Sabtu, 27 Mei 2017

VEST Tawar RM50 Ribu Kepada Pelajar Universiti Dalam Pertandingan Keusahawanan

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Berita baik! Peluang untuk memenangi RM50 ribu ni terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia! Haaa... 50 ribu tau bukan 50 ringgit. Diulangi 50 ribu! Rugi la kalau korang lepaskan peluang macam ni. Siapa nak bagi 50 ribu? Sah sah bukan aku! Bukan setakat tu je, siap dapat kembangkan idea perniagaan korang atau perniagaan sedia ada korang tu. Silap silap jadi usahawan sehebat Fizo Omar, Neelofa dan Vivy Yusof! Macam mana tu? Sertai program VEST sekarang!


APA ITU VEST?

Sebelum korang teruja sangat dengan RM50 ribu tu, lebih baik kita kenal kenal dengan VEST terlebih dulu. Haaa... Varsity Entrepreneurship Skills & Talents (VEST) ni merupakan satu program pertandingan keusahawanan yang bakal melibatkan 1000 orang mahasiswa dari 20 institut pengajian tinggi seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. Jangan risau, semua peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan dalam tempoh 6 bulan. Jadi kalau tak tahu sangat pasal keusahawanan atau perniagaan pun takpe.


OBJEKTIF

Kenapa program VEST ni dianjurkan? Untuk apa? Untuk siapa? Banyak pula aku tanya kan? Haha! Program VEST ni sebenarnya mempunyai objektif yang jelas terutamanya dalam memupuk semangat keusahawanan dan mempromosikan perniagaan. Jom baca sikit antara objektif program VEST kat bawah ni.
  • Memupuk dan melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar universiti awam tempatan
  • Membangunkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu kemahiran keusahawanan
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sedia ada secara lebih sistematik dan dinamik
  • Menyampaikan maklumat berkaitan agensi-agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, akses kepada pasaran, kemudahan infrastruktur dan sebagainya
  • Mencipta peluang pekerjaan pelbagai sektor dalam pasaran 


TERMA & SYARAT

Kalau berminat, korang cuba semak sama ada korang layak ke tidak untuk sertai program VEST ni.
  • Terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti
  • Setiap kumpulan tidak melebihi daripada lima (5) orang ahli kumpulan
  • Berusia 18-25 tahun
  • Berdaftar mahasiswa sepenuh masa
  • Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan atau perniagaan sedia ada
  • Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan ataupun anugerah tidak dibenarkan bertanding
  • Produk atau perkhidmatan patuh syariah
  • Tarikh penyertaan bermula dari 28 April 2017


KONSEP PERNIAGAAN

Untuk pengetahuan korang, program VEST ni hanya fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan ni. Jadi korang kena pastikan idea perniagaan atau perniagaan sedia ada korang termasuk dalam mana mana kluster di bawah.
  1. Franchising/Licensing (contoh: Product &Services)
  2. Creative & Innovative (contoh: Robotic, Photography, Music Talent, Software Program)
  3. Online Business (contoh: Tudung, Health & Beauty, Education)
  4. Agro Business (contoh: Fruits & Vegetables for Commercial, Fishery)
  5. Mobile Business (contoh: F&B, Services, Spa)


CARA MENDAFTAR

Terdapat dua (2) cara untuk mendaftar program VEST.



HADIAH PERTANDINGAN

Seperti yang korang nampak kat atas tu, hadiah pertandingan adalah berupa wang tunai berjumlah RM25 ribu bagi tempat pertama, RM15 ribu bagi tempat kedua dan RM10 ribu bagi tempat ketiga. Tapi apa yang paling menarik kat sini ialah walaupun korang tak menang tempat pertama, kedua atau ketiga, 300 orang peserta terpilih akan ke peringkat selanjutnya selama 1 tahun bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Wow! Peluang belajar selok belok perniagaan dan bidang keusahawanan dengan PNS tu! Setahun tau. Bukan seminggu dua atau sebulan dua. Rugi! Rugi la kalau lepaskan peluang ni.

Kalau tak silap aku, setakat hari ni dah ada tujuh (7) IPTA dan IPTS yang hantar penyertaan seperti di bawah.
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Multimedia University (MMU)

Korang punya universiti dah hantar penyertaan ke belum? Kalau belum, korang kena rebut peluang ni. Jangan terlepas peluang yang tak datang setiap hari ni.


Ada banyak soalan? Tak jumpa jawapan dalam entri ni? Korang boleh hubungi talian kat bawah ni atau akaun rasmi bagi program VEST di laman-laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter. Semua maklumat ada kat bawah ni.

Khamis, 11 Mei 2017

Iklan Produk & Perniagaan Online Di Blog

Salam.


Alhamdulillah. Usaha dan keringat aku selama hampir 3 bulan ni terbayar dengan melihat pageviews blog Budak Lelaki Sebelah Pintu pada bulan lepas melebihi 140,000. Secara kasarnya, pageviews blog ni telah menghampir 150,000 pada bulan lepas. Satu angka yang aku rasa sangat besar, lebih lebih lagi aku dah lama tinggalkan blog aku ni macam tu je. Tapi sekarang aku sangat bersyukur sebab aku dah dapat rentak dan trafik macam ni. Doakan aku terus mengemas kini blog dengan entri-entri yang lebih bermanfaat, terkini dan juga sensasi.


Jangan tak tahu, blog juga boleh menjadi salah satu platform dan medium pengiklanan dan promosi. Untuk itu, dengan lafaz bismillah, aku membuka peluang kepada mana-mana individu atau kumpulan untuk mengiklankan perniagaan dan produk korang kat blog aku ni. Ya. Blog aku akan bertindak sebagai pemangkin kepada perniagaan dan produk korang untuk mencapai lebih ramai pelanggan serta pengguna yang berpotensi kat luar sana tu.

Kelebihan blog dalam pengiklanan dan promosi

Ada banyak sebenarnya kelebihan menggunakan blog untuk mengiklankan perniagaan dan produk. Antaranya ialah:
  • Bayar sekali, jualan berkali-kali. Aku cuma perlu update satu entri mengenai perniagaan atau produk korang tapi jualan yang korang akan buat inshaAllah lebih daripada satu. Sebab apa? Sebab entri pasal perniagaan atau produk korang dah ada kat google. Siapa siapa pun boleh google dan dapat tahu mengenai perniagaan atau produk korang.
  • Google adalah mesin carian nombor 1 di dunia. Nak cari apa? Semua ada kat Google. Cari la apa apa pun, mesti ada kat google. Jadi kenapa tidak kita mempromosikan perniagaan atau produk kita di Google? Ehhh macam mana? Iklankan kat blog aku la! Haha!

Google sebenarnya memberikan impak yang sangat besar kepada kita. Jika kita tak tahu nak makan mana? Kita google! Jika kita tak tahu tempat apa yang menarik kat sesebuah negeri? Kita google! Jika kita tak tahu macam mana nak kuruskan badan dengan cepat? Kita google! Betul tak? Pendek kata, kita kalau nak tahu apa apa, kita akan google. Kenapa? Kerana mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta percuma. Jadi, aku menyediakan perkhidmatan untuk mempromosikan sebarang jenis perniagaan atau produk korang supaya boleh memaksimumkan capaian kepada semua pelanggan dan pengguna yang berpotensi. 

Jika berminat, sila hubungi aku di:

Boleh pm tepi untuk pertanyaan yang lebih lanjut. Terima kasih.

Selasa, 9 Mei 2017

Ameerul Afiq (kingafiqq) Jutawan Ciplak? Ditangkap Jual Produk Tiruan?

Salam.


Kenal tak siapa Ameerul Afiq ni? Atau lebih dikenali sebagai kingafiqq di laman sosial miliknya? Haaa... Dia ni baru berusia 19 tahun tapi dah ada perniagaan sendiri, siap jadi perunding dan beri ceramah untuk perniagaan atas talian. Hebat tak? Hebat tu... Tapi aku tengok netizen pun tak berapa suka sangat dengan kingafiqq ni walaupun bilangan pengikut dia mencecah ratusan ribu. Adat la kan? Semakin ramai orang suka kita, semakin ramai juga orang yang tak suka kita.

Satu demi satu kontroversi mengaitkan kingafiqq ni timbul. Terbaru, kingafiqq dikaitkan dengan berita jutawan ciplak mengenai anak muda kaya-raya hasil jualan produk tiruan melalui internet yang diterbitkan oleh akhbar tempatan Harian Metro. Seorang warga twitter telah memuat naik persamaan antara gambar muka depan akhbar tersebut dan juga gambar yang pernah dimuat naik oleh kingafiqq. Haaa... Korang nilaikan sendiri.


Okay. Kita tengok satu persatu gambar yang telah dimuat naik. Gambar pertama ialah gambar muka depan akhbar Harian Metro yang menunjukkan sebuah rumah telah diserbu dan digeledah kerana menjual produk tiruan melalui media sosial. Turut dinyatakan, jutawan muda itu sangat aktif dalam kegiatan menjual produk tiruan di samping sering memberikan ceramah mengenai strategi perniagaan atas talian.


Gambar kedua pula menunjukkan kingafiqq acah acah memasukkan barang ke dalam sampul pos laju di dalam sebuah rumah yang penuh dengan barang-barang berjenama. Alamak! Ada persamaan ke? Adakah kingafiqq yang ditangkap menjual produk tiruan seperti yang tertera di muka depan Harian Metro hari ini? Ditangkap yang aku maksudkan ialah diketahui, bukan ditangkap masuk penjara. Hmmm... Mendebarkan betul. Haha! Over kan?


Adakah ini suratan atau kebetulan? Haaa... Aku pun tak pasti. Pandai pandai la korang fikir sendiri. Aku rasa ramai lagi yang jual produk tiruan melalui media sosial. Boleh jadi siapa siapa kan? Lagipun kalau nak cakap ruang rumah tu lebih kurang sama, banyak lagi rumah orang lain yang mempunyai ruang yang sama. Baik punya aku cover line! Haha!

Spekulasi yang mengaitkan kingafiqq ni semakin hangat diperkatakan di laman twitter. Kita lihat antara tweet yang menyentuh isu berkaitan kingafiqq ni.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com