Khamis, 1 Mac 2018

Kronologi Neelofa Lancar Koleksi Tudung Di Zouk

Salam.


Selama tiga hari berturut-turut nama Neelofa hangat diperkatakan oleh netizen. Sana sini Neelofa. Tenggelam dah pasal Fattah Amin dan Fazura! Ehhh... Nama Neelofa menjadi buah mulut netizen gara-gara Neelofa melancarkan koleksi tudung terbaru dia kat kelab malam Zouk. Isu ni terus berpanjangan kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan memohon maaf. Tapi lepas Neelofa dah mengeluarkan kenyataan maaf malam tadi, aku anggap isu ni dah selesai. Setuju?

Mari kita tengok kronologi kontroversi Neelofa beberapa hari lepas.

26 Februari 2018 (Isnin)
  • Neelofa lancar koleksi tudung di kelab malam Zouk
  • Video viral perempuan-perempuan bertudung menari kat majlis tersebut mula tersebar
  • Netizen terkejut dan mengecam tindakan Neelofa dan mereka yang terlibat

27 Februari 2018 (Selasa)
  • Neelofa mengeluarkan kenyataan yang dia tak peduli dengan kritikan orang ramai
  • Neelofa menjelaskan yang lokasi dipilih bersesuaian dengan tema dan bajet
  • Ustaz menasihati Neelofa kerana tindakan Neelofa mengundang fitnah
  • Tak sampai 24 jam, koleksi tudung Neelofa yang dilancarkan malam tadi dah sold out
  • Mufti Perak berharap Neelofa bertaubat dan jangan ulang lagi
  • Mufti Wilayah Persekutuan menulis surat terbuka kepada Neelofa
  • Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudung di kelab malam Zouk dengan kenyataan siapa yang tak datang je yang kecoh

28 Februari 2018 (Rabu)
  • Neelofa membalas teguran Mufti dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan
  • Netizen marah kerana Neelofa tidak mengakui kesilapan dan meminta maaf
  • Kakak Neelofa mewakili Naelofar Hijab memohon maaf kerana kontroversi yang timbul
  • Neelofa akhirnya memohon maaf

1 Mac 2018 (Khamis)
  • Neelofa tarik diri sebagai hos bagi majlis bersama Perdana Menteri

Semoga Neelofa terus bersikap rendah diri dan menjadi inspirasi kepada semua belia tidak kira jantina, bangsa mahupun agama.

Jumaat, 29 Disember 2017

Kronologi Christy Ng & Intern Diberhentikan Kerana Cuti Sakit

Salam.


Sejujurnya aku tak kenal sangat siapa Christy Ng ni. Tapi aku tahu lah dia ni jual kasut yang siap boleh custom made. Tak silap adik aku pernah tempah kasut kat Christy Ng ni untuk majlis perkahwinan dia. Haha! Semalam Christy Ng telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membalas dakwaan Azlin, intern tak sampai sebulan kat Christy Ng, Jaya One, Petaling Jaya.

Ada yang terlepas kereta api ke? Takpe. Aku cuba ringkaskan kronologi drama antara Christy Ng dan Azlin ni.
  • Azlin menerusi laman twitternya telah berkongsi pengalaman intern sebagai business admin kat Christy Ng, Jaya One, Petaling Jaya.
  • Azlin mendakwa telah disuruh angkat kotak-kotak besar, masukkan kotak dalam parcel dan jual kasut kat event.
  • Azlin juga mendakwa kena sound dengan supervisor depan orang ramai.
  • Lepas tu Azlin ambil cuti sakit sehari pada minggu kedua sebab sakit belakang dan pinggang setiap malam.
  • Pada minggu ketiga, Azlin ambil cuti sakit dua hari berturut-turut. 
  • Azlin kemudian menerima whatsapp dari Christy Ng yang minta penjelasan kenapa cuti sakit sampai tiga hari dalam masa sebulan.
  • Akhirnya Azlin diberhentikan oleh Christy Ng menerusi Kelly.
  • Setelah diberhentikan, Azlin sambung intern kat tempat lain. 
  • Azlin menuntut elaun yang sepatutnya diterima sepanjang internship kat Christy Ng.
  • Tapi Azlin diberitahu akan dibayar elaun minimum RM400 kerana sikap yang buruk dan malas (bad performance).
  • Azlin mendakwa masih belum menerima elaun tersebut sampai ke hari ini.
  • Setelah tweet itu jadi viral dan netizen mula mempersoalkan, Christy Ng mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihaknya.
  • Christy Ng mendakwa Azlin tidak memberikan bukti sijil sakit dan sebab sakit yang diterima tidak jelas.
  • Pihak Christy Ng telah menawarkan Azlin untuk menjalani pemeriksaan x-ray dan kesihatan tapi ditolak.
  • Tiada pekerja yang mengalami sakit belakang kerana mengangkat kotak-kotak yang mengandungi kasut dengan berat lebih kurang 0.5 kg - 0.8 kg.
  • Sepanjang 28 hari kat situ, Azlin telah hadir lewat ke tempat kerja pada 13, 14 dan 16 November 2017 selain daripada cuti sakit pada 17, 27 dan 28 November 2017.

Kenyataan rasmi Christy Ng menerusi laman twitternya dan reaksi netizen terhadap kenyataan tersebut.




Seterusnya kita tengok kenyataan Azlin dan bukti-bukti sepanjang intern sebagai business admin kat Christy Ng, Jaya One, Putrajaya.



Jadi apa pandangan korang? Siapa yang bersalah dan patut dipersalahkan? Azlin? Atau Christy Ng?

Jumaat, 15 September 2017

Kronologi Kes Kebakaran Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Salam.


Aku masih lagi tak boleh move on dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa, iaitu, 21 orang pelajar dan dua orang guru. Lagi lagi bila Berita Harian melaporkan wujud elemen meragukan apabila ada mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning kat luar bilik asrama. Lepas tu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, pula berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran kat pusat tahfiz tu bukan berpunca daripada litar pintas. Aduh... Apalah salah pelajar pelajar tu... Semoga tiada unsur khianat atau kecuaian dalam kes kebakaran pusat tahfiz ni.


Tidak mahu menuding jari kepada mana mana pihak, aku harapkan isu keselamatan terutamanya kat pusat tahfiz dan sekolah agama akan mula dipandang secara serius lepas ni. Sebab ni bukan kali pertama pusat tahfiz dan sekolah agama terbakar. Adakah kita cuai dalam memastikan keselamatan penghuni pusat tahfiz dan sekolah agama? Atau kerana mentaliti yang tidak menghiraukan piawaian? Semoga kita ambil iktibar daripada kes kebakaran pusat tahfiz yang telah meragut 23 nyawa ni.

Sekurang-kurangnya 4 kes kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama yang melibatkan kematian:
14 September 2017
21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran awal pagi di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
15 Jun 2013
Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, Kedah, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan.
17 Jun 1998
Tiga murid perempuan maut dalam kebakaran asrama Sekolah Rendah Agama Madrasah Al-Hidayah Tobiar di Pendang, Kedah.
22 September 1989
27 pelajar terkorban dalam kebakaran melibatkan lapan buah asrama Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah.

Sepanjang tahun 2017, lebih kurang 10 laporan kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama di seluruh negara:
30 Julai
Dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sepang, Selangor musnah dalam kebakaran, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
4 Julai
18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan yang menempatkan 66 penuntut musnah dalam kebakaran, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
3 Julai
Bilik stor di bawah tingkat asrama yang didiami 68 pelajar perempuan di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak musnah dijilat api, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
30 April
30 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka musnah dalam kebakaran.
17 April
Seramai 10 pelajar tahfiz Pondok Seri Permai, Pasir Puteh, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila blok asrama mereka terbakar.
28 Februari
Sebanyak 40 pondok kediaman yang menempatkan 100 orang pelajar berusia 15 hingga 30 tahun di Pondok Al-Baghdadi, Tumpat, Kelantan hangus terbakar.
7 Februari
Seramai 73 pelajar perempuan Sekolah Agama Maran, Maran, Pahang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
16 Januari
Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam an-Nuur atau lebih dikenali sebagai Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah dalam kebakaran.
13 Januari
Seorang murid tahfiz cedera dalam kebakaran asrama Pondok Nurul Iman di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang.

Sumber: Bernama

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com