Selama tiga hari berturut-turut nama Neelofa hangat diperkatakan oleh netizen. Sana sini Neelofa. Tenggelam dah pasal Fattah Amin dan Fazura! Ehhh... Nama Neelofa menjadi buah mulut netizen gara-gara Neelofa melancarkan koleksi tudung terbaru dia kat kelab malam Zouk. Isu ni terus berpanjangan kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan memohon maaf. Tapi lepas Neelofa dah mengeluarkan kenyataan maaf malam tadi, aku anggap isu ni dah selesai. Setuju?
Mari kita tengok kronologi kontroversi Neelofa beberapa hari lepas.
Mari kita tengok kronologi kontroversi Neelofa beberapa hari lepas.
26 Februari 2018 (Isnin)
- Neelofa lancar koleksi tudung di kelab malam Zouk
- Video viral perempuan-perempuan bertudung menari kat majlis tersebut mula tersebar
- Netizen terkejut dan mengecam tindakan Neelofa dan mereka yang terlibat
27 Februari 2018 (Selasa)
- Neelofa mengeluarkan kenyataan yang dia tak peduli dengan kritikan orang ramai
- Neelofa menjelaskan yang lokasi dipilih bersesuaian dengan tema dan bajet
- Ustaz menasihati Neelofa kerana tindakan Neelofa mengundang fitnah
- Tak sampai 24 jam, koleksi tudung Neelofa yang dilancarkan malam tadi dah sold out
- Mufti Perak berharap Neelofa bertaubat dan jangan ulang lagi
- Mufti Wilayah Persekutuan menulis surat terbuka kepada Neelofa
- Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudung di kelab malam Zouk dengan kenyataan siapa yang tak datang je yang kecoh
28 Februari 2018 (Rabu)
- Neelofa membalas teguran Mufti dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan
- Netizen marah kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan meminta maaf
- Kakak Neelofa mewakili Naelofar Hijab memohon maaf kerana kontroversi yang timbul
- Neelofa akhirnya memohon maaf
1 Mac 2018 (Khamis)
- Neelofa tarik diri sebagai hos bagi majlis bersama Perdana Menteri
Semoga Neelofa terus bersikap rendah diri dan menjadi inspirasi kepada semua belia tidak kira jantina, bangsa mahupun agama.
tu la. Bising sangat satu mlysia dengan neelofa ni
BalasPadamcepat-cepatlah isu ni reda. banyak lagi isu lain yang patut diketengahkan
BalasPadam