Khamis, 1 Mac 2018

Kronologi Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Zouk

Salam.


Selama tiga hari berturut-turut nama Neelofa hangat diperkatakan oleh netizen. Sana sini Neelofa. Tenggelam dah pasal Fattah Amin dan Fazura! Ehhh... Nama Neelofa menjadi buah mulut netizen gara-gara Neelofa melancarkan koleksi tudung terbaru dia kat kelab malam Zouk. Isu ni terus berpanjangan kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan memohon maaf. Tapi lepas Neelofa dah mengeluarkan kenyataan maaf malam tadi, aku anggap isu ni dah selesai. Setuju?

Mari kita tengok kronologi kontroversi Neelofa beberapa hari lepas.

26 Februari 2018 (Isnin)
  • Neelofa lancar koleksi tudung di kelab malam Zouk
  • Video viral perempuan-perempuan bertudung menari kat majlis tersebut mula tersebar
  • Netizen terkejut dan mengecam tindakan Neelofa dan mereka yang terlibat

27 Februari 2018 (Selasa)
  • Neelofa mengeluarkan kenyataan yang dia tak peduli dengan kritikan orang ramai
  • Neelofa menjelaskan yang lokasi dipilih bersesuaian dengan tema dan bajet
  • Ustaz menasihati Neelofa kerana tindakan Neelofa mengundang fitnah
  • Tak sampai 24 jam, koleksi tudung Neelofa yang dilancarkan malam tadi dah sold out
  • Mufti Perak berharap Neelofa bertaubat dan jangan ulang lagi
  • Mufti Wilayah Persekutuan menulis surat terbuka kepada Neelofa
  • Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudung di kelab malam Zouk dengan kenyataan siapa yang tak datang je yang kecoh

28 Februari 2018 (Rabu)
  • Neelofa membalas teguran Mufti dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan
  • Netizen marah kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan meminta maaf
  • Kakak Neelofa mewakili Naelofar Hijab memohon maaf kerana kontroversi yang timbul
  • Neelofa akhirnya memohon maaf

1 Mac 2018 (Khamis)
  • Neelofa tarik diri sebagai hos bagi majlis bersama Perdana Menteri

Semoga Neelofa terus bersikap rendah diri dan menjadi inspirasi kepada semua belia tidak kira jantina, bangsa mahupun agama.

Isnin, 5 Jun 2017

Prima Valet Gedung Fesyen Lebih 100 Koleksi Wanita & 20 Koleksi Lelaki

Salam.


Hari Sabtu hari tu aku sempat singgah Prima Valet, Bangi. Lokasi dia betul betul kat sebelah Plaza Tol Bangi. Aku sampai dalam jam 12 tengahari. Sesak! Ramai gila orang masa tu. Sampai aku terpaksa parking jauh. Berpeluh juga ketiak berjalan menuju ke Prima Valet lepas parking tu. Sampai je kat Prima Valet, baru tahu rupa-rupanya ada parking bawah tanah! Haha! Menyesal tak sudah.

Ada apa dengan Prima Valet?
Lokasi: Ostia Bangi (bersebelahan Plaza Tol Bangi)

Prima Valet ni 100% syarikat milik bumiputera dan Prima Valet ni adalah merupakan antara gedung fesyen yang terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih daripada 2000 kaki persegi. Menyediakan lebih 100 rekaan untuk wanita dan lebih 20 koleksi untuk lelaki, harga yang ditawarkan di Prima Valet adalah harga mampu milik. Baju Melayu di Prima Valet bermula pada RM90 dan kurta pula bermula pada harga RM79. Antara koleksi untuk lelaki adalah daripada selebriti Fattah Amin, Shaheizy Sam, Amy Search, Wak Doyok dan Michael Ang manakala antara koleksi untuk perempuan adalah daripada selebriti Fazura, Anzalna, Memey Suhaiza, Asyalliee dan Sasqia Dahuri. Haaa... Banyak gila pilihan kan?




Hari tu aku sempat rembat satu set Baju Melayu Sultan daripada Shaheizy Sam X Elrah Exclusive dengan kain samping yang berharga RM219 dan sehelai jubah daripada Fattah Amin X Elrah Exclusive. Haaa... Berpatutan tak? Baju Melayu Sultan tu siap kain samping tau. Dah lengkap dah baju raya tak perlu cari kain samping lagi. Tapi kalau korang tak nak kain samping, nak lebih jimat, harga satu set Baju Melayu Sultan tu cuma RM189. Kain samping korang pakai la apa yang ada je.



Aku suka dengan kain Baju Melayu Sultan daripada Shaheizy Sam X Elrah Exclusive dan kain jubah daripada Fattah Amin X Elrah Exclusive. Kedua-dua kain baju melayu dan jubah tu sangat berkualiti dan nampak mahal. Jahitan pun kemas. Memang puas hati dengan harga yang dibayar. Dah jom tengok baju melayu dan jubah aku. Tapi warna dirahsiakan! Haha! Tunggu entri yang seterusnya okay?





Best ke shopping kat Prima Valet ni?

Best! Tapi tu pandangan peribadi aku la. Prima Valet ni sangat sesuai untuk mereka yang mencari baju raya sama ada individu ataupun keluarga. Semua ada kat sini. Harga-harga pun kebanyakannya mampu milik. Jadi terpulang kat korang sama ada nak yang murah, sederhana atau yang sedikit mahal. Memang ada banyak gila pilihan koleksi pakaian kat sini. Tak perlu pergi banyak tempat untuk melengkapkan keperluan pakaian hari raya korang. Cuma nasihat aku kalau nak pergi Prima Valet ni, lebih baik korang pergi hari bekerja (Isnin-Jumaat). Kalau korang pergi hujung minggu (Sabtu-Ahad), memang sesak kat dalam Prima Valet tu. Tapi kalau dah tu je waktu yang korang boleh pergi Prima Valet, nak buat macam mana kan? Hadap je la. Haha!

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Rasanya tak terlalu awal untuk membuat persiapan raya sekarang ni.

Rabu, 31 Mei 2017

Beli Tudung dUCk Beratur Sampai Ke Luar Pavilion!

Salam.


Wow! Hebat betul penangan tudung daripada dUCk ni! Semalam dUCK telah melancarkan koleksi tudung terbaharu untuk raya tahun ni dan semalam juga semua tudung tu dah kehabisan stok! Baik atas talian mahupun kat kedai, koleksi tudung terbaharu daripada dUCk ni dah kehabisan stok. Betapa hebatnya penangan dUCk ni! Tu cuba korang tengok orang yang beratur nak beli koleksi tudung terbaharu daripada dUCk tu. Sampai kat luar Pavilion dorang sanggup beratur. Panjang barisan tu sampai ke Grand Millenium Hotel yang terletak kat sebelah Pavilion. Pehhh... Panjang gila barisan! Bayangkan orang yang beratur tu daripada dalam Pavilion sampai ke luar Pavilion hingga ke Grand Millenium Hotel tu.



Tahniah Vivy Yusof! Bukan senang nak cipta fenomena dUCk ni. Walaupun aku tak faham sangat sejenis kegigihan yang beratur panjang sampai macam tu semata-mata untuk mendapatkan tudung daripada dUCk ni. Haaa... Sah sah la aku tak faham sebab aku tak pakai tudung. Haha!

Selasa, 23 Mei 2017

Koleksi Raya Wadi Adra | Design Unik & Patuh Syariah

Salam.


Hari Sabtu 20 Mei 2017 yang lepas aku sempat hadir ke Wadi Adra Lebaran Fashion Night 2017. Aku datang semata-mata nak beri sokongan kepada sahabat aku, Eim atau nama sebenarnya Rahim Azhari, yang merupakan antara tunggak utama jenama Wadi Adra tu. Muda lagi Eim ni tapi pencapaian dia lebih hebat daripada aku yang tak berapa muda ni. Haha!

Malam tu Wadi Adra mengadakan pertunjukan fesyen untuk koleksi raya tahun ni. Ada pelbagai jenis design dan juga warna. Menarik! Selari dengan tagline, Wadi Adra ni sentiasa tampil dengan design yang unik tapi masih mematuhi syariat Islam. Jadi tak mahu ragu ragu sayang... Apa tunggu lagi? Meh la kita tengok apa yang sempat aku tangkap malam tu.








Richie Rachman bertindak sebagai pengacara majlis malam tu. Dan tak silap malam tu ada 25 orang model. Ramai tu! Bukan senang nak kumpul model seramai tu. Model-model tu semua adalah merupakan pelanggan-pelanggan setia Wadi Adra dan merupakan pelajar-pelajar daripada institut pengajian tinggi. Memang cari jodoh je la malam tu. Haha! Apa apa pun tahniah Eim kerana berjaya menganjurkan Wadi Adra Lebaran Fashion Night 2017 dengan baik. Semoga terus maju dan berjaya pada masa akan datang!





Tapi yang penting, aku menang King of the Night malam tu. Haha! Padahal apa je yang aku pakai pun? Takpe la. Tu namanya rezeki.

Khamis, 11 Mei 2017

Koleksi Raya Lima Waktu (5 Waktu) | Jubah, Kurta & Baju Melayu

Salam.

Pada hari Selasa bersamaan 9 Mei 2017 bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara, Lima Waktu (5 Waktu) telah mengadakan pertunjukan fesyen bagi jubah, kurta dan baju melayu sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tak lama lagi ni. Kalau aku tak silap lebih kurang 20 persalinan telah diperagakan untuk koleksi raya kali ni. Kita dapat lihat pelbagai jenis warna yang menarik di samping design yang minimal serta ringkas tapi masih ada gaya bagi setiap jubah, kurta dan baju melayu yang dikeluarkan.

Jom cuci mata kot kot ada yang berkenan ke.






















Jadi? Dah puas cuci mata belum tu? Haha! Kalau tengok koleksi raya 5 waktu ni, kebanyakannya mempunyai design dan rekaan yang minimal. Sangat sesuai untuk digayakan dalam pelbagai acara, baik hari perayaan mahupun bertandang ke majlis-majlis tertentu. Warna-warna yang digunakan pun memikat mata dan perhatian. Aku minat kat kurta warna hijau yang bercekak tu. Cantik! Untuk pengetahuan korang, koleksi raya jubah, kurta dan baju melayu daripada 5 Waktu ini adalah hasil kolaborasi Aeril Zafrel, Chazynash dan Anne. Kalau ada berminat dengan mana-mana rekaan dalam koleksi raya 5 Waktu ni, boleh hubungi 5 Waktu kat laman facebook atau instagram.

Selasa, 11 April 2017

Koleksi Teka Teki Lawak Hambar & Menyakitkan Hati

Salam.

Ni kesinambungan entri kegemaran ramai sepanjang zaman iaitu entri Teka Teki Paling Susah Di Dunia. Ada Berani? yang telah diterbitkan sekitar tahun 2010. Sekarang dah masuk tahun 2017. Kenapa tak bundarkan 2020 je terus? Haha! Dah lama sebenarnya aku tak main teka-teki ni. Zaman dulu bukan main kalau boleh nak bagi soalan teka-teki yang tiada siapa boleh jawab. Walaupun? Jawapan merapu! Naaahhh... Bagi mengisi kekosongan masa, ni koleksi teka-teki lawak, lucu, hambar dan menyakitkan hati kalau korang tak dapat cari jawapannya.


Soalan 1: Kenapa doktor bedah melakukan pembedahan dengan menutup mulutnya?
Soalan 2: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Soalan 3: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya membawa isteri ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Soalan 4: Kenapa ada motosikal namanya YAMAHA?
Soalan 5: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam dan kacamata hitam. Dia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Soalan 6: Apakah yang lembu ada, kambing tak ada?
Soalan 7: Kenapa orang azan mesti tutup telinga?

Nanti aku update entri pasal jawapan-jawapan dia pula. Sementara tu, korang cuba selesaikan semua soalan kat atas ni. Camtuh.

Rabu, 11 Februari 2015

Koleksi Pantun Pengacara Majlis - Alu-Aluan, Bacaan Doa, Beri Ucapan, Merasmi Majlis & Penutup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Hari Jumaat lepas aku jadi pengacara majlis lagi untuk kesekian kalinya. Entah dah berapa kali aku jadi pengacara majlis kat tempat kerja aku tu pun aku tak tahu la. Aku dah lost count. Tapi aku takde la kisah sangat pun. Tu salah satu sumbangan aku kat tempat kerja aku kot. Lagipun aku bukan hebat sangat jadi pengacara majlis ni. Aku ni bidan terjun je.

Kali ni aku nak kongsikan pantun-pantun yang aku pakai sepanjang aku jadi pengacara majlis kat situ. Kot kot ada la yang nak pakai pantun sebab tiba-tiba jadi bidan terjun kena paksa jadi pengerusi majlis ke kan? Haha! Padan muka! Kat sini aku kongsikan pantun alu-aluan, pantun sebelum bacaan doa, pantun jemput beri ucapan, pantun jemput merasmikan majlis, pantun jemput makan dan pantun sebelum majlis bersurai. Haaa... Tapi takde la setiap 10 saat kau nak berpantun kan? Berdosa tau. Agak agak la nak berpantun tu. Dua atau tiga rangkap pantun pun dah cukup.

Pantun Alu-Aluan
Indah berbalam si awan petang,
Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Dalam diam mata bertentang,
Jiwa pun rela hati dah suka,
Pemanis kalam selamat datang,
Majlis bermula tirai dibuka.

Pantun Jemput Baca Doa 
Kerat rotan bersama buluh,
Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Tepi berangan rumpunan buluh,
Buluh merimbun subur teramat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Pantun Jemput Beri Ucapan 
Dara rupawan tersenyum manis,
Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.

Sudilah tuan tampil ke depan,
Tampil ke depan menyambut salam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Pantun Jemput Merasmikan Majlis 
Sudilah tuan tampil ke depan,
Tampil ke depan tersenyum manis,
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.

Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput berseni bagai hiasan,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memberi kata ucapan.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Pantun Jemput Makan 
Tampak sepadan segak bergaya,
Bagai pasangan teruna dan dara,
Bermacam hidangan sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Pantun Penutup Majlis 
Gunung nan tinggi di balik awan,
Bagai terlihat bintang bertamu,
Sampai sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu.

Leka bersiap si anak dara,
Teruna tekun memasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Semoga berjaya!

Ahad, 12 September 2010

Meriah Hari Raya

Okay okay. Aku nak berlagak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri kat kampung nenek ni. Haha. Ampun doh. Actually takde meriah mana pun. Oh. Ada empat buah keluarga beraya kali ni. Korang layan sajo hidangan gambar gambar sekalian. Apalagi? Scroll down guys. ;P














potpetpotpet: Korang perasan tak? Erk. Bukan main siriyes dorang posing.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com