Salam.
Nama je orang Melaka tapi tak pernah jejakkan kaki ke Skytrex Melaka. Haaa... Tepuk! Tapi alhamdulillah hari tu aku telah berjaya menawan Skytrex Melaka masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Terima kasih Hakim yang sudi bawa aku dan kawan kawan! Kalau tak, entah bila aku nak pergi aku nya pun.
Awalnya!
Kita orang gerak daripada rumah seawal jam 8 pagi sebab nak sampai kat Skytrex tu sebelum jam 9 pagi. Hakim kata tak panas sangat kalau pagi. Betul juga kan? Untuk makluman kau orang, pelepasan pertama adalah pada pukul 9 pagi, manakala, pelepasan terakhir adalah pada pukul 3 petang. By the way, lokasi Skytrex Melaka ni agak tersorok kat belakang Taman Botanikal. Bagi memudahkan perjalanan, aku cadangkan kau orang terus waze atau google maps Skytrex Melaka.
Aku nak ingatkan yang kawasan parking tu ada banyak monyet berkeliaran sana sini. Jadi hati hati lah dengan barang barang kau orang. Mana lah tahu kot kot monyet tu curi dompet ke kunci ke makanan ke lagi dahsyat curi hati ke. Haha!
Pilih peringkat yang bersesuaian.
Skytrex Melaka ni ada 3 peringkat, iaitu, beginner, intermediate dan advanced. Haaa... Kau rasa kita orang naik peringkat yang mana? Dah tentu lah advanced! Tengok baki dalam akaun bank lah. Ada kaitan tak? Haha! Katanya trek peringkat advanced kat sini adalah trek yang paling mencabar pernah ada kat Skytrex. Hebatnya kamu yakinnya kamu. Peringkat beginner pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Jadi memang tak berbaloi untuk mereka yang dewasa. Tapi kalau kau sejenis fobia dan takut akan ketinggian, peringkat intermediate pun dah cukup kot.
Harga:
Little Dino (Beginner) - RM45
Pahlawan Thrill (Intermediate) - RM55
Extreme Warrior (Advanced) - RM65
Sesi bergambar makan masa 3 jam?
Hampir 3 jam juga kita orang nak habiskan trek tu. Mana taknya, hampir setiap challenge kita orang bergambar. Bayangkan kalau satu challenge dah makan masa 20 minit untuk bergambar, berapa masa dah habis kat situ? Untuk peringkat advanced ni, ada lebih kurang 36 challenge kesemuanya. Kalau takde sesi bergambar tu, rasanya dalam 1 jam dah boleh habis. Haha! Berlagak kan? Astaga. Kita orang mulakan perjalanan dalam jam 11 pagi dan tamat sekitar jam 2 petang. Tapi memang kita orang dah diberitahu purata masa untuk menghabiskan trek peringkat advanced tu lebih kurang 3 jam.
Sejujurnya aku sangat menikmati pengalaman kat Skytrex Melaka. Dah lah dapat buat aktiviti yang menyihatkan, dapat pula melihat pemandangan menghijau yang menyejukkan mata. Aktiviti aktiviti yang kita orang buat pun lain daripada kebiasaan. Tak sabar rasanya nak pergi lagi!
Skytrex Melaka
Lokasi: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka
Jangan risau tentang keselamatan. Memang terjamin! Kalau kau orang berminat nak ke Skytrex Melaka ni, boleh hubungi talian 011-2611 1859 untuk maklumat lanjut.