Khamis, 1 Mac 2018

Kronologi Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Zouk

Salam.


Selama tiga hari berturut-turut nama Neelofa hangat diperkatakan oleh netizen. Sana sini Neelofa. Tenggelam dah pasal Fattah Amin dan Fazura! Ehhh... Nama Neelofa menjadi buah mulut netizen gara-gara Neelofa melancarkan koleksi tudung terbaru dia kat kelab malam Zouk. Isu ni terus berpanjangan kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan memohon maaf. Tapi lepas Neelofa dah mengeluarkan kenyataan maaf malam tadi, aku anggap isu ni dah selesai. Setuju?

Mari kita tengok kronologi kontroversi Neelofa beberapa hari lepas.

26 Februari 2018 (Isnin)
  • Neelofa lancar koleksi tudung di kelab malam Zouk
  • Video viral perempuan-perempuan bertudung menari kat majlis tersebut mula tersebar
  • Netizen terkejut dan mengecam tindakan Neelofa dan mereka yang terlibat

27 Februari 2018 (Selasa)
  • Neelofa mengeluarkan kenyataan yang dia tak peduli dengan kritikan orang ramai
  • Neelofa menjelaskan yang lokasi dipilih bersesuaian dengan tema dan bajet
  • Ustaz menasihati Neelofa kerana tindakan Neelofa mengundang fitnah
  • Tak sampai 24 jam, koleksi tudung Neelofa yang dilancarkan malam tadi dah sold out
  • Mufti Perak berharap Neelofa bertaubat dan jangan ulang lagi
  • Mufti Wilayah Persekutuan menulis surat terbuka kepada Neelofa
  • Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudung di kelab malam Zouk dengan kenyataan siapa yang tak datang je yang kecoh

28 Februari 2018 (Rabu)
  • Neelofa membalas teguran Mufti dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan
  • Netizen marah kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan meminta maaf
  • Kakak Neelofa mewakili Naelofar Hijab memohon maaf kerana kontroversi yang timbul
  • Neelofa akhirnya memohon maaf

1 Mac 2018 (Khamis)
  • Neelofa tarik diri sebagai hos bagi majlis bersama Perdana Menteri

Semoga Neelofa terus bersikap rendah diri dan menjadi inspirasi kepada semua belia tidak kira jantina, bangsa mahupun agama.

Jumaat, 31 Mac 2017

Kecoh Fake Account Di Twitter!

Salam.

Semalam timeline twitter panas gila dengan isu fake account. @ezrinmn di twitter membongkar dan mendedahkan fake account yang menggunakan nama Yasmin Zainal dan Anis Mukhriz. Aku pun tak kenal siapa Yasmin Zainal dan Anis Mukhriz tu pun. Tapi yang aku nak highlight kat sini pasal fake account. Sebab aku pun antara mangsa dalam isu fake account. Gambar-gambar aku selalu disalahgunakan oleh fake account terutamanya kat facebook, whatsapp, wechat, beetalk, grindr dan sebagainya. Jadi situasi dan cerita pasal fake account memang relatable dengan aku. Dan aku sangat sokong apa yang @ezrinmn ni buat. Memang patut pun siapa dalang di sebalik fake account ni didedahkan. Kerana apa? Kerana kebanyakan fake account kat luar sana tu dicipta untuk mempermainkan hati dan perasaan orang lain di samping menipu duit orang lain dengan kisah-kisah sedih yang tak logik tapi jangan tak tahu, ramai jugak yang percaya dan terperdaya. Tak pasal pasal nama aku jugak yang busuk. Lepas dah kena main, dah kena tipu, baru la orang tu nak cari aku. Lepas tu? Aku pulak yang dipersalahkan. Siapa yang tak geram?



Seperti biasa, selagi boleh putar belit, selagi tu la fake account ni akan cuba cipta pelbagai alasan dan cerita untuk mengaburi mata hati orang yang dah mula meragui kewujudan dia. Jadi berhati-hati la bila korang berkenalan dengan sesiapa pun kat mana-mana laman sosial. Fikir logik je la. Takkan perempuan secantik Nora Danish atau lelaki sehensem Fattah Amin tiba-tiba nak tegur nak berkenalan dengan kita yang rakyat marhaen ni? Setuju? Tak payah nak teruja sangat kalau dapat mesej atau request daripada mana-mana akaun yang menggunakan gambar secantik Nora Danish atau sehensem Fattah Amin. Kalau ada pun, korang kena siasat habis-habisan. Mintak video call, mintak jumpa face to face. Kalau banyak alasan, banyak mengelak, faham faham sendiri la. Secara logiknya, muka stok stok Nora Danish dan Fattah Amin tu tak gigih la nak pm nak dm nak inbox korang. Camtuh.



Last last aku tak kupas sangat pasal isu fake account yang didedahkan @ezrinmn ni. Tapi lebih kepada luahan perasaan sendiri nampak? Haha! Kalau korang nak tahu cerita penuh fake account tu, sila klik KAT SINI. Khatamkan dan hadamkan. Jangan biarkan diri korang dipermainkan dan ditipu oleh fake account. Katakan tidak!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com