Jumaat, 29 Mac 2019

Lirik Lagu Indah Ruhaila - Pudar

Salam.

Dah lama dah rasanya tak dengar pasal Indah Ruhaila ni kan? Haaa... Diam diam Indah Ruhaila kembali dengan single berjudul Pudar yang bergenre pop balada. Aku puas betul dengar permainan vokal Indah Ruhaila dalam lagu Pudar ni. Aku suka bahagian lagu yang diiringi piano semata-mata terutamanya pada bahagian awal dan penghujung lagu. Lepas tu gesekan violin sebelum korus pula menambahkan unsur suspense dan drama dalam lagu. Cukup dinamik baik daripada segi susunan lagu mahupun penyampaian vokal. Tak percaya? Pergi dengar sendiri!


Lirik Lagu Indah Ruhaila - Pudar

Aku selalu rindu sepi membunuh ku
Kedinginan malam menghantui

Hanya engkau tahu kekurangan ini
Tiada akan menyembuh selain mu

Aku terlalu jauh
Jauh untuk kembali pada mu

Pudar harapan ku makin pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku tiada henti

Hadirkanlah satu untuk menemani ku
Membawa diri ku di dekat mu

Bukalah mata ku
Bukalah hati untuk menerima cinta dari mu
Jika kau berikan semula hidup ku takkan pudar

Semoga ada rezeki untuk pentas Anugerah Juara Lagu!

Isnin, 11 September 2017

AF Megastar 2017 - Senarai Peserta (Top 12)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya Konsert AF Megastar telah memilih 12 daripada 24 bintang Akademi Fantasia untuk meneruskan perjuangan mereka bermula pada minggu depan. Tahniah diucapkan! Secara peribadi, aku agak puas hati dengan keputusan tu sebab aku berjaya meneka 11 bintang dengan betul. 1 bintang je aku tak dapat teka dengan betul. Siapa? Sufi! Haha! Aku teka Mila yang akan mara ke peringkat seterusnya. Tapi tak kisah lah. Aku bukan sejenis peminat fanatik mana mana bintang AF Megastar ni pun. Kalau sedap, sedaplah. Kalau tak sedap, tak sedaplah.


Top 12 Bintang AF Megastar


Syamel


Indah Ruhaila


Bob Yusof


Idayu


Marsha Milan Londoh


Amir Jahari


Adira 


Shahir


Amir


Sufi


Ewal


Azhar


Aku berpuas hati dengan pemilihan juri tetap untuk AF Megastar kali ni. Siapa tak kenal Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat kan? Komen kedua-dua juri tersebut memang penuh dengan ilmu dan masukan untuk memperbaik mutu nyanyian dan persembahan setiap bintang. Takde lah setakat komen dalam zon selesa seperti "sedap", "power", "perfect", "hebat" dan sebagainya. Sebagai contoh semalam masa Datuk Ramli MS komen Syamel dari segi mood lagu yang digubah seperti lagu rancak tapi Syamel nyanyi gaya lagu balada. Haaa... Komen macam tu lah yang kita mahukan. Betul tak? Sebab dari segi nyanyian memang Syamel takde masalah. Dan kalau betul lah susunan nama yang dipanggil malam tadi mengikut urutan terbaik, ternyata Syamel berada di tangga teratas dalam kelompok 24 bintang AF Megastar ni.

Dengar cerita juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lain.  Agak agak siapa juara AF Megastar ni? Siapa pilihan korang? Saksikan konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Ahad, 18 Januari 2015

AJL29 Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-29

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam ni timeline facebook dan twitter penuh dengan AJL29. Gila besar betul impak AJL29 ni! Aku pun sibuk tengok AJL29 ni. Habis semua kerja tak buat langsung. Adeh. Sabau aje la. So, ni aku nak update keputusan dan senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-29 tadi. Puas hati ke tidak? Overall, aku memang puas hati dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Mojo dan Shila Amzah.

Juara AJL29
Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone
Wang tunai RM50,000

Naib Juara AJL29
Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Wang tunai RM35,000

Tempat Ketiga AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM20,000

Vokal Terbaik AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik AJL29
Romancinta - Mojo
Wang tunai RM12,000

Sumber gambar-gambar: www.anugerahjuaralagu.com

potpetpotpet : Dah pi tidur, esok kerja kan? Isnin pulak tu!

Ahad, 17 November 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 #AF2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Nama pun malam minggu kan? Apa lagi best kalau tak duduk kat rumah je. Esok dah la kerja. Ok. Bila tahu esok kerja terus down. Isnin pulak tu. Haha! Sambil sambil tu kita layan konsert akhir akademi fantasia. Boleh la tengok daripada menghadap laptop dua puluh empat jam je.

Ada dua pusingan. Setiap peserta nyanyi dua buah lagu termasuk sebuah lagu baru.

Pusingan Pertama

Azhael - Penglipurlara (Hazama)
Komen: Tak best.

Amira - Sesaat Untukku
Komen: Best!

Indah - Jagalah Diri (Jaclyn Victor)
Komen: Best!

Faizul - Sepasang Sayap
Komen: Hurmmm...

Nabila - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
Komen: Best!

Aisyah - Mimpi
Komen: Best!

Pusingan Kedua

Amira - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
Komen: Tak best.

Nabila - Katakan Saja
Komen: Hurmmm...

Faizul - Hanyut (Faizal Tahir)
Komen: Best!

Azhael - Hentian Terakhir
Komen: Hurmmm...

Indah - Percayalah
Komen: Best!

Aisyah - Lebih Indah (Siti Nurhaliza)
Komen: Best!

Senang je kan komen aku? Tak payah panjang panjang. Mudah. Kita ambil isi penting je. Orang pun dapat tahu best ke tak. Tak payah nak pantun pantun semua ni. Buang masa je. Haha! Ok. Jadi keputusannya?

Juara: Faizul



Naib Juara: Azhael



Tempat Ketiga: Amira



Tempat Keempat: Indah



Tempat Kelima: Nabila



Tempat Keenam: Aisyah



Anugerah AFBuzz: Azhael


potpetpotpet: Untung la dah jadi retis.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com