Sebelum ni aku dah kongsikan trip ke Great Wall of China, Beijing dan Shanghai Disneyland Park. Jadi hari ni aku nak kongsikan itinerary 4 hari 3 malam trip ke China ni. Sebenarnya tak cukup untuk cover Beijing dan Shanghai dalam masa 4 hari tu. Sekurang-kurangnya 5 atau 6 hari. Tapi nak buat macam mana, masa tu kitorang main beli je tiket flight dan takde fikir pun tempat tempat yang nak dilawati. Masa beli tu memang fikir nak pergi Beijing je. Takde niat pun nak ke Shanghai. Akhirnya? Agak merugikan daripada segi masa, bajet dan tenaga. Takpe takpe takpe. Kita belajar daripada kesilapan ni okay? Lepas ni kena tahu nak pergi mana atau dah rangka itinerary secara kasarnya baru mula tengok tengok tiket flight.
17 Feb 2017 (Jumaat)
Tiba di airport Terminal 2: 4.45 pagiTiket bas ke Beijing South Railway Station: CNY 24Tiba di Beijing South Railway Station: 9.30 pagiTiket dari Beijing South Railway Station ke Shanghai Hongqiao Railway Station: CNY 553Tiba di Shanghai Hongqiao Railway Station: 7.00 malamTiket metro dari Shanghai Hongqiao Railway Station ke Qufu Road: CNY 8Tiba di homestay: 9.00 malam
Hari pertama ni habis masa kat bullet train je. Kitorang sampai awal pagi kat airport. Nak terus gerak ke Beijing South Railway Station, kena tunggu bas dalam pukul 8 pagi lebih macam tu. Nak naik train leceh pulak sebab dia kena patah balik entah mana mana stesen. Dah tanya orang kat situ, dia bagi cadangan untuk naik bas. Lebih mudah dan terus sampai Beijing South Railway Station tu. Dah sampai situ, kitorang terus bergegas beli tiket ke Shanghai sebab takut tiket habis. Dan betul, memang tiket pagi tu dah habis. Tiket yang tinggal cuma selepas tengahari. Jadi bertambah lambat la kitorang nak sampai Shanghai. Kalau ikut plan asal, kitorang dah mula jalan jalan sekitar Shanghai petang tu. Tapi nak buat macam mana, anything could happen. Nasib baik tak beli tiket secara online, kitorang takut tak sempat sampai kat Beijing South Railway Station tu pada waktu yang nak dibeli tu. Lagi membazir kalau macam tu. Haha! Kena fikirkan segala kemungkinan. Dah sampai Shanghai, jalan jalan sekitar tu je dan terus check in homestay. Nak check in homestay pun satu hal. Nak mencarinya dah beberapa kali pusing tak jumpa jumpa. Dah tanya orang pun ada yang tak pasti kat mana alamat yang kitorang tunjuk. Tapi alhamdulillah, sampai jugak. Memang puas hati betul stay kat situ. Kitorang booking kat airbnb je.
18 Feb 2017 (Sabtu)
Tiket metro dari Qufu Road ke Disneyland: CNY 6
Tiba di Disneyland: 8.00 pagi
Tiket Disneyland: CNY 499
Tiket metro dari Disneyland ke Qufu Road: CNY 6
Tiba di homestay: 10.30 malam
Hari kedua ni pulak memang dah reserve untuk Disneyland. Kitorang gerak seawal pagi yang mungkin untuk sampai ke Disneyland. Sempat la beli beberapa keping roti dan air untuk dibawak masuk. Maklum je la kalau nak beli makanan kat dalam tu, ibaratnya dua tiga kali ganda daripada harga dia yang dah sedia mahal lepas ditukar dalam ringgit malaysia tu. Haha! Memang penat gila seharian kat situ. Lepas keluar dari Disneyland tu, kitorang makan laksa kat toast box. Kempunan nak makan makanan Malaysia!
19 Feb 2017 (Ahad)
Tiket metro dari Qufu Road ke Lujiazui: CNY 3
Tiba di Lujiazui: 9.00 pagi
Tiket metro dari Lujiazui ke Shanghai Hongqiao Railway Station: CNY 5
Tiket dari Shanghai Hongqiao Railway Station ke Beijing South Railway Station: CNY 593 (beli online)
Tiba di Beijing South Railway Station: 5.30 petang
Tiket metro dari Beijing South Railway Station ke Wanjing: CNY 5
Tiba di homestay: 7.00 malam
Hari ketiga ni habis masa kat perjalanan sama macam hari pertama, cuma kali ni dari Shanghai ke Beijing pulak. Jalan jalan sikit je. Sebelum ke Shanghai Hongqiao Railway Station, kitorang singgah Lujiazui kejap, ambil gambar dengan menara Shanghai, bangunan yang tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia, yang mana Burj Khalifa di Dubai, UAE adalah merupakan menara yang tertinggi di dunia. Tinggi menara Shanghai ni ialah 632 meter (2,073 kaki) dan mempunyai 120 tingkat. Lepas puas bergambar depan menara Shanghai, kitorang teruskan perjalanan ke Beijing semula.
20 Feb 2017 (Isnin)
Tiket metro dari Wanjing ke Dongzhimen: CNY 4
Tiba di Dongzhimen: 8.30 pagi
Tiket bas dari Dongzhimen ke Deshengmen: CNY 2
Tiket bas dari Deshengmen ke Badaling: CNY 12
Tiba di Badaling: 12.15 tengahari
Tiket masuk Badaling, Great Wall of China: CNY 35
Tiket bas dari Badaling ke Deshengmen: CNY 12
Tiba di Deshengmen: 4.30 petang
Tiket metro ke Tian'anmen East: CNY 4
Tiket metro ke Wangfujing: CNY 3
Tiba di Wangfujing: 5.30 petang
Tiket metro dari Wangfujing ke Wangjing: CNY 5
Tiba di Wangjing: 8.30 malam
Tiket metro dari Wangjing ke Dongzhimen: CNY 4
Tiket airport express ke Terminal 2: CNY 25
Tiba di Terminal 2: 11.00 malam
Hari keempat adalah merupakan hari terakhir kitorang kat China. Flight kitorang awal pagi keesokan harinya, sekitar jam 2 pagi. Jadi hari terakhir kena gunakan sepenuhnya dan sebaik mungkin. Kitorang mulakan dengan melawat Great Wall of China. Perjalanan agak memakan masa dan akibatnya kitorang tak sempat nak masuk ke Forbidden City petang tu. Sedih sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang. Takpe la. Jadi kitorang putuskan untuk ke Wangfujing Street, tempat yang sangat terkenal dengan pusat membeli-belah. Rambang mata jugak tengok barang-barang kat situ. Tapi tak beli apa pun. Sebab bila tukar kepada nilai RM, harga jadi sekali ganda. Sebelum balik, kitorang sempat makan makan malam kat situ. Makan sedap sikit sebab dah nak balik kejap lagi.
Secara ringkasnya, aku ke Shanghai untuk pergi Disneyland dan aku ke Beijing untuk melawat Great Wall of China. Haha! Nak buat macam mana? 4 hari 3 malam je kot! Dua hari dah habiskan masa kat dalam bullet train semata-mata nak cover Beijing dan Shanghai. Orang kata dah alang alang sampai kat China kan? Hehe. Takpe takpe takpe. Kalau ada rezeki lebih, mana tahu kita ke China lagi.
cantik2 gambar yg diambil oleh Yusri.
BalasPadamTotal untuk 4 hari 3 malam termasuk tiket flight RM bpe?
BalasPadamNice2. gambar pun cantik 😊
BalasPadam4 Hari 3 Malam memang tak cukup. Tapi apa pun, nice pictures 💞
BalasPadam4 Hari 3 Malam memang tak cukup. Tapi apa pun, nice pictures 💞
BalasPadam