Selasa, 9 April 2019

Pengalaman Tanam Anak Pokok Di Save Our Rainforest Race (SORR) 2019

Salam.


Alhamdulillah. Walaupun aku tak berapa sihat hari tu tetapi aku berjaya menamatkan larian Save Our Rainforest Race (SORR) 2019 ni. Haaa… Acara ni bukan sekadar larian semata-mata ya. Acara ini sebenarnya bertujuan mendidik para peserta dalam usaha memelihara dan memulihara hutan kita. Usaha yang sangat murni bukan? Tahniah diucapkan buat PEKA Malaysia.


Tak silap aku ini adalah merupakan tahun kedua SORR diadakan. Tahun lepas katanya SORR diadakan di Tanjong Malim, Perak. Dan tahun ini pula SORR diadakan di Ayer Keroh, Melaka. Sebagai anak jati Melaka, aku bangga dengan adanya acara seumpama ini. Sambil kita melakukan aktiviti menyihatkan tubuh badan, kita juga membantu usaha pihak penganjur dalam menyebarkan kesedaran memelihara dan memulihara hutan. 


5 Perkara Menarik Tentang SORR

#1 Sepasang sayap tak terlihat umpama mimpi yang tersimpan

Penyertaan peserta adalah secara berpasangan. Maksudnya tiada pendaftaran secara individu dalam acara ini. Haaa... Nak tak nak kau orang kena bersama sama melangkah ke garisan penamat. Sweet ke tidak?


#2 Kita berlari dan teruskan bernyanyi

SORR tidak menggalakkan semua peserta untuk berlari bagi acara ini. Serius? Serius! Pihak penganjur siap meletakkan beberapa banner yang menyatakan "NO RUNNING" di sepanjang laluan. Jadi? Tak payah nak lari sangat lah. Jalan saja!


#3 Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu

Ada 8 jenis cabaran yang disediakan bagi menyuntik elemen keseronokan. Pada pendapat aku, cabaran cabaran dia agak mudah dan menarik lebih lebih lagi bila cabaran itu memerlukan kita bekerjasama sebagai pasangan. 


#4 Bertanam tebu di pinggir bibir rebung berduri di hati

Kemuncak acara bagi SORR ini adalah tugasan menanam anak pokok! Sebelum mendapat menamatkan acara dan menerima pingat, setiap peserta perlu menanam anak pokok mengikut kawasan yang telah dibahagikan. Aku boleh kata antara pengalaman yang berharga dalam hidup aku bila aku dapat berbudi kepada tanah seperti ini.


#5 Panas panas panasnya mentari tak sepanasnya cinta ku ini

Laluan SORR hari itu adalah teduh dan terlindung daripada panas matahari. Haaa... Agak agak kenapa? Kerana ada pokok di kiri jalan dan di kanan jalan sepanjang laluan hari itu. Jadi udara yang kita orang sedut hari itu pun terasa segar dan penuh dengan oksigen. Haha!


Tak sabar untuk sertai SORR yang seterusnya. Tahun depan kat mana pula ya?

Isnin, 18 Februari 2019

Pengalaman Aktiviti Lasak Di Skytrex Melaka Cabar Adrenalin & Fobia Terhadap Ketinggian

Salam.


Nama je orang Melaka tapi tak pernah jejakkan kaki ke Skytrex Melaka. Haaa... Tepuk! Tapi alhamdulillah hari tu aku telah berjaya menawan Skytrex Melaka masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Terima kasih Hakim yang sudi bawa aku dan kawan kawan! Kalau tak, entah bila aku nak pergi aku nya pun.

Awalnya!

Kita orang gerak daripada rumah seawal jam 8 pagi sebab nak sampai kat Skytrex tu sebelum jam 9 pagi. Hakim kata tak panas sangat kalau pagi. Betul juga kan? Untuk makluman kau orang, pelepasan pertama adalah pada pukul 9 pagi, manakala, pelepasan terakhir adalah pada pukul 3 petang. By the way, lokasi Skytrex Melaka ni agak tersorok kat belakang Taman Botanikal. Bagi memudahkan perjalanan, aku cadangkan kau orang terus waze atau google maps Skytrex Melaka. 





Aku nak ingatkan yang kawasan parking tu ada banyak monyet berkeliaran sana sini. Jadi hati hati lah dengan barang barang kau orang. Mana lah tahu kot kot monyet tu curi dompet ke kunci ke makanan ke lagi dahsyat curi hati ke. Haha!

Pilih peringkat yang bersesuaian.

Skytrex Melaka ni ada 3 peringkat, iaitu, beginner, intermediate dan advanced. Haaa... Kau rasa kita orang naik peringkat yang mana? Dah tentu lah advanced! Tengok baki dalam akaun bank lah. Ada kaitan tak? Haha! Katanya trek peringkat advanced kat sini adalah trek yang paling mencabar pernah ada kat Skytrex. Hebatnya kamu yakinnya kamu. Peringkat beginner pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Jadi memang tak berbaloi untuk mereka yang dewasa. Tapi kalau kau sejenis fobia dan takut akan ketinggian, peringkat intermediate pun dah cukup kot.




Harga:
Little Dino (Beginner) - RM45
Pahlawan Thrill (Intermediate) - RM55
Extreme Warrior (Advanced) - RM65

Sesi bergambar makan masa 3 jam?

Hampir 3 jam juga kita orang nak habiskan trek tu. Mana taknya, hampir setiap challenge kita orang bergambar. Bayangkan kalau satu challenge dah makan masa 20 minit untuk bergambar, berapa masa dah habis kat situ? Untuk peringkat advanced ni, ada lebih kurang 36 challenge kesemuanya. Kalau takde sesi bergambar tu, rasanya dalam 1 jam dah boleh habis. Haha! Berlagak kan? Astaga. Kita orang mulakan perjalanan dalam jam 11 pagi dan tamat sekitar jam 2 petang. Tapi memang kita orang dah diberitahu purata masa untuk menghabiskan trek peringkat advanced tu lebih kurang 3 jam.




Sejujurnya aku sangat menikmati pengalaman kat Skytrex Melaka. Dah lah dapat buat aktiviti yang menyihatkan, dapat pula melihat pemandangan menghijau yang menyejukkan mata. Aktiviti aktiviti yang kita orang buat pun lain daripada kebiasaan. Tak sabar rasanya nak pergi lagi! 

Skytrex Melaka
Lokasi: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka



Jangan risau tentang keselamatan. Memang terjamin! Kalau kau orang berminat nak ke Skytrex Melaka ni, boleh hubungi talian 011-2611 1859 untuk maklumat lanjut.

Jumaat, 14 Disember 2018

Pemandangan Matahari Terbit Di Gunung Bromo (Puncak Pananjakan)

Salam.


Cantik kan? Tu lah pemandangan matahari terbit di Puncak Pananjakan yang terletak berhampiran Gunung Bromo. Seawal jam 3.30 pagi aku dan kawan kawan yang lain dah bergerak ke situ. Kita orang tak tidur pun malam tu! Maklum je lah flight kita orang sampai kat Surabaya dalam jam 9 malam macam tu. Lepas tu terus bertolak dengan supir ke Bromo. Perjalanan makan masa sehingga 4 ke 5 jam. Serius! Naik kematu bontot duduk lama lama macam tu. Nasib baik hotel kita orang hari tu jarak dia hanya 2.7 kilometer dari Gunung Bromo.

Penat dan letih terbayar lepas nampak matahari terbit dengan mata kepala sendiri ditambah lagi latar belakangnya yang indah. Subhanallah! Nanti aku kongsikan itinerary percutian kali ni.

Rabu, 14 November 2018

Pengalaman Ke Konsert Mariah Carey Di Borobudur, Jogjakarta

Salam.


Dah lambat ni!

Flight aku ke Jogjakarta pada 6 November 2018 hari Selasa tu selamat sampai kat airport sekitar jam 5 petang. Agak lewat dah tu. Aku check kat google maps perjalanan dari airport ke Borobudur makan masa lebih kurang 2 jam. Tu pun kalau tiada kesesakan lalu lintas. Jadi lepas sampai je kat airport tu aku dan kawan kawan terus ke Borobudur. Kenapa ke Borobudur? Sebab konsert Mariah Carey kat sana! Haha! Nasib baik ada supir. Alhamdulillah. Mudah sikit pergerakan hari tu.

Keluar je dari airport tu, hujan turun renyai. Supir bagitahu kat aku yang Yogyakarta ni sebenarnya dah berbulan bulan tak hujan. Tapi petang tu hujan! Haha! Tengah fikir macam mana kalau hujan sepanjang konsert tu. Dah lah tiket kitorang yang berdiri kat depan pentas tu. Harap kat Borobudur nanti tak hujan dah.



Segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.

Lapar! Kitorang tak makan lagi sejak turun daripada flight. Nak kejar masa punya pasal. Perjalanan ke Borobudur hari tu mengambil masa 2 jam lebih. Kitorang sampai dalam pukul 7 malam macam tu. Lepas tu kitorang terus bergegas ke kaunter untuk tukar tiket. Sekejap je. Lagipun dah tak ramai orang kat kaunter tu. Rasanya semua orang dah masuk kot? Maklum je lah konsert dah nak mula kejap lagi. Jangan tak tahu yang bersepah ulat tiket kat Borobudur tu. Seram! Tak pasti kalau ada yang jadi mangsa ulat tiket hari tu.

Sebelum ke tapak konsert, kitorang kena lepasi 4 laluan tapisan keselamatan. Alhamdulillah kitorang tak tersekat kat mana mana laluan sebab dari awal lagi kitorang dah asingkan mana yang boleh dibawa masuk mana yang tidak boleh dibawa masuk. Aku sedih juga bila tahu yang segala jenis kamera tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Tak dapat nak ambil gambar dan video Mariah Carey dengan lebih jelas! Semua gambar dan video hari tu aku tangkap dan rekod menggunakan iPhone 7. Tapi hasilnya tetap memuaskan.




Mariah Carey betul betul kat depan aku!

Konsert dijangka bermula jam 8 malam. Tapi macam biasa lah mana ada konsert yang mula tepat pada waktunya. Konsert Mariah Carey ni memang tiada opening act. Tunggu punya tunggu akhirnya Mariah Carey muncul kat atas pentas! Haaa... Apa lagi? Menjerit setengah mati aku tengok Mariah Carey dengan mata kepala aku sendiri! Dah lah dekat gila! Haha! Puas hati betul dapat posisi dekat macam ni masa konsert.

Syukur hujan tak turun sepanjang konsert berlangsung. Aku tak tahu macam mana nak bayangkan apa yang akan berlaku kalau hujan turun dengan lebatnya. Kat atas pentas tu tak berbumbung, kat tempat kitorang berdiri ni tak berbumbung, kat tempat duduk belakang pun tak berbumbung. Haha!



Berbaloi ke?

Masa konsert lebih kurang 1 jam 30 minit. Walaupun aku rasa masa konsert tu boleh dipanjangkan lagi tapi aku tak rasa ralat sangat sebab aku berpeluang berada kat depan pentas menyaksikan Mariah Carey nyanyi secara live. Best! Aku akui yang suara Mariah Carey sekarang ni tak sama macam dulu. Tapi suara dia masih sedap dan dia masih boleh menyanyi dengan baik. 

Lupa nak bagitahu yang harga tiket hari tu cuma Rp 1 juta. Kalau dibandingkan dengan nilai mata wang Malaysia, tak sampai RM 300 pun. Apalah sangat berdiri tak sampai 2 jam tu. Lepas tu dapat tengok Mariah Carey dekat gila macam tu kan? Betul tak? Haha!


Jadi konsert seterusnya?

Rabu, 24 Oktober 2018

The Music Run 2018: Pengalaman Lari Sebelum Parti

Salam.


Ni kali pertama aku join The Music Run yang dibawakan oleh AIA Vitality. Terima kasih AirAsia Bloggers' Community kerana memberi peluang untuk aku merasai pengalaman ni. Rasanya dah beberapa tahun juga The Music Run ni diadakan. Tapi baru tahun 2018 ni aku ada rezeki untuk sertai. Rezeki tak pernah salah alamat kan?


Tahun ni The Music Run diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apa yang membezakan The Music Run dengan acara lain yang lain? Haaa... Kita akan disajikan dengan lagu lagu yang merangsang adrenalin kita sepanjang larian sama ada 5 kilometer mahupun 10 kilometer. Jadi larian kita tak bosan sangat lah. Lepas tu dah tak payah dah pakai earphones ke earbuds ke nak dengar lagu lagu daripada phone kita.




Tapi acara yang paling ditunggu tunggu dalam The Music Run ni adalah selepas tamatnya larian kita hari tu. Sebab apa? Sebab ada parti! Haha! Hebat betul lepas habis larian kita ada parti siap jemputan DJ Sam Withers. Sah sah lah aku tak kenal langsung siapa DJ Sam Withers tu. Tapi enjoy juga layan parti tu. Haha!

Selain daripada parti, The Music Run turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dalam stadium tu. Aku nak senaraikan satu satu pun aku tak tahu nama setiap aktiviti tu. Kalau nak tahu, kena join The Music Run tahun depan ya? Boleh? Senang kerja aku. Haha!



Pada pendapat aku, The Music Run ni memberikan pengalaman yang baru dan segar untuk aku yang tak pernah sertai larian seumpamanya sebelum ni.

Rabu, 17 Oktober 2018

Nights Of Fright 6: Pengalaman Seram Di Sunway Lagoon Malaysia

Salam.


Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Mari sini aku nak cadangkan satu aktiviti bagi mengisi hujung minggu kau orang lagi lagi dalam bulan Oktober ni. Aktiviti ni santai je. Sejenis aktiviti jalan jalan cari hantu. Boleh? Yes! Aku cadangkan kau orang pergi mana mana tanah perkuburan yang berdekatan dan tunggu sampai hantu hantu muncul. Haha! Tak lah. Aku cadangkan kau orang pergi Nights of Fright 6 kat Sunway Lagoon Malaysia yang dibuka setiap hujung minggu sepanjang bulan Oktober ni.

Hari: Jumaat hingga Ahad
Tarikh: 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018
Masa: 7.30 malam hingga 11.30 malam


Katanya tahun ni lebih menakutkan! Betul ke? Nights of Fright 6 ada menyediakan 8 jenis rumah hantu yang menjanjikan pengalaman menarik dan menyeramkan sepanjang kau orang berada di situ. Tapi hari tu aku tak sempat nak masuk semua rumah sebab ramai gila orang! Aku hanya sempat masuk Wendigo, Slaughterhouse 13, Ghost Face dan Scary Tales Theater. Jadi aku harap kau orang boleh susun awal awal rumah hantu mana nak masuk dulu supaya tak kempunan ikan tembakul di kemudian hari.


Senarai Rumah Hantu Nights of Fright 6

Wendigo


Phobia


Slaughterhouse 13


Ghost Face


Scary Tales Theater


Zombie Zoo


Ghostbusters


Horrorwood Studios


Harga Tiket Nights of Fright 6

Normal Rate: RM69
Express Combo: RM114 

Kalau nak harga tiket yang lebih murah, ada harga promosi untuk pengguna dan pelanggan Maybank, AEON, UOB, Hong Leong Bank, Celcom dan Digi. Kau orang boleh rujuk laman web Sunway Lagoon untuk maklumat lanjut. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa uji keberanian kau orang hanya di Nights of Fright 6! Dibawakan khas oleh Sunway Lagoon Malaysia.

Khamis, 22 Mac 2018

Panduan & Pengalaman Mendaki Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Salam.


Pada hari Selasa bersamaan dengan 20 Mac 2018, aku dan kawan-kawan kat tempat kerja telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi yang terletak kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Haaa... Jangan risau, aktiviti mendaki Gunung Angsi ni dah dapat pelepasan dari Pengarah. Lagipun pelajar-pelajar tengah cuti pertengahan semester sekarang ni.

Kami bergerak dengan menaiki kenderaan sendiri. Tiada kenderaan disediakan nampaknya. Jadi semua bertolak dari rumah masing-masing. Jarak rumah aku dengan Gunung Angsi lebih kurang 70 kilometer, hampir 60 minit masa perjalanan. Aku keluar rumah lepas Subuh dalam pukul 6:20 pagi tu! Gigih ke tidak? Aku pergi kerja pun tak pernah seawal tu.


Tempat Permulaan Mendaki Gunung Angsi

Hari tu aku terus buka aplikasi Waze dan terus cari "Gunung Angsi Entrance". Alhamdulillah. Aku terus sampai kat tempat permulaan mendaki Gunung Angsi tu. Paling mengejutkan aku orang pertama sampai kat situ! Kalau ikut rekod ketepatan masa aku, aku sentiasa gagal je. Tak sangka hari tu aku sangat cemerlang! Haha! Jadi untuk mudah tak nak sesat atau salah tempat, korang guna Waze je. Mudah kan? Cuma jodoh je korang tak boleh nak guna Waze.




Permit dan Pendaftaran

Kat situ nanti ada kaunter permit dan pendaftaran. Kaunter dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat (7:30 pagi - 11:00 pagi) dan Sabtu hingga Ahad (6:00 pagi - 11:30 pagi). Harga permit untuk mendaki Gunung Angsi adalah serendah RM5.  Tapi hari tu kaunter lambat buka sikit dekat 8:45 pagi juga baru buka walaupun kat situ diberitahu kaunter buka pukul 7:30 pagi. Maklum je lah, hari bekerja kan tak ramai orang maka tu kaunter dia buka lambat sikit.


Trek Pendakian

Trek mendaki Gunung Angsi ni pada pendapat aku berada pada tahap sederhana. Ada part curam, ada part landai. Tapi dorang kata trek Gunung Datuk lebih mencabar! Aku pun tak ingat macam mana trek Gunung Datuk. Aku pernah naik Gunung Datuk masa Tingkatan 5 tahun 2005 dulu. Haaa... Diam tak diam dah 13 tahun dah aku tinggalkan sekolah! Gila! Apasal aku rasa macam baru tahun lepas ambil SPM? Nampak sangat menipu kan?





Masa Mendaki

Kami mula mendaki lebih kurang pukul 9:00 pagi macam tu. Sepanjang mendaki tu, beberapa kali juga aku berhenti rehat. Haha! Semput lah! Usia dah mencecah angka 30 ni, rasa stamina ni dah sendu sangat. Tapi alhamdulillah, aku dan tiga orang kawan yang lain berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi dalam masa 1 jam 20 minit. Kira kami ni empat orang pertama yang sampai ke puncak Gunung Angsi hari tu. Agak agak pukul berapa aku sampai kat puncak tu? Begitulah soalan matematik peperiksaan pertengahan tahun.




Pemandangan Puncak Gunung Angsi

Secara peribadi, pemandangan kat puncak Gunung Angsi ni biasa biasa je. Tak semegah kat puncak bukit-bukit atau gunung-gunung yang lain. Tapi takpe lah, pengalaman dan kepuasan mendaki tu yang kita cari. Apa yang penting kita dah berjaya tawan puncak Gunung Angsi. Betul tak? Pemandangan cantik ke tidak itu perkara kedua. Kalau cantik ya bonus tapi kalau tak cantik pun bukan masalah. Tapi nasib baik kami mendaki pada hari bekerja jadi takde orang sangat kat puncak gunung hari tu. Syukur!






Gunung Angsi

Ketinggian: 825 meter atau 2707 kaki
Koordinat: 2.6986° N, 102.0481° E
Permit: RM5
Masa Mendaki: 1 jam hingga 2 jam

Lepas ni puncak mana pula aku nak tawan? Puncak kasih kita boleh? Cia cia cia...

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com