jenama 888. Milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, iaitu, salah sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 1997. Jenama 888 telah mengeluarkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam masa setahun. Haaa... Banyak tu! Tapi bukan setakatkan keluarkan macam tu je, siap ada penyelidikan dan pembangunan berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.


Teh Wangi Ros


Black Tea

Untuk pengetahuan korang, jenama 888 ni telah memperolehi:
  • ISO 22000 dari Standard Antarabangsa berkenaan pengurusan keselamatan makanan, GMP
  • Sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia

Teh dan kopi jenama 888 ni telah diedarkan secara meluas di Malaysia dan juga dieskport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan. Bukan main sampai ke luar negara dia pergi. Jadi mana nak dapatkan produk jenama 888 ni? Senang je, korang boleh dapatkan di pasaraya utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TF Value, NSK, Hero, Pasaraya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS. Nak aku senaraikan lagi tak? Cukup dah kan? Haha!

Sejarah Jenama 888

Pada tahun 1942, mendiang Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari untuk meminjam wang sebanyak RM50 daripada bapa mentuanya dan memulakan perniagaan pengedaran teh jenama 888 di pasar tempatan di Sg. Lalang, Kedah. Bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga, mendiang Ang Thong Guan telah mempunyai beberapa buah van yang mampu mengedarkan barangan jenama 888. Hasilnya? Jenama 888 semakin berkembang maju.


Piao Xiang


Organic Green Tea

Antara produk teh jenama 888:
  • 888 Teh Wangi Ros
  • 888 Teh Wangi Ros Lemon
  • 888 Black Tea / 888 Teh Ceylon

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama 888 Tea & Coffee, korang boleh singgah medium rasmi kat bawah ni:



Apa tunggu lagi, dapatkan teh daripada jenama 888 Tea & Coffee sekarang!

Selasa, 11 April 2017

Pencuri Larikan Diri Tapi Termasuk Balai Polis!

Salam.


Tak tahu nak gelak atau marah. Kejadian ni baru berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 10:20 pagi yang lepas di kota Shenzhen, daerah Guangdong yang terletak di selatan China. Seorang pencuri tidak sedar yang dia sedang berlari ke arah balas polis selepas meragut telefon bimbit daripada tangan kanan seorang wanita di situ. Pencuri terbabit sebenarnya cuba untuk melarikan diri selepas wanita tersebut mengejarnya.

Rakaman daripada cctv menunjukkan pencuri itu merampas telefon bimbit daripada seorang wanita dan seterusnya cuba untuk melarikan diri. Namun, sebaliknya yang terjadi! Dia sebenarnya menyerahkan diri sendiri secara sukarela kepada pihak polis dengan berlari masuk ke dalam kawasan balai polis.  Memang nampak pencuri tersebut tahu dia dah tersilap langkah jadi dia pun berhenti berlari dan pasrah dengan kebodohan diri sendiri. Tak cukup satu minit pun dia pegang telefon bimbit tu dah kena tangkap. Agak agak berapa saat? 10 saat! Haha! Boleh tengok sendiri kat bawah ni:

Selasa, 4 April 2017

Senarai Tempat Menarik Di Beijing & Shanghai - Trip 4 Hari 3 Malam

Salam.

Sebelum ni aku dah kongsikan trip ke Great Wall of China, Beijing dan Shanghai Disneyland Park. Jadi hari ni aku nak kongsikan itinerary 4 hari 3 malam trip ke China ni. Sebenarnya tak cukup untuk cover Beijing dan Shanghai dalam masa 4 hari tu. Sekurang-kurangnya 5 atau 6 hari. Tapi nak buat macam mana, masa tu kitorang main beli je tiket flight dan takde fikir pun tempat tempat yang nak dilawati. Masa beli tu memang fikir nak pergi Beijing je. Takde niat pun nak ke Shanghai. Akhirnya? Agak merugikan daripada segi masa, bajet dan tenaga. Takpe takpe takpe. Kita belajar daripada kesilapan ni okay? Lepas ni kena tahu nak pergi mana atau dah rangka itinerary secara kasarnya baru mula tengok tengok tiket flight.


17 Feb 2017 (Jumaat)
Tiba di airport Terminal 2: 4.45 pagi
Tiket bas ke Beijing South Railway Station: CNY 24
Tiba di Beijing South Railway Station: 9.30 pagi
Tiket dari Beijing South Railway Station ke Shanghai Hongqiao Railway Station: CNY 553
Tiba di Shanghai Hongqiao Railway Station: 7.00 malam
Tiket metro dari Shanghai Hongqiao Railway Station ke Qufu Road: CNY 8
Tiba di homestay: 9.00 malam

Hari pertama ni habis masa kat bullet train je. Kitorang sampai awal pagi kat airport. Nak terus gerak ke Beijing South Railway Station, kena tunggu bas dalam pukul 8 pagi lebih macam tu. Nak naik train leceh pulak sebab dia kena patah balik entah mana mana stesen. Dah tanya orang kat situ, dia bagi cadangan untuk naik bas. Lebih mudah dan terus sampai Beijing South Railway Station tu. Dah sampai situ, kitorang terus bergegas beli tiket ke Shanghai sebab takut tiket habis. Dan betul, memang tiket pagi tu dah habis. Tiket yang tinggal cuma selepas tengahari. Jadi bertambah lambat la kitorang nak sampai Shanghai. Kalau ikut plan asal, kitorang dah mula jalan jalan sekitar Shanghai petang tu. Tapi nak buat macam mana, anything could happen. Nasib baik tak beli tiket secara online, kitorang takut tak sempat sampai kat Beijing South Railway Station tu pada waktu yang nak dibeli tu. Lagi membazir kalau macam tu. Haha! Kena fikirkan segala kemungkinan. Dah sampai Shanghai, jalan jalan sekitar tu je dan terus check in homestay. Nak check in homestay pun satu hal. Nak mencarinya dah beberapa kali pusing tak jumpa jumpa. Dah tanya orang pun ada yang tak pasti kat mana alamat yang kitorang tunjuk. Tapi alhamdulillah, sampai jugak. Memang puas hati betul stay kat situ. Kitorang booking kat airbnb je.










18 Feb 2017 (Sabtu)
Tiket metro dari Qufu Road ke Disneyland: CNY 6
Tiba di Disneyland: 8.00 pagi
Tiket Disneyland: CNY 499
Tiket metro dari Disneyland ke Qufu Road: CNY 6
Tiba di homestay: 10.30 malam

Hari kedua ni pulak memang dah reserve untuk Disneyland. Kitorang gerak seawal pagi yang mungkin untuk sampai ke Disneyland. Sempat la beli beberapa keping roti dan air untuk dibawak masuk. Maklum je la kalau nak beli makanan kat dalam tu, ibaratnya dua tiga kali ganda daripada harga dia yang dah sedia mahal lepas ditukar dalam ringgit malaysia tu. Haha! Memang penat gila seharian kat situ. Lepas keluar dari Disneyland tu, kitorang makan laksa kat toast box. Kempunan nak makan makanan Malaysia!



19 Feb 2017 (Ahad)
Tiket metro dari Qufu Road ke Lujiazui: CNY 3
Tiba di Lujiazui: 9.00 pagi
Tiket metro dari Lujiazui ke Shanghai Hongqiao Railway Station: CNY 5
Tiket dari Shanghai Hongqiao Railway Station ke Beijing South Railway Station: CNY 593 (beli online)
Tiba di Beijing South Railway Station: 5.30 petang
Tiket metro dari Beijing South Railway Station ke Wanjing: CNY 5
Tiba di homestay: 7.00 malam

Hari ketiga ni habis masa kat perjalanan sama macam hari pertama, cuma kali ni dari Shanghai ke Beijing pulak. Jalan jalan sikit je. Sebelum ke Shanghai Hongqiao Railway Station, kitorang singgah Lujiazui kejap, ambil gambar dengan menara Shanghai, bangunan yang tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia, yang mana Burj Khalifa di Dubai, UAE adalah merupakan menara yang tertinggi di dunia. Tinggi menara Shanghai ni ialah 632 meter (2,073 kaki) dan mempunyai 120 tingkat. Lepas puas bergambar depan menara Shanghai, kitorang teruskan perjalanan ke Beijing semula.





20 Feb 2017 (Isnin)
Tiket metro dari Wanjing ke Dongzhimen: CNY 4
Tiba di Dongzhimen: 8.30 pagi
Tiket bas dari Dongzhimen ke Deshengmen: CNY 2
Tiket bas dari Deshengmen ke Badaling: CNY 12
Tiba di Badaling: 12.15 tengahari
Tiket masuk Badaling, Great Wall of China: CNY 35
Tiket bas dari Badaling ke Deshengmen: CNY 12
Tiba di Deshengmen: 4.30 petang
Tiket metro ke Tian'anmen East: CNY 4
Tiket metro ke Wangfujing: CNY 3
Tiba di Wangfujing: 5.30 petang
Tiket metro dari Wangfujing ke Wangjing: CNY 5
Tiba di Wangjing: 8.30 malam
Tiket metro dari Wangjing ke Dongzhimen: CNY 4
Tiket airport express ke Terminal 2: CNY 25
Tiba di Terminal 2: 11.00 malam

Hari keempat adalah merupakan hari terakhir kitorang kat China. Flight kitorang awal pagi keesokan harinya, sekitar jam 2 pagi. Jadi hari terakhir kena gunakan sepenuhnya dan sebaik mungkin. Kitorang mulakan dengan melawat Great Wall of China. Perjalanan agak memakan masa dan akibatnya kitorang tak sempat nak masuk ke Forbidden City petang tu. Sedih sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang. Takpe la. Jadi kitorang putuskan untuk ke Wangfujing Street, tempat yang sangat terkenal dengan pusat membeli-belah. Rambang mata jugak tengok barang-barang kat situ. Tapi tak beli apa pun. Sebab bila tukar kepada nilai RM, harga jadi sekali ganda. Sebelum balik, kitorang sempat makan makan malam kat situ. Makan sedap sikit sebab dah nak balik kejap lagi.

Trip Ke Great Wall Of China (Badaling)









Secara ringkasnya, aku ke Shanghai untuk pergi Disneyland dan aku ke Beijing untuk melawat Great Wall of China. Haha! Nak buat macam mana? 4 hari 3 malam je kot! Dua hari dah habiskan masa kat dalam bullet train semata-mata nak cover Beijing dan Shanghai. Orang kata dah alang alang sampai kat China kan? Hehe. Takpe takpe takpe. Kalau ada rezeki lebih, mana tahu kita ke China lagi.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com