Kenal tak siapa Ameerul Afiq ni? Atau lebih dikenali sebagai kingafiqq di laman sosial miliknya? Haaa... Dia ni baru berusia 19 tahun tapi dah ada perniagaan sendiri, siap jadi perunding dan beri ceramah untuk perniagaan atas talian. Hebat tak? Hebat tu... Tapi aku tengok netizen pun tak berapa suka sangat dengan kingafiqq ni walaupun bilangan pengikut dia mencecah ratusan ribu. Adat la kan? Semakin ramai orang suka kita, semakin ramai juga orang yang tak suka kita.
Satu demi satu kontroversi mengaitkan kingafiqq ni timbul. Terbaru, kingafiqq dikaitkan dengan berita jutawan ciplak mengenai anak muda kaya-raya hasil jualan produk tiruan melalui internet yang diterbitkan oleh akhbar tempatan Harian Metro. Seorang warga twitter telah memuat naik persamaan antara gambar muka depan akhbar tersebut dan juga gambar yang pernah dimuat naik oleh kingafiqq. Haaa... Korang nilaikan sendiri.
Okay. Kita tengok satu persatu gambar yang telah dimuat naik. Gambar pertama ialah gambar muka depan akhbar Harian Metro yang menunjukkan sebuah rumah telah diserbu dan digeledah kerana menjual produk tiruan melalui media sosial. Turut dinyatakan, jutawan muda itu sangat aktif dalam kegiatan menjual produk tiruan di samping sering memberikan ceramah mengenai strategi perniagaan atas talian.
Gambar kedua pula menunjukkan kingafiqq acah acah memasukkan barang ke dalam sampul pos laju di dalam sebuah rumah yang penuh dengan barang-barang berjenama. Alamak! Ada persamaan ke? Adakah kingafiqq yang ditangkap menjual produk tiruan seperti yang tertera di muka depan Harian Metro hari ini? Ditangkap yang aku maksudkan ialah diketahui, bukan ditangkap masuk penjara. Hmmm... Mendebarkan betul. Haha! Over kan?
Adakah ini suratan atau kebetulan? Haaa... Aku pun tak pasti. Pandai pandai la korang fikir sendiri. Aku rasa ramai lagi yang jual produk tiruan melalui media sosial. Boleh jadi siapa siapa kan? Lagipun kalau nak cakap ruang rumah tu lebih kurang sama, banyak lagi rumah orang lain yang mempunyai ruang yang sama. Baik punya aku cover line! Haha!
Spekulasi yang mengaitkan kingafiqq ni semakin hangat diperkatakan di laman twitter. Kita lihat antara tweet yang menyentuh isu berkaitan kingafiqq ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan