Jumaat, 21 Disember 2018

Lirik Lagu Ayda Jebat - Temberang

Salam.


Ayda Jebat baru je release video muzik bagi single baharu yang berjudul Temberang. Aku rasa lagu ni bakal mengulangi fenomena Pencuri Hati yang menjadi siulan majoriti pendengar. Ayda Jebat kembali dengan formula lagu yang catchy dan upbeat untuk memikat hati dan telinga peminat industri muzik tempatan. Part korus tu ada sedikit elemen dangdut yang cuba diselitkan. Serius best! Sekali dengar dah boleh ikut nyanyi sekali. Memang tak puas lah dengar satu kali je.

Lirik Lagu Ayda Jebat - Temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku apa kau mahu
Mahu diriku dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja ku yang kau punya
Janji bahagia jangan biar tunggu lama lama

Kerana ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam malam ku mimpi kan kamu

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga sama
Jangan kau temberang 

Lagu Temberang boleh didengarkan di platform platform digital mulai pada 28 Disember 2018. Haaa... Lagi seminggu! Dah alang alang tu korang boleh layan video muzik lagu ni dulu yang telah dimuat naik di laman youtube.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com