Jumaat, 29 Disember 2017

Review Filem Bright - Bosan Sekejap Sebelum Best Sampai Habis!

Salam.


Hi! Okay. Kali ni aku nak review tentang satu filem ni yang bagi aku ala ala filem Lord Of The Ring (LOTR) tapi versi urban dan moden. Filem ni telah ditayangkan secara rasminya pada 22 Disember 2017 kat Netflix. Kiranya filem ni buat untuk Netflix lah. Dan lepas aku tengok filem ni baru tiba tiba aku terasa nak tengok review dia. Aku terkejut sebab filem Bright ni kat Rotten Tomatoes dapat 27% je? Tapi 93% Google Users suka dengan filem ni. Haha! I'm one of the Google User lah ni. Boleh?


Filem Bright ni berkisar tentang seorang polis (dilakonkan oleh Will Smith) yang terpaksa berpasangan dengan Orc dalam melakukan tugas tugas seorang polis. So human police buddy dengan Orc police. Interesting right? Lepas tu masa diorang tengah kerja diorang stumble upon a nuclear weapon. Apa dia nuclear weapon tu? Haaa... Korang kena tengok sendiri. Mesti korang tak sangka punya. Dan konflik pun bermula dari situ lah sebab semua orang berebutkan nuclear weapon tu. Kenapa? Rahsia! Haha!


Dah kata tadi filem Bright ni ala ala filem LOTR, mesti lah ada banyak watak menarik. Human, Elf, Orc, Dark Lord and so on. Siapa penggemar filem bergenre fantasi tak patut terlepas filem ni. Abaikan 10 minit yang pertama tu. Lepas je diorang jumpa nuclear weapon tu, filem ni takde momen bosan pun sampai habis. Serius lah! One more thing yang best pasal filem ni ialah soundtrack dia. Antara lagu favourite aku ialah Home nyanyian MGK, Bebe Rexha dan seorang lagi mamat yang aku tak kenal. Selain tu lagu Crown nyanyian Camila Cabello! Yasss... Penyanyi yang tengah femes dengan lagu Havana tu. Best weyh lagu Crown ni!



Kat mana nak tengok filem Bright ni? Yang ada Netflix straight away tengok kat Netflix lah. Bagi yang takde Netflix macam aku ni, tengok je online kat FMOVIES je. Siap versi HD 720p lagi. Pergi tengok serius tak rugi! Siapa kata bosan lepas tengok filem Bright ni aku belanja air suam. LOL.

Personal rating: 3.5 stars

Watch this if you like: LOTR, Warcraft and all fantasy movies


Penulis Artikel: OhQarl

Isnin, 18 Disember 2017

Aishah Juara Gegar Vaganza 2017 (Musim 4)

Salam.


Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2017

Juara: Aishah
Hadiah: RM 100 ribu dan lain-lain

Naib Juara: Liza Hanim
Hadiah: RM 50 ribu dan lain-lain

Tempat Ketiga: Lan Solo
Hadiah: RM 30 ribu dan lain-lain

Tempat Keempat: Hazami
Hadiah: RM 20 ribu dan lain-lain

Tempat Kelima: Firman
Hadiah: RM 15 ribu dan lain-lain

Tempat Keenam: Tia Jinbara
Hadiah: RM 6 ribu dan lain-lain

Setelah 8 minggu berlangsung pada setiap hari Ahad, Gegar Vaganza 2017 akhirnya telah melabuhkan tirai program pada malam tadi. Habislah sunyi sepi hujung minggu kita lepas ni. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada lagenda negara Malaysia, Aishah kerana telah menjadi juara Gegar Vaganza pada tahun 2017 ini. Memang terbaik persembahan Aishah malam tadi! Selayaknya dinobatkan mahkota juara pada malam tadi. Semoga karier Aishah terus berkembang dan sentiasa mendapat sokongan yang berterusan dari semua peminat.



Pada malam tadi, ada dua pusingan telah dijalankan, pusingan solo dan pusingan battle. Haaa... Pusingan solo tu macam biasa lah menyanyi secara solo. Pusingan battle pula setiap finalis telah dipasangkan antara satu sama lain untuk menyanyi satu lagu yang sama. Jika korang ingat ingat lupa lagu-lagu yang telah dinyanyikan malam tadi, mari kita imbas balik senarai lagu yang telah dipersembahkan oleh finalis-finalis bintang Gegar Vaganza 2017 pada konsert akhir:

Pusingan Solo
Aishah - All By Myself (Celine Dion)
Firman - Drama King (Meet Uncle Hussein feat. Black)
Hazami - Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
Lan Solo - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Liza Hanim - Meniti Titian Usang (Search)
Tia Jinbara - Romancinta (Mojo)

Pusingan Battle
Aishah VS Liza Hanim - Supergirls (De Fams)
Hazami VS Lan Solo - Amboi (Altimet)
Firman VS Tia Jinbara - Tepi Sikit (Sleeq feat. Joe Flizzow)




Tahniah diucapkan kepada semua! Jumpa lagi Gegar Vaganza tahun depan! Sebelum berpisah, kita tengok markah setiap finalis bagi konsert akhir malam tadi:
  1. Aishah - 81%
  2. Liza Hanim - 79%
  3. Lan Solo - 70.4%
  4. Hazami - 70%
  5. Firman - 69%
  6. Tia Jinbara - 66%

Sumber Gambar: Gegar Vaganza Official

Jumaat, 15 Disember 2017

The Sacred Riana (Indonesia) Juara Asia's Got Talent 2017!

Salam.


Tahniah The Sacred Riana dari Indonesia kerana telah menjadi juara Asia's Got Talent 2017! Aku tengok sikit sikit je Asia's Got Talent ni, tak follow sangat. Tapi aku tengok lah persembahan-persembahan The Sacred Riana sepanjang dia kat pentas Asia's Got Talent. Sebenarnya helah-helah yang dia buat aku rasa biasa je. Yang luar biasanya? Watak dan lakonan yang dibawakan oleh The Sacred Riana! Kerana watak dan lakonan dia berjaya menghidupkan suasana seram dan menakutkan. Congratulations!


Bila giliran peserta dari Malaysia menang pula?

Isnin, 27 November 2017

Review Filem Coco 2017 - Animasi Terbaik Tahun Ini, Menakjubkan & Penuh Warna!

Salam.


Promosi filem Coco ni besar-besaran juga. Dah lama aku tengok trailer dia kat youtube, kat panggung wayang. Tapi aku tak teruja pun nak tengok filem ni lepas tengok trailer dia. Masa mula mula tengok trailer tu, filem apa ni? Kenapa orang yang dah mati rupa tengkorak je? Tak comel langsung! Jalan cerita pun macam tak menarik. Haha! Tapi itu semua masa aku tengok trailer dia lah. Aku tak faham yang sebenarnya filem itu adalah berdasarkan budaya Mexico. 

Jadi macam mana aku boleh nak tengok filem ni? Haaa... Gara-gara aku check rating filem ni kat internet! IMDb bagi 9/10, Rotten Tomatoes bagi 96% dan Filmweb bagi 8/10! Gila lah! Dah kenapa rating filem Coco ni tinggi nak mati? Aku tahu lah filem ni pasal hidup dan mati tapi tak payah lah bagi rating tinggi nak mati. Haha!


Sinopsis:
Walaupun keluarga Miguel melarang ahli keluarganya bermain muzik, cita-cita Miguel untuk menjadi pemuzik yang terkenal seperti idolanya, Ernesto de la Cruz tidak pernah padam. Terdesak untuk membuktikan bakat muziknya, Miguel akhirnya tersesat ke "Land of Dead" dan bertemu dengan seorang penipu yang licik bernama Hector. Mereka bersama-sama meneruskan perjalanan yang luar biasa untuk merungkai rahsia keluarga Miguel.

Filem Coco ini bertemakan kekeluargaan dan juga kesungguhan mengejar cita-cita. Tapi jalan cerita dia bukan biasa biasa. Filem ni memang cukup rasa dengan gembira dia, dengan sedih dia. Geram pun ada! Kali ini Pixar tidak mengecewakan dengan membawakan sebuah filem animasi yang menyentuh tentang hidup dan mati tapi penuh dengan warna warni. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada air mata.

Bila babak gembira, aku boleh tersenyum sendiri kat dalam panggung wayang tu. Gila lah! Bila babak sedih pula, bergenang juga air mata aku. Tapi tak tumpah lah sebab aku cover baik punya. Babak kelakar pun banyak. Kebanyakan babak kelakar dia lain daripada yang lain, tak klise lah orang cakap tu. Lagu-lagu dalam filem ini pun sedap. Bulu tengkuk aku meremang juga lah  masa Miguel berduet dengan Hector kat atas pentas tu. Aku pula terharu Miguel dapat nyanyi dan main gitar depan orang ramai. Dah kenapa? Emosi lah! Selain itu, apa yang paling menarik dalam filem ni? Selain daripada jalan cerita yang unik, filem ni mempunyai twist dan kejutan yang agak memeranjatkan. Tak sangka betul yang... Ehhh kena tengok sendiri lah! Haha!

Jom kita tengok poster-poster filem Coco yang sarat dengan warna warni?






Serius cantik visual filem ni! Penuh dengan warna, penuh dengan imaginasi. Sempena cuti sekolah, filem Coco ini sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ini juga sangat bermakna dan memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menonton. Antara mesej yang terdapat dalam filem Coco ini ialah:
  • Keluarga kita tidak akan pernah membiarkan kita biarpun kita telah membelakangkan keluarga kita, biarpun kita berdegil dengan keputusan kita.
  • Sentiasa mengejar cita-cita atau impian walaupun tiada siapa yang percayakan kita.
  • Jangan sesekali dilupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
  • There are always two sides to every story.


Siapa dah tengok filem Coco ini?

Jumaat, 10 November 2017

Gaji 2018 - Jadual & Tarikh (Penjawat Awam)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Bila duit dah habis, mula lah tertanya-tanya bila gaji nak masuk ni. Walaupun aku sebenarnya dah boleh agak agak tarikh gaji nak masuk, tapi aku tetap nak google juga. Aku seorang saja ke yang macam ni? Haha! Kes ni macam kita berulang kali buka tutup pintu peti ais dengan harapan sekotak coklat ferrero rocher muncul secara tiba-tiba lepas kali kedua kali ketiga kita buka pintu peti ais tu. Boleh?

Jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan ni adalah untuk rujukan serta semakan bagi penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan bagi semua kementerian atau jabatan persekutuan seluruh negeri di Malaysia. Ni untuk memudahkan kita merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah atau kewangan peribadi agar lebih teratur dan berhemah.

Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Sektor Awam Tahun 2018

Januari
Tarikh Gaji: 25 Januari 2018

Februari
Tarikh Gaji: 8 Februari 2018

Mac
Tarikh Gaji: 22 Mac 2018

April
Tarikh Gaji: 25 April 2018

Mei
Tarikh Gaji: 24 Mei 2018

Jun
Tarikh Gaji: 7 Jun 2018

Julai
Tarikh Gaji: 25 Julai 2018

Ogos
Tarikh Gaji: 14 Ogos 2018

September
Tarikh Gaji: 25 September 2018

Oktober
Tarikh Gaji: 25 Oktober 2018

November
Tarikh Gaji: 22 November 2018

Disember
Tarikh Gaji: 24 Disember 2018

Simpan duit tu sikit. Ni aku cakap kat diri sendiri juga ni. Haha!

Isnin, 9 Oktober 2017

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2017

Salam.


Nampaknya fenomena Gegar Vaganza akan mula melanda industri hiburan semula tak lama je lagi.  Jadi penyanyi yang manakah berjaya menyertai Gegar Vaganza 2017 atau Gegar Vaganza musim ke-4 kali ni? Haaa... Mari kita tengok senarai peserta Gegar Vaganza 2017 atau Gegar Vaganza musim ke-4 yang telah diperkenalkan pada sidang media program tersebut baru-baru ini:
  • Aishah
  • Aqasha
  • Elyana
  • Ferhad
  • Firman (Indonesia)
  • Haida Hafiz
  • Hazami
  • Lan Kristal
  • Liza Hanim
  • Raja Azura
  • Syura Badron
  • Tia Jinbara

Jadi siapakah yang menjadi pilihan korang? Menurut aku, aku lebih menantikan persembahan dan nyanyian daripada Aqasha dan Liza Hanim. Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza jam 9 malam bermula 29 Oktober 2017 ini hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Isnin, 28 Ogos 2017

Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Final Bola Sepak Sehingga RM200!

Salam.


Tak habis lagi isu jualan tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki antara Malaysia dan Thailand yang tidak dijual secara online, timbul pulak isu lain. Haaa... Isunya kali ni bila ramai rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk menjual semula tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki tu dengan harga RM200! Padahal harga tiket tu cuma RM21.20 selepas dikenakan GST. Korang agak agak berapa peratus keuntungan dorang? Kalau dorang jual tiket tu dengan harga RM200, keuntungan untuk satu tiket adalah RM178.80 atau 843.4% ye. Hebat tak? Ni lagi cekik darah daripada ah long ni! Aduhai. Nak buat macam mana kan? Permintaan untuk tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki tu pun tinggi, tu dorang berani jual semula dengan harga yang melampau macam tu. 

Tak percaya? Jom kita lihat antara tiket-tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki yang akan, sedang atau telah dijual secara online. Ada yang jual kat facebook, ada yang jual kat carousell, ada yang jual kat mudah dan sebagainya. 




Aku harap takde siapa lah yang beli tiket-tiket yang dorang jual ni. Biar lah tak dapat tengok daripada kita kayakan orang-orang yang cuba ambil kesempatan macam ni. Korang beli banyak banyak lepas tu jual semula dengan harga yang melampau ni tak fikir ke orang lain yang beratur kat belakang tu? Mungkin dorang tak beratur seawal korang tapi sekurang-kurangnya dorang pun ada usaha nak beratur untuk beli tiket perlawanan akhir bola sepak tu. Kalau korang dah beli banyak banyak semata-mata untuk jual semula, kalau ada orang yang kat belakang korang tu tengah beratur tapi akhirnya dorang tak dapat beli tiket sebab tiket tu dah habis? Haaa... Tak rasa bersalah ke? Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Ke korang berniat nak pergi haji balik hari dah alang alang lagi 3 ke 4 hari nak sambut aidiladha ni?

Dah, aku harap takde orang beli tiket perlawanan akhir bola sepak lelaki tu kat orang-orang macam ni. Tapi kalau nak beli pun, itu hak masing-masing. Terpulanglah...

Khamis, 24 Ogos 2017

6 Atlet Cantik Malaysia Di Sukan SEA 2017

Salam.


Sempena Sukan SEA ke-29 atau dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 ni, beberapa atlet terutamanya dari Malaysia mula disebut-sebut selepas mencipta kejayaan yang cemerlang di Sukan SEA 2017. Antaranya Khairul Hafiz Jantan, Irfan Sham dan Khairy Jamaluddin. Tapi tak kurang juga netizen memberi perhatian terhadap atlet-atlet wanita yang cantik di pentas Kuala Lumpur 2017 kali ni. Ehhh... Keenam-enam orang atlet ni bukan setakat cantik je tapi mereka semua hebat dalam acara masing-masing. Jom kita tengok antara atlet wanita yang cantik yang mewakili negara Malaysia di Sukan SEA pada tahun ni.

#6 Leong Mun Yee
Acara: Terjun






#5 Syaidatul Afifah
Acara: Bowling






#4 An Najwa
Acara: Bola Jaring






#3 Tana Laksiumy
Acara: 4X400







#2 Niena Azman
Acara: Futsal






#1 Farah Ann Abdul Hadi
Acara: Gimnastik






Cantik atau tidak, tu semua subjektif. Cantik di mata kita, belum tentu cantik di mata orang lain. Apa apa pun tahniah kepada semua atlet Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih kejayaan di Sukan SEA 2017 ni. Semoga tahun ni kita juara!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com