Isnin, 3 April 2017

Panduan Cara Mohon Visa Cuti Ke China Di Malaysia

Salam.


Sebelum ke China, aku tak ingat langsung pasal visa. Sampai la seminggu sebelum tu, kawan aku baru ingatkan aku pasal visa tu. Dah kelam kabut sangat dah masa tu. Terpaksa ambil cuti sebab nak uruskan semua tu last minit. Alhamdulillah. Dalam masa 3 hari bekerja je, visa dah siap. Syukur tiada sebarang masalah sepanjang menguruskan permohonan visa. Ada 4 perkara utama untuk memohon visa ke China.

1. Passport
  • Passport original
  • Salinan bagi halaman data, observation dan gambar
2. Borang permohonan visa
  • Isi borang permohonan visa secara online DI SINI
 3. Gambar
  • Gambar berwarna berukuran passport (latar belakang putih)
4. Dokumen sokongan
  • Salinan tempahan tiket penerbangan
  • Salinan tempahan hotel atau tempat tinggal
  • Salinan itinerary (tempat-tempat yang ingin dilawat)

Semua dokumen tu perlu dibawa semasa memohon visa China kat pejabat kedutaan dorang. Di mana pejabat kedutaan China ni? Kat Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Untuk lebih tepat, buka aplikasi Waze atau Maps dan cari China Embassy. Senang kan? Dan dokumen sokongan tu kalau dah ada salinan tempahan tiket penerbangan pun dah cukup kot. Yang lain lain tu sekadar sokongan tambahan. Tapi aku bawa je masa aku datang pejabat kedutaan China tu untuk rasa lebih selamat. Haha! Tapi akhirnya? Tak ambil pun salinan itinerary tu. Dan visa hari tu kena bayar RM88.30 seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai visa China ni, boleh klik DI SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com