Rabu, 26 April 2017

Shila Amzah Terasa Kalah Di AME 2017? Nama Diganti Siti Nordiana Di ABPBH 2017?

Salam.

Shila Amzah dikatakan terasa kerana kalah dalam Anugerah Meletop Era (AME) 2017? Menurut seorang warga twitter, AME 2017 ini adalah anugerah pilihan peminat, jadi pemenang-pemenang dipilih kerana usaha dan kerja keras peminat-peminat mereka yang mengundi. Menurutnya lagi, Shila Amzah tidak layak dihargai kerana perangai dan sikapnya yang besar kepala sehingga sanggup saman pihak media kerana isu sebelum ini. Aku rasa netizen yang tweet pasal Shila Amzah ni macam terlebih meroyan pula. Satu dua mungkin okay kot? Ni macam nak terbitkan buku je tweet dia. Lepas satu tweet, tweet lagi satu. Haha! Chill bro.


Isu ini timbul apabila Shila Amzah tweet mengenai rezekinya yang lebih terbuka di luar negara selain sering mendapat pengiktirafan di luar negara berbanding dalam negara. Seterusnya, Shila Amzah berharap tweet berkenaan tidak disalah tafsir kerana memang bukan rezekinya untuk berada di sana. Setelah disiasat, Shila Amzah tidak tercalon pun dalam AME 2017. Jadi aku yakin tweet tersebut bukan kerana dia kalah dalam AME 2017. Tapi kalau kerana tak tercalon atau tak dijemput? Ada kemungkinan. Tapi hanya Shila Amzah yang tahu.



Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Shila Amzah kecewa apabila lagu duetnya bersama Alif Satar yang berjudul Selamanya Cinta digantikan dengan nama Siti Nordiana untuk kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017. Jadi aku pun gigih siasat pergi ke laman web ABPBH tu. Dan ternyata? Betul! Memang bukan nama Shila Amzah tapi diletakkan nama Siti Nordiana. Aku pun terus google kot kot ada lagu duet Siti Nordiana dan Alif Satar. Mana la tahu aku terlepas pandang ke kan? Hasil google aku, tiada lagu duet antara Siti Nordiana dengan Alif Satar. Yang ada? Lagu duet Siti Nordiana dan Aliff Aziz yang berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu. Haaa... Jadi apa logiknya Siti Nordiana dan Alif Satar dalam kategori ni?


Umum mengetahui hubungan antara Shila Amzah dengan beberapa orang wartawan hiburan tempatan memang agak tegang dan tidak mesra. Tak silap aku kes saman hari tu pun baru je selesai. Jadi tu mungkin salah satu sebab kenapa nama Shila Amzah digantikan dengan Siti Nordiana. Sama juga macam sebelum ni, nama Shila Amzah tidak disebut langsung dalam surat khabar tempatan walaupun mendapat tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu ke-29 menerusi lagu Masih Aku Cinta.

Aku harapkan Shila Amzah, teruskan berkarya walaupun tidak mendapat sokongan daripada media tempatan. Tapi jangan lupa peminat-peminat dari Malaysia yang telah lama menyokong karier seni Shila Amzah. Dan kalau boleh, aku harap Shila Amzah dapat kurangkan luahan perasaan di laman twitter. Pada pandangan aku, ni untuk mengelakkan Shila Amzah kelihatan seperti kurang profesional dan agak kebudak-budakan apabila membuat luahan bersifat peribadi seperti itu di laman twitter. Tapi nak buat macam mana, Shila Amzah cuma seorang manusia biasa. Kita semua tak lari daripada kesilapan, tak lari daripada mainan emosi dan perasaan.

Dan penganjur ABPBH 2017, pada pandangan aku, tak perlu gantikan tempat Shila Amzah dengan Siti Nordiana. Apa tujuan penganjur buat macam tu? Sah sah la untuk menyakitkan hati Shila Amzah. Aku nampak kat sini sebenarnya penganjur pun dua kali lima meroyan macam Shila Amzah. Haaa... Masing-masing tak nak kalah nampaknya. Aku pun tak tahu apa yang penganjur akan dapat melalui tindakan seperti ini. 

Kalau berterusan, siapa yang untung, siapa yang rugi? Aku rasa isu ini tidak menguntungkan kedua-dua pihak pun tapi lebih kepada merugikan. Ya. Rugi daripada segi masa, tenaga, emosi dan perasaan untuk saling berbalas menyakitkan hati antara satu sama lain. Move on please!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com