Salam.
Alhamdulillah. Walaupun aku tak berapa sihat hari tu tetapi
aku berjaya menamatkan larian Save Our Rainforest Race (SORR) 2019 ni. Haaa…
Acara ni bukan sekadar larian semata-mata ya. Acara ini sebenarnya bertujuan mendidik para peserta
dalam usaha memelihara dan memulihara hutan kita. Usaha yang sangat murni
bukan? Tahniah diucapkan buat PEKA Malaysia.
Tak silap aku ini adalah merupakan tahun kedua SORR diadakan. Tahun lepas katanya SORR diadakan di Tanjong Malim, Perak. Dan tahun ini pula SORR diadakan di Ayer Keroh, Melaka. Sebagai anak jati Melaka, aku bangga dengan adanya acara seumpama ini. Sambil kita melakukan aktiviti menyihatkan tubuh badan, kita juga membantu usaha pihak penganjur dalam menyebarkan kesedaran memelihara dan memulihara hutan.
5 Perkara Menarik Tentang SORR
#1 Sepasang sayap tak terlihat umpama mimpi yang tersimpan
Penyertaan peserta adalah secara berpasangan. Maksudnya tiada pendaftaran secara individu dalam acara ini. Haaa... Nak tak nak kau orang kena bersama sama melangkah ke garisan penamat. Sweet ke tidak?
#2 Kita berlari dan teruskan bernyanyi
SORR tidak menggalakkan semua peserta untuk berlari bagi acara ini. Serius? Serius! Pihak penganjur siap meletakkan beberapa banner yang menyatakan "NO RUNNING" di sepanjang laluan. Jadi? Tak payah nak lari sangat lah. Jalan saja!
#3 Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu
Ada 8 jenis cabaran yang disediakan bagi menyuntik elemen keseronokan. Pada pendapat aku, cabaran cabaran dia agak mudah dan menarik lebih lebih lagi bila cabaran itu memerlukan kita bekerjasama sebagai pasangan.
#4 Bertanam tebu di pinggir bibir rebung berduri di hati
Kemuncak acara bagi SORR ini adalah tugasan menanam anak pokok! Sebelum mendapat menamatkan acara dan menerima pingat, setiap peserta perlu menanam anak pokok mengikut kawasan yang telah dibahagikan. Aku boleh kata antara pengalaman yang berharga dalam hidup aku bila aku dapat berbudi kepada tanah seperti ini.
#5 Panas panas panasnya mentari tak sepanasnya cinta ku ini
Laluan SORR hari itu adalah teduh dan terlindung daripada panas matahari. Haaa... Agak agak kenapa? Kerana ada pokok di kiri jalan dan di kanan jalan sepanjang laluan hari itu. Jadi udara yang kita orang sedut hari itu pun terasa segar dan penuh dengan oksigen. Haha!
Tak sabar untuk sertai SORR yang seterusnya. Tahun depan kat mana pula ya?
Wah menariknya! Teringin juga nak join aktiviti macam ni. Sambil berbakti kepada tanah dapat menyihatkan fizikal jugak kan. Lagi-lagi bila bawak kawan atau famili sekali. Konfem lagi havoc dan seronok. Apapun suka kata-kata pujangga tu. Kreatif! XD
BalasPadamgreat effort and love the back to nature. Its nice and good to plant the trees, I recalled my teenager time and was doing it for a mall in Perak if not mistake. Hehe.. time fly.
BalasPadamTahniah PEKA Malaysia kerana menganjurkan program sebegini.. sangat memberi kesedaran kepada semua tentang perlunya memelihara dan memulihara hutan kita agar terus terjaga.. bestnya kalau dapat oksigen yang segar dari tumbuhan-tumbuhan hijau dalam hutan kan..
BalasPadamBagusnya ada aktiviti macam ni. Salah 1 aktiviti yang sihat ni.
BalasPadamThen beri pengalaman yang baru juga buat peserta.
Bagusnya acara macam ni..nanti setiap tahun boleh join. Best betui kalau boleh berlari di celah2 pokok hijau dan menghirup udara segar dari pokok2 hijau ni..
BalasPadamBagusnya program sebegini. Mendorong anak muda menghargai alam semulajadi. Aktiviti ni patut dibuat lebih kerap. Tahniah PEKA
BalasPadamAmboi macam bait-bait lagu je tu rasanya. Tak pernah lagi join mana-mana larian. Teringin juga nak join satu hari nanti. Then bab tanam pokok tu Bella suka dan sokong usaha pemuliharaan yang dibuat. Harus berlari ke garisan penamat dengan pasangan gituh. Hehe
BalasPadamWah bestnya sambil lari-lari sambil tanam pokok. Bagus ada inisiatif macam ni. Boleh terapkan kepada golongan muda untuk mencintai alam sekitar. hehehe
BalasPadamWow uniknya larian ni. Dah berlari then menanam pokok pulak. Tapi bagus buat aktiviti macam ni. Malaysia ni pun dah kurang pokok. So elok la buat aktiviti menanam ni. Sambil boleh sihat boleh jugak selamatkan bumi.
BalasPadamUniknya event ni, first time rasa ada race siap tanam pokok ni. Memang bagus dalam memelihara dan memulihara alam semula jadi kita ni. Congrats bruh! Keep the good work!
BalasPadamtahniah buat PEKA di atas usaha mereka yang murni ini dalam memulihara hutan dan kehijauan di negara kita. sangat menggalakkan program2 seperti ini diperbanyakkan lagi. tahniah juga buat Hizami sebab berjaya menamatkan larian walaupun xberapa sihat
BalasPadamBaca entry nie sambil menyanyi lol. Cara penulisan yang best sebab bersahaja dan menggamit pembaca untuk turut sama enjoy. Hehe.
BalasPadamOh. Best join larian tu sebab sesambil je kan - bukannya hardcore larian. Mohon update untuk next one ye.
Bagus ada aktiviti macam ni. Memberi peluang anak anak Zaman sekarang menghargai Alam semulajadi .Tapi kan kalau bab tanam pokok tu memang saya akan elak buat sebablan setiap Kali tanam pokok mesti pokok tak hidup .Tak tahulah kenapa .Sedih tul. Hahaha
BalasPadamBest yer dapat join yang menyihatkan badan dan mendekatkan diri dengan alam sekitar. Menarik sungguh. semoga dapat join juga nanti.
BalasPadamAcara larian yang lain dari biasa. Sambil berlari sambil menjaga alam sekitar. Satau inisiatif yg bagus.
BalasPadambestnya join run event ni.. dah la dalam hutan, fresh je sedut oksigen free of charge! bagus betul insentif tanam pokok sebelum claim medal tu. harap-harap pokok tu cepat besar nanti
BalasPadamLast year kak min join SORR ni. Tp tahunni tak tau pun ada hehe so tak dpt la join. Nampak ya masih sama ye dia punya program macam last year.
BalasPadamProud of your efforts and your semangat for the race and the occasion too. I wish I can join the next one too! Or maybe I should start planting more flowers and trees wherever I can.
BalasPadamI was there with my family too. We really had a fun time as well while planting trees. :)
BalasPadam