Alamak. Nak join jugak. Ben Ashaari sedang membuka peluang kepada blogger blogger baru yang aktif siapa nak masok dalam blog list baru dia. Wow. Best best.
Header Ben Ashaari
Usia Blog Budak Lelaki Sebelah Pintu
Okay. Entri pertama yang dikeluarkan oleh blog ini adalah pada tanggal 23 Mei 2009. Maka secara rasminya blog aku beroperasi tak genap usia setahun lagi. So far so good. Alhamdulillah.
Update Blog
Oh. Aku wajib update blog satu hari satu entri. Berdasarkan statistik bulan Mac 2010 dan bulan April 2010, secara purata aku menghasilkan dua entri dalam masa satu hari. Okay. Let's go for details. Pada bulan Mac 2010 aku menghasilkan sebanyak 62 entri manakala pada bulan April 2010 pulak aku berjaya menghasilkan 66 entri iaitu jumlah entri terbanyak yang pernah dikeluarkan dalam blog Budak Lelaki Sebelah Pintu.
Okay. Thanks a bunch to Ben Ashaari. Hopefully blog Budak Lelaki Sebelah Pintu dapat memeriahkan lagi blog list tu. HohO.


