Jumaat, 27 Oktober 2017

Bajet 2018 - Ringkasan Pembentangan & Senarai Kandungan

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Ringkasan pembentangan Bajet 2018 dan senarai kandungannya:

Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, lebih tinggi berbanding peruntukan Bajet 2017 dengan RM260.8 bilion.

RM234.25 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

RM7 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan, RM5 bilion untuk modal kerja dan RM2 bilion pinjaman dengan 70% jaminan Kerajaan untuk sektor perkhidmatan.

Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah RM1 bilion, jadikan saiz dana RM2.5 bilion, diberi subsidi 2% ke atas kadar keuntungan.

RM200 juta diperuntuk bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS bawah SME Corp.

RM82 juta diperuntuk bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi.

Dana Amanah Ikhtiar Malaysia ditambah sebanyak RM200 juta, jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah RM2.7 bilion dan manfaatkan 400 ribu peminjam.

RM80 juta di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa melalui Bank Rakyat dan Bank SME, kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera luar bandar.

RM150 juta kepada MATRADE, MIDA dan SME Corp bagi melaksanakan promosi dan peluasan pasaran eksport termasuk Market Development Grant.

RM1 bilion disediakan EXIM Bank bagi kemudahan kredit perlindungan insurans dan RM200 juta untuk kemudahan kredit pembiayaan kepada pengeksport PKS.

RM100 juta disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.

Pertama kali dalam sejarah peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, iaitu sebanyak RM6.5 bilion.

Hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

Hampir RM200 juta bagi penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan infrastruktur.

Hampir RM140 juta diperuntuk bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi.

Bantuan RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150 juta kepada pesawah padi.

Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

Pulau Pangkor, Perak diisytihar sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

RM 1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

RM95 juta diperuntuk bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai.

RM55 juta sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan keretapi luar Bandar, dari Tumpat ke Gua Musang.

Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

RM1 bilion disediakan pelabur institusi untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti.

Mulai 2018, Bank Negara memantau pembayaran gaji kepada semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, melalui akaun bank tempatan.

Membina lapangan terbang baharu di Mukah dan pembesaran lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan.

Pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman dan jambatan menghubungkan Labuan dengan Sabah sedang dibuat kajian.

Setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Jan 2018-2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham #TN50.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50 #TN50.

Bagi tahun 2018, RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA, termasuk peruntukan khas kepada Universiti Malaya (UM) untuk capai status 'Top 100 Universities in the World'.

RM90 juta diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.

Setiap penuntut di IPT dan Tingkatan Enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2 juta orang pelajar.

RM1 bilion bagi inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara.

Kerajaan mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara, dengan kos RM112 juta.

RM20 juta diperuntuk kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

RM550 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

RM2.9 bilion diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan RM328 juta.

Kerajaan melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018, iaitu, 20% bayaran penuh dan 10% bayaran separuh.

Bagi pelajar dari keluarga B40 yang ikuti kursus kebolehpasaran tinggi, RM200 juta ditambah untuk naikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN.

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian.

Peminjam PTPTN yang ingin sambung pengajian ke peringkat seterusnya boleh gabung pinjaman dan buat bayaran balik selepas tamat pengajian.

Kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5 juta.

Bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dalam bidang rel, Kerajaan akan menubuhkan National Rail Centre of Excellence.

RM1 bilion diperuntukkan melalui SKMM, bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

RM934 juta untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak.

RM672 juta untuk bekalan elektrik, termasuk RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak melibatkan 10 ribu rumah luar bandar.

RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah.

RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB.

Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

Kerajaan memperuntukkan lebih RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis DiRaja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bagi menjaga kebajikan polis, 10 ribu unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia PDRM akan dibina, harga sesuai dengan tangga gaji anggota.

Kerajaan akan sediakan blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera untuk bina lebih 40 ribu unit secara berfasa.

RM2.4 bilion diperuntukkan kepada UiTM. Kerajaan tambah bilangan kemasukan pelajar di UiTM kepada lelbih 165 ribu orang dengan sasaran 250 ribu pelajar menjelang 2020.

Untuk komuniti Cina, Kerajaan sediakan RM50 juta untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30 juta disalur kepada Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1 Malaysia.

Kpeada pembangunan Kampung-kampung Baru Cina, sebanyak RM65 juta diperuntukkan dan RM10 juta lagi untuk program membaik pulih rumah.

Purata pendapatan bulanan isi rumah kaum India menunjukkan kadar pertumbuhan tinggi, 6.8% setahun. Kerajaan lancar Pelan Tindakan Masyarakat India.

RM50 juta melalui TEKUN untuk Skim Pinjaman Usahawan Masyarakat India, manfaatkan bantu 35 ribu orang. Tambahan RM50 juta lagi untuk pembangunan sosio ekonomi.

Melalui MIB, Kerajaan meningkatkan pengambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam kepada sasaran 7%.

PNB akan membuat pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1 Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30 ribu unit setiap pelabur.

Bagi tingkatkn taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, RM50 juta disediakan meliputi bantuan makanan komuniti, manfaatkan 5 ribu orang pelajar.

Wajibkan 30% wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun sebelum akhir 2018.

Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam.

RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita, antaranya ialah PEAK Entreprenuer Programme di bawah MyWin Academy.

Cadangan pengecualian cukai pendapatan individu kepada wanita yang kembali bekerja selepas tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun berhenti.

BR1M yang manfaatkan 7 juta orang penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion, akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu hingga RM70 ribu.

Mulai 1 Jan 2018, Kerajaan mansuhkan kutipan tol Batu Tiga, Shah Alam, Sungai Rasau, Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan EDL, Johor.

KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah, iaitu, beras, gula, minyak masak, tepung dan LPG.

RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen.

Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion.

Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2 ribu sebulan.

Bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukkan hampir RM27 bilion.

RM1.4 bilion naiktaraf dan menyelenggara fasiliti, peralatan dan ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hospital Muar, Banting dan Balik Pulau.

Naiktaraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, berkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT.

Layanan GST brkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam dan diperluas meliputi semua majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018.

Geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

Sebanyak RM517 juta diperuntukkan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara.

17,300 unit PPR dan 210 ribu unit PR1MA di bawah harga RM250 ribu ke bawah akan dibina.

GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat.

GLC akan menyediakan taska di pejabat utama dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.

Kerajaan umumkan bantuan RM1.7 bilion utk kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak.

Kerajaan menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, manfaatkan hampir 144 ribu orang, dengan peruntukan RM603 juta.

Elaun OKU yang bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU dinaikkan RM50 sebulan, manfaatkan lebih 163 ribu orang dengan peruntukan RM100 juta.

Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

Kadar cuti rehat khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun.

Kerajaan berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Satu lagi waktu kerja berperingkat ditambah, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang untuk fleksibiliti pekerja awam.

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dan suaminya yang bekerja di kerajaan dibenar pulang awal sejam.

Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.

Kadar pencen terendah dinaikkan kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50 ribu orang pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.

Kerajaan umum bayaran 'one-off' RM1,500 kepada imam, bilal, guru KAFA dan takmir.

Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam.

Bayaran khas sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan.


Kredit: Astro Awani

1 ulasan:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com