Isnin, 26 April 2010

Elemen Seks Menjadi Pilihan Utama.

Oh. This is my opinion. Ya. Pada pemerhatian mata aku yang rabon kuasa ratos ratos ni, aku tengok entri yang mempunyai elemen seks menjadi antara pilihan utama para pembaca. Generally. HohO. Entah. Aku pon tak pasti kenapa. Aku pura pura tak pasti dan tanya tanya kenapa eh.


Mungkin elemen seks itu sendiri merupakan daya penarik yang hebat. Erk. Sama konsep macam serbuk penaik kot. Entah. Siapa yang tak nak baca kalau entri yang diselitkan mengandungi perkataan seksi, lucah, awek, bikini, kontroversi dan entah macam macam lagi. Semua orang nak tahu. Joyah. Munah. Bedah. Senah. Salmah. Limah. Dan lain lain ah lagi. Penggunaan perkataan perkataan tu pon secara tiba tiba dan mengejot telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan para pembaca. Apakah? Siapakah? Bagaimanakah? Betolkah? Salahkah? Berdekah dekah? Oh. Yang last ni bukan spesies soalan.


Eh eh kadang kadang best jugak tinjau tinjau entri macam ni. Terbuka sikit kepala hotak. Takde la duduk sebumbung selantai sedinding selangit selangit selangit selangit selangiiiiiiiiiiit (credit to Mas Idayu) kat bawah tempurung bersama sama dengan katak katak. Betol tak? Ya. Lagipon kau ada kepala dan jugak hotak. Pandai pandai fikir la. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, ambil yang jernih buang yang keruh. Maka, sayangilah sungai kita. Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!

potpetpotpet: Aku pon pernah buat jugak entri guna patah kata konon konon panas. Sekali sekala. HohO. Eh lupa pulak. Jutaan terima kasih kepada Auntie B kerana sudi membuat kemunculan pada entri kali ni. Sayang Auntie B ketat ketat. Lantak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com