Salam.
Alhamdulillah. Sampai juga aku ke South Korea! Haha! Setelah beberapa tahun travel, baru tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki ke South Korea. Aku beli tiket pergi ke Busan dan tiket pulang pula dari Seoul. Haaa... Dah alang alang kat South Korea tu, aku memang dah rancang nak singgah sebanyak mungkin tempat yang ada. Tapi aku ada masa lima hari je! Haha! Sempat ke tidak?
Jadi kau orang nak tahu tempat yang aku sempat singgah? Tak nak tahu sudah tapi aku nak beritahu juga. Mari kita mulakan dengan hari pertama aku di South Korea.
Hari pertama aku di Busan!
Aku terbang ke Busan pada hari Khamis bersamaan dengan 7 Mac 2019 jam 2 pagi. Dan aku tiba di Busan sekitar jam 9 pagi macam itu. Penerbangan aku hari itu tiada masalah dan berlepas mengikut waktunya. Sampai saja kat Busan, aku terus ke tempat penginapan untuk letak segala bag dan barang. Dah selesai semua itu, aku teruskan perjalanan untuk menuju ke destinasi yeah yeah puncak cinta tertinggi yeah yeah. Nyanyi sekali ke tak tu? Haha!
Tempat #1 - Gamcheon Culture Village
Atau nama lain dia kampung warna warni! Terletak kat atas bukit, aku sarankan kau orang naik bas untuk sampai ke sini. Tak payah nak gigih sangat jalan kaki macam aku hari itu. Penat gila sebab aku jalan kaki hari tu. Tiada lah. Aku ingatkan dekat dan senang saja. Rupa rupanya jalan nak naik ke atas itu agak curam! Tak pasal pasal aku rasa macam aku tengah mendaki Bukit Broga masa itu. Boleh? Padahal naik bas kena bayar 1,300 won je.
Tempat #2 - Busan International Film Festival (BIFF) Square
BIFF Square ini meriah dengan street food. Sebab sepanjang jalan dia ada jualan bermacam jenis makanan tempatan. Selain daripada itu, ada juga kedai-kedai kosmetik yang berdekatan.
Tempat #3 - Oryukdo Skywalk
Laluan kaca Oryukdo ini dibina di tepi tebing yang berlantaikan laut, berdindingkan angin dan berpautkan batu. Aku rasa ini adalah tempat paling best kat Busan! Serius aku tak tipu. Jadi aku sarankan kau orang wajib singgah kat Oryukdo Skywalk. Dah lah tiada caj dikenakan. Ya. Aku tak tipu. Oryukdo Skywalk ni percuma je. Pemandangan sekitar dia tu tak payah cakap lah memang menakjubkan.
Tempat #4 - Gwangalli Beach
Aku singgah kat pantai yang terkenal kat Busan ni bukan untuk mandi pantai. Kau gila tengah sejuk ini? Haha! Apa yang menariknya kat Gwangalli Beach ni? Haaa... Aku suka dengan pemandangan dia yang berlatar belakangkan jambatan Gwangandaegyo dan juga bangunan bangunan yang ada di sekitarnya. Orang kata pemandangan pantai dia lain daripada yang lain.
Tempat #5 - Shinsegae Centum City
Katanya pernah didaftarkan dalam Guinness World Records sebagai shopping complex terbesar di dunia. Jadi rugi lah pula tak singgah kan? Dan aku sempat lah menjamu selera dengan beberapa hidangan yang istimewa kat situ.
Tempat #6 - Seomyeon
Tempat penginapan aku berada di kawasan Seomyeon. Sangat dekat dengan stesen Busan. Seomyeon ini dikatakan kawasan yang paling sibuk dan sesak di Busan. Jangan tak tahu yang kat Seomyeon ni siap ada tiga shopping mall bawah tanah. Lepas tu kau orang boleh nampak betapa banyak shopping store dan restoran di sekitarnya. Street food juga bersepah dan mudah dijumpai. Jadi kalau kau orang nak menginap di Busan, aku rasa Seomyeon adalah pilihan lokasi yang terbaik.
Jadi macam mana untuk ke semua tempat di atas? Sepanjang aku di South Korea, aku menggunakan perkhidmatan pocket wifi daripada Travel Recommends. Boleh baca pengalaman aku DI SINI. Segala-galanya jadi lebih mudah dengan adanya internet.
Menggunakan aplikasi Google Maps, aku terus masukkan nama lokasi mana aku nak pergi lepas ni. Mudahnya Google Maps ini, dia akan berikan beberapa cadangan cara dan pengangkutan untuk ke sana berdasarkan di mana kita berada pada waktu itu. Tapi apa yang aku perasan kat South Korea ini, pengangkutan yang paling mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi adalah bas. Jangan risau, tak susah pun nak naik bas ni. Google Maps dah siap nyatakan sekali nombor bas yang kau orang kena naik tu selain daripada masa bas tiba pukul berapa dan berapa hentian bas tu sebelum sampai ke tempat yang kau orang nak pergi tu. Haaa... Orang kata pejam celik pejam celik dah sampai! Haha!
Akan bersambung untuk hari kedua di South Korea. Bye!
kalau sebut Busan mesti teringat cerita zombie dalam train tu. Huhu. btw, bestnya jejalan. lama nya tak travel huhu... jeles.
BalasPadami wanna go travel, i wanna go busan.. looks so nice leh, this place.. let's plan n go
BalasPadamwow so beautiful the place, I only the movie train to busan. hehe.. never been to Korea before. Love the pics here, can plan visit the country but got to start saving first
BalasPadamBenci lah pergi Busan tak ajak kita pun hehehehe cantiknya tempat ni menarik memang dalam list bucket kita untuk kesana sebelum usia membatasi segalanya wakakakkaaka..
BalasPadamWah masing2 pasal Korea. Restoren makan Korea, travel Korea, lagu baru BlackPink. Hehehe. Btw, belom sampai lagi sana. Teringin juga sebab ramai sangat dah pergi. Boelhlah nanti stay di Seomyeon juga. Suka kawasan bandar utk penginapan.
BalasPadamAh nice banyak gambar yang i tak pernah tengok pasal Busan ni. Tengok train to Busan pun tak sejelas nih. Actually very peaceful and chill jugak kan. Is it much nicer daripada Jepun tak?
BalasPadamSuka tengok kampung warna-warni tu. Nampak comel je. Memang bestlah ke Korea ni kan. Banyak lawat banyak tempat dengan pemandangan menarik.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Alahai bestnya pergi Korea. Impian semua Kpop and Kdrama fans ni. Bila agaknya Iza pun nak sampai sana. Sebenarnya bukanla nak tengok kot2 jumpa artis pun tapi nak tengok tempat dia yg cantik-cantik belaka. Dah start kumpul duit dah tapi belum cukup lagi. Nanti kalau pergi Iza boleh refer tempat menarik kat sini.
BalasPadamAllahu. Cantiknya view skywalk dan beach tu. Rawlins tak sempat pergi all those places tempoh hari. Perhaps next time Rawlins boleh melawat ke sana insyaAllah
BalasPadamTahniah sebab dah sampai ke South Korea. Oryukdo Skywalk memang nampak cantik sangat. Port photoshot ni. Cepat sambung part ke2.
BalasPadamnak keychain! hahaha cantik semua gambar tu. rasa tak sabar nak pergi travel ke busan awal tahun depan. boleh la take note list ni, masukkan dalam iternary.
BalasPadamI miss Busan . the food, scenery and many many more. I wish to go back there for more in the future with my family again hehe
BalasPadamWah bestnya Busan. Memang ramai recommend untuk datang dan bercuti dekat sini. Semua tempat nampak menarik dalam gambar. Hopefully one day dapat jejakan kaki ke Busan. Sebut Busan teringat cerita hantu train tu
BalasPadamWeyyy bestnya pi Korea. Kemain ye berjalan sampai ke korea. By the way kan, nak tanya la. Biasa kalau perempuan ke korea, dorang duk pulun shopping skincare & beauty products kan. Kalau lelaki pulak camne?
BalasPadamSis dah ke Korea tapi belum lagi jejak Busan. Memang teringin sangat nak ke sana, tengok gambar2 kat atas lagilah berkobar-kobar nak ke Busan. Kalau ada rezeki ke Korea lagi memang sis tak kan lps kan lepaskan peluang ke Busan
BalasPadamMacam2 aktiviti boleh dilakukan di busan. Not bad jugakkan. Tak pernah sampai sini tapi coretan perjalanan ke sini terus rasa nak kumpul duit dan datang melancong ke sini heheh
BalasPadam1st time datang Busan dulu masa Football worldcup dan itu pun sdh berkurun lamanya. rindunya Korea & thanks for sharing.
BalasPadamnisa tak pernah pegi skywalk tu!!
BalasPadamalaaa benci laa. jeles betulll tak dapat pergi trip ni :(
Cantiknya Busan! Udara segar dan keadaan yang amat bersih dan cantik. Mouse mommy tak pernah jejak kaki kat Busan lagi, nampaknya blh plan holiday trip dgn famili ni.
BalasPadamMinta maaf terdownload gambar tanpa izin, huhuhu 🙏
BalasPadamMinta maaf terdownload gambar tanpa izin huhuhu 🙏
BalasPadamMinta maaf terdownload gambar tanpa izin huhuhu 🙏
BalasPadamBulan 9 ni pegi busan 3 hari tapi takde plan lagi nak pegi mana 🙄
BalasPadam