Jumaat, 29 Mac 2019

Lirik Lagu Amylea X Megat - Tetap Kamu

Salam.

Ingatkan lagu lama! Haha! Intro dia sama seperti lagu yang popular sebelum ini, Tak Pernah Hilang. Cuma kali ni Amylea tidak berpadu suara dengan Kaer tapi menampilkan bakat baharu, iaitu, Megat. Menggunakan judul Tetap Kamu, lirik lagu masih berkisarkan betapa sepasang hati yang saling mencintai antara satu sama lain. Aku dengar susunan lagu Tetap Kamu ni masih menggunakan formula yang sama seperti lagu Tak Pernah Hilang. Jadi tak mustahil peminat lagu Tak Pernah Hilang akan jatuh cinta dengan lagu Tetap Kamu ni.


Lirik Lagu Amylea X Megat - Tetap Kamu

Benarkah yang terindah
Sulit untuk ku pertahan
Ada hati yang tersimpan
Mengingin mu

Ternyata dan teruntuk
Buat diri ku hanya kamu
Dan tak mudah meruntuhkan
Setia ku

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus rasa ku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Kau takkan menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bulan
Terangi ku

Mungkinkah jalan kita kan terpisah dan berlalu
Ku janji akan selalu merindu mu

Lagi berapa hari nak puasa ni?

Lirik Lagu Indah Ruhaila - Pudar

Salam.

Dah lama dah rasanya tak dengar pasal Indah Ruhaila ni kan? Haaa... Diam diam Indah Ruhaila kembali dengan single berjudul Pudar yang bergenre pop balada. Aku puas betul dengar permainan vokal Indah Ruhaila dalam lagu Pudar ni. Aku suka bahagian lagu yang diiringi piano semata-mata terutamanya pada bahagian awal dan penghujung lagu. Lepas tu gesekan violin sebelum korus pula menambahkan unsur suspense dan drama dalam lagu. Cukup dinamik baik daripada segi susunan lagu mahupun penyampaian vokal. Tak percaya? Pergi dengar sendiri!


Lirik Lagu Indah Ruhaila - Pudar

Aku selalu rindu sepi membunuh ku
Kedinginan malam menghantui

Hanya engkau tahu kekurangan ini
Tiada akan menyembuh selain mu

Aku terlalu jauh
Jauh untuk kembali pada mu

Pudar harapan ku makin pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku tiada henti

Hadirkanlah satu untuk menemani ku
Membawa diri ku di dekat mu

Bukalah mata ku
Bukalah hati untuk menerima cinta dari mu
Jika kau berikan semula hidup ku takkan pudar

Semoga ada rezeki untuk pentas Anugerah Juara Lagu!

Lirik Lagu Andi Bernadee - Donde

Salam.

Selepas kejayaan lagu Satu Peluang, Andi Bernadee kembali dengan single seterusnya yang berjudul Donde. Masih mengekalkan irama reggaeton, aku dengar Donde ni lebih laid back berbanding Satu Peluang. Tapi kedua-dua lagu ada kekuatan tersendiri. Sekali dengar lagu ni dah boleh terus ikut nyanyi sekali. Tak mustahil Andi Bernadee akan mengulangi kejayaannya yang dicipta menerusi single Satu Peluang. Dan jangan lupa untuk menghasilkan video muzik yang berkualiti seperti Satu Peluang. All the best!


Lirik Lagu Andi Bernadee - Donde

Ke mana kau pergi ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang

Ke mana kau pergi ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang

Donde donde donde ta ra ra
Donde donde donde oh na na
Donde donde donde ta ra ra

Susah atau senang janji selamanya
Apa yang ku harus lakukan
Apa pun ku rela

Ku masih mencari mu di sana di sini
Aku tak akan membiarkan kamu sendiri
Mama tak pasti
Ayah tak pasti
No

Bermula tiap hari
Dari hari ke minggu
Dari minggu ke bulan
Donde

Ke mana kau pergi ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang

Ke mana kau pergi ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang

Donde donde donde ta ra ra
Donde donde donde oh na na
Donde donde donde ta ra ra

Aku cuba mengingat kembali segala salah silap
Setiap kami bergaduh mulut
Siapa yang senyap

Tetap ku mencari tanya sana dan sini
Ke mana kau pergi ku tak sabar menanti
Kawan tak pasti
Bekas cinta tak pasti
No

Bermula tiap hari
Dari hari ke minggu
Dari minggu ke bulan
Donde

Ke mana kau pergi ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang

Ke mana kau pergi ku masih mencari mu
Ke mana kau hilang

Donde donde donde ta ra ra
Donde donde donde oh na na
Donde donde donde ta ra ra

Dah dengar belum tu?

Isnin, 25 Mac 2019

Trip Ke Korea Jadi Lebih Lancar Dengan Pocket Wifi Travel Recommends!

Salam.


Alhamdulillah. Aku baru balik dari Seoul dan Busan minggu lepas. Akhirnya sampai juga aku ke South Korea! Haha! Ni pertama kali aku bercuti ke South Korea. Jadi bagi memudahkan perjalanan aku sepanjang percutian, aku menggunakan khidmat pocket wifi daripada Travel Recommends supaya aku sentiasa ada akses internet. Haaa... Ternyata aku telah membuat pilihan yang tepat! Aku tidak menghadapi masalah untuk mencari arah ke lokasi yang dituju, tempat makan yang halal dan menemukan pengangkutan yang terbaik dan cepat untuk ke sesuatu destinasi.


Perlu atau tidak pocket wifi ni semasa travel? Pada pendapat peribadi aku, bergantung kepada keperluan individu. Kalau kau orang jenis tak kejar masa dan lebih gemar menghabiskan banyak masa di satu satu tempat untuk menikmati suasana dan persekitaran, aku rasa pocket wifi ni mungkin tak berapa perlu. Tapi bagi orang macam aku yang suka untuk menjejakkan kaki ke sebanyak mungkin tempat menarik, pocket wifi adalah sangat perlu. Jadi aku dapat menjimatkan masa aku terutamanya dalam mencari arah dan tujuan.

5 Sebab Kenapa Pocket Wifi Daripada Travel Recommends Adalah Yang Terbaik

#1 Unlimited data kau biar betul ni serius lah!

Unlimited tu! Jadi tak perlu nak takut ataupun risau penggunaan data berlebihan. Cuma kau orang tidak disarankan untuk menonton video kerana konsep unlimited data ni adalah berdasarkan daily fair usage. Trip hari tu aku memang pakai pocket wifi ni semata-mata untuk panduan arah dan tujuan. Secara purata aku tengok lebih daripada 1GB juga penggunaan aku pada setiap hari sepanjang travel tu.


#2 Bukan main kelajuan internet dia! Laju laju nak pergi mana tu?

Aku tengok kelajuan internet Travel Recommends semasa aku di Busan dan Seoul ni tak pernah tak LTE. Laju lah tu maksudnya!

#3 Boleh menghubungkan lebih daripada satu peranti! Dan mungkin juga boleh menghubungkan hati saya dan awak?

Haaa... Jangan risau. Pocket wifi ni boleh menghubungkan talian internet untuk lebih daripada satu peranti. Maksudnya apa tu? Boleh kongsi bayar dengan orang lain! Nampak tak penjimatan terhebat kat situ? Haha!


#4 Saiz yang kecil mudah dibawa ke mana saja!

Benar. Saiz pocket wifi dia kecil je. Lebih kurang saiz power bank yang kita selalu bawa ke hulu ke hilir tu. Berat dia ringan pula tu. Jadi tak terasa sangat pun kalau bawa ke mana mana.

#5 Harga sewaan yang berpatutan dan murah! Tertakluk kepada baki akaun selepas dah bayar segala hutang dan komitmen setiap bulan.

Ya. Tak tipu. Harga sewaan pocket wifi daripada Travel Recommends ni amat berpatutan. Boleh kata sangat murah! Lagi lagi sekarang ni tengah ada promosi potongang sebanyak 10%. Harga sewaan pocket wifi bagi South Korea adalah RM12 per hari. Tapi sekarang ni harga dia dah jadi RM8.40 per hari! Haaa... Apa tunggu lagi? Pergi booking sekarang!


Untuk maklumat lanjut, kau orang boleh singgah laman laman rasmi Travel Recommends seperti di bawah. Okay?


Selamat bercuti!

Selasa, 5 Mac 2019

Lumut Eco Run 2019: Lari Sambil Nikmati Alam Di Lumut, Perak

Salam.


Hujung minggu yang lepas aku sertai larian 10 kilometer bagi acara Lumut Eco Run 2019. Alhamdulillah. Masa yang dicatatkan masih boleh dibanggakan. Haha! Risau stamina dah ke laut sekarang ni. Maklum je lah umur semakin meningkat. Boleh? Tapi yang penting gigih ke tidak aku datang dari Alor Gajah, Melaka ni? Sekali sekala apa salahnya kan.

Alhamdulillah. Aku berjaya menamatkan larian dalam masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Kami dilepaskan tepat jam 7 pagi seperti yang dimaklumkan. Suasana pagi yang segar dan tenang membuatkan aku bertambah semangat untuk berlari. Laluan aku sepanjang larian hari tu ditemani pokok pokok yang menghijau dan Sungai Manjung. Tapi aku tak sempat nak menikmati sangat sebab tengah tak cukup nafas berlari. Haha!

Katanya Lumut Eco Run 2019 ni telah menerima lebih daripada 1200 penyertaan. Wow! Satu angka yang agak membanggakan bagi penganjuran kali pertama. Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga tahun tahun yang berikutnya akan menerima lebih banyak penyertaan. 



Apa yang menariknya dengan Lumut Eco Run 2019 ni? Dah tentu lah lokasi dia! Haaa... Kat Lumut, Perak tu. Sambil aku sertai acara larian, aku sempat jalan jalan sekitar Lumut ni. Cuma aku tak sempat nak ke Pulau Pangkor! Sedih tak? Padahal 10 minit je naik feri daripada tempat penginapan aku hari tu. Tiada rezeki nampaknya. Takpe lah. Lain kali mungkin. Tahun depan ke? Ya! Untuk pengetahuan kau orang, penganjur dah rancang untuk mengadakan acara larian ni selama 4 tahun berturut-turut. Yang menariknya, medal setiap tahun akan direka mengikut tema yang telah ditetapkan. Untuk tahun 2019 ni, tema medal adalah unsur tanah, diikuti tahun 2020 dengan unsur air, 2021 dengan unsur api dan 2022 dengan unsur angin.



Sebagai salah seorang peserta yang mengikuti acara ni, aku mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh pihak penganjur. Tapi aku ambil maklum yang penganjur ni baru pertama kali mengadakan acara larian ni. Aku harap penganjuran pada tahun depan dan tahun seterusnya lebih baik daripada tahun ni. 

5 kelebihan yang ada kat Lumut Eco Run 2019 ni.
  1. Lokasi yang menarik. Larian hari tu mula dan tamat di Jeti Lumut. 
  2. Masa pelepasan adalah tepat pada waktunya. Tak buang masa! Dan masa pelepasan bagi acara 21 kilometer adalah pada jam 6:45 pagi. Haaa... Keputusan ini dibuat untuk memudahkan urusan solat Subuh bagi peserta yang beragama Islam.
  3. Trek larian yang agak mudah dan tidak terlalu mencabar. Boleh kata tiada bahagian yang terlalu mencanak. Lega!
  4. Laluan trafik yang terkawal. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang sepanjang trek larian.
  5. Rekod catatan masa. Aku rasa tidak semua acara larian ada menyediakan rekod catatan masa setiap peserta.


5 kekurangan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang.
  1. Larian 10 kilometer hanya ada satu stesen air. Aku rasa patut ada sekurang-kurangnya dua stesen air.
  2. Kualiti medal agak mengecewakan. Aku harap tahun depan pihak penganjur boleh meningkatkan kualiti medal pada tahun akan datang
  3. Tiada kon diletakkan bagi trek larian pada jalan utama. Keselamatan para peserta perlu diutamakan.
  4. Papan tanda jarak larian tidak disediakan. Jadi aku agak tertanya tanya bila nak habis ni aku dah macam penat gila ni eh kejap aku lari 21 kilometer ke 10 kilometer ni tolong bagitahu cepat. Haha!
  5. Pengambilan kit agak kurang sistematik. 

Apa apa pun tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas kejayaan julung julung kalinya mengadakan acara larian ni. Semoga tahun depan dan tahun tahun akan datang lebih baik!


Jom?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com