Rabu, 12 Januari 2011

Para Artis Pijak Red Carpet. Para Bukan Artis Tengok Red Carpet.

Adeh. Tajuk nak comel je bunyi dia. Boleh? Hehe. Aku gi AJL Ke-25 kat Stadium Putra Bukit Jalil hari tu. Walaupun aku dah beritahu korang melalui entri sebelum ni, tapi aku tetap nak beritahu lagi sekali supaya entri ni ada banyak sikit perkataan. See? Dah banyak perkataan aku taip kan? Berkesan gile taktik ni. Nak cuba? Sila sila. =.=


Kalau dah nama para artis, sah sah la dorang kena pijak red carpet tu. Kata nak menayang baju masing masing kan? Lawo tak lawo tu belakang kira. Aku dengan kawan kawan lain pulak berdiri kat sebelah red carpet je. Nak lalu tak boleh pulak. Adeh. Tengok je la para artis menjalankan diri dorang kat red carpet tu. Lepas tu kitorang jadi macam bosan gile. So, kitorang decide jom beratur panjang panjang sebelum masuk stadium. Boleh? Secara kesimpulannya, beratur lagi best daripada tengok red carpet tu. Siriyes. :P


Fuh. Dah habis pon.


Seronok gile.


Aku malas nak bebel pasal keputusan AJL Ke-25 ni. Dah ramai sangat orang bercerita pasal ni. Lebih lebih lagi, bab bab tak puas hati. Ni semua gara-gara artis pilihan dorang tak menang. Aku macam ... Kalau artis pilihan korang menang pon, korang dapat apa? Pahala? Duit? Glemer? Beskot? Gula gula? Ayam masak kurma? Adeh. Tak dapat apa apa kan? So, nasihat aku, tak payah la nak meracau tak tentu pasal. Buat penat je beb. Relaksss sudah. =.=


Comel pulak bila tengok awek kat belakang tu. :)



potpetpotpet : Jangan disebut baris ayat keramat.

Isnin, 22 November 2010

Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 | 2010

  • Hafiz | Noktah Cinta
  • Hujan | Mencari Konklusi
  • Shahir | Kebahagiaan Dalam Perpisahan
  • A.P.I | Pelita
  • Yuna | Cinta Sempurna
  • Faizal Tahir | Hanyut
  • Stacy | Jahat
  • Meet Uncle Hussain & Black | Drama King
  • Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku
  • Black | Sofea Jane
  • Adira | Ku Ada Kamu
  • Tomok | Berlari
  • Faizal Tahir | Selamat Malam
  • Bunkface | Ekstravaganza


potpetpotpet : Tolong ingatkan aku !!!

    Isnin, 8 November 2010

    Ulasan Keputusan Muzik Muzik 25 Separuh Akhir Pusingan 1

    Azlan & The Typewriter | Gerak Hati
    Rate : 2 stars

    Akim | Inilah Cinta
    Rate : 3 stars

    Shahir | Kebahagiaan Dalam Perpisahan
    Rate : 4 stars

    Hujan | Mencari Konklusi
    Rate : 3 stars

    Mohd | Cinta
    Rate : 2 stars

    Hafiz | Noktah Cinta
    Rate : 4 stars

    Ana Rafali | Hujan Bunga Di Kuala Lumpur
    Rate : 2 stars

    Sabhi Sadhi | Nadiku
    Rate : 4 stars

    Yuna | Cinta Sempurna
    Rate : 5 stars

    Nubhan | Oh Juwita
    Rate : 3 stars

    Adibah Noor | Sejujur Hatimu
    Rate : 3 stars

    Faizal Tahir | Hanyut
    Rate : 3 stars

    Top 6 | Hafiz - Hujan - Shahir - Adibah Noor - Yuna - Faizal Tahir



    potpetpotpet : Tiba tiba aku rasa nak karok. Haha. =.=

    Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com