Sabtu, 16 Julai 2011

Blog Makeover #3 | Amira Mastura

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Blog Makeover #1 dan Blog Makeover #2 telah menampilkan dua orang blogger lelaki. So, kali ni, blogger lelaki jugak ke? Merujuk kepada tajuk di atas, memang bebal la kalau korang tak tahu jantina dia apa. I mean, bebal yang sangat sangat. Haha. Sah sah la blogger perempuan kan? =_=

Okay. Macam Amir Rayyan jugak, aku kenal Amira Mastura masa gathering bloggers suatu masa dulu. Cehhh... Suatu masa dulu ye. Macam dah sepuluh tahun je bunyi dia kan? Adeh. Dia single. Dia student lagi. Dan dia muda setahun daripada aku. Okay. Ada apa apa lagi yang korang nak tahu pasal dia? Tu je kot? :B




Kalau blogger perempuan je, korang confirm terbayangkan blog dia mesti warna pink. Kalau tak pink, mesti purple kan? Lepas tu ada bunga kat sini sikit kat sana sikit. Errr... Macam tu la apa yang aku buat kat blog Amira Mastura ni! Haha. Klise gile kan? Tapi nak buat macam mana lagi? Blogger perempuan memang nampak sangat sesuai dengan tema manja manja macam tu. ;)





potpetpotpet : Macam mana dengan nisfu syaaban korang tadi? 

Khamis, 14 Julai 2011

Blog Makeover #2 | Amir Rayyan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Semalam aku dah update pasal blog yang pertama. Hari ini, aku nak update pasal blog yang kedua pulak. Blog siapa? Amir Rayyan! Yes. Aku kenal dia melalui gathering yang telah dianjurkan oleh Qarl. Actually, aku takde niat pon nak makeover blog siapa siapa. Tiba tiba, Amir Rayyan minta tolong aku supaya makeover blog dia, tukar semua. Dan aku terima dengan hati yang terbuka sebab aku memang takde buat apa apa at that moment. :D




Okay. Mula mula, aku takde idea nak makeover blog dia macam mana. Sangat sangat takde idea ye. So, aku start dengan header. Kejap kejap aku tukar. Kejap kejap aku delete. Payah betul nak buat header dia ni. Then aku tengok blog dia balik. Aku baca beberapa entri dia, nak perah idea punya pasal. Eh. Amir Rayyan ni sangat menjaga tatabahasa kat blog dia ye. I mean, sangat yang sangat. =_=

Tiba tiba aku dapat idea! Dengan menggunakan warna hijau (seperti cadangan Amir Rayyan) dan sedikit biru, aku siapkan header dia. Errr... Simple je pon. Tahu tahu je la, aku rabun photoshop lagi. Haha. Lepas buat header, aku siapkan footer dia pulak. Next, aku ubah icon dia, shoutbox dia, tukar sana, tukar sini. Akhirnya, dah siap! Senang je kan bunyi dia? Bunyi je macam senang. :B




Dah tengok blog Amir Rayyan ni? So, macam mana? Ada apa apa nak kritik ke? Sila sila. Jangan malu malu ye. Lagi pon, kau memang suka kritik kritik ni kan? =_=



potpetpotpet : Lenguh gile kayuh basikal tadi.

Blog Makeover #1 | Daniel Adie

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri ini ada kaitan dengan Wordless Wednesday #7 sebelum ni. Yes. Memandangkan aku tak boleh nak explain apa apa dalam entri tu, kerana tema wordless itu sendiri, so, aku akan explain dalam entri ni. Explain ye. Tahu tak explain? Yang ayat dia panjang panjang tu la. Get ready! Haha. For your information, aku dah makeover tiga buah blog yang bertuah. Bertuah atau malang beb? Tak dapat aku nak jawab. Adeh. Dan aku rasa tulang belakang aku dah hampir 90 point 2358673048840 darjah ke-bengkok-kan-nya gara gara duduk menghadap laptop selama 23 jam 60 minit tanpa berganti ganti. =_=

Blog yang pertama ialah? Jeng jeng jeng. Blog abang jambu kita iaitu Daniel Adie. Oh. Dia merangkap sebagai best buddy aku since kitorang form one lagi. Satu sekolah beb! :)




Untuk blog dia ni, aku cuba menampilkan konsep yang simple but classy. Cehhh... Tema nak macam gempak. Macam je pon. Anyway, Daniel Adie memilih warna biru dan putih sebagai warna rasmi blog dia. Errr... Lebih kurang macam blog aku la kan? Sama tapi tak serupa! Blog dia ni aku buat lain sikit. Apa yang lain? Blog dia memiliki background yang bercorak abstract seperti patung wayang kulit. Lepas tu, post, sidebar dan gadget background bagi blog Daniel Adie ni bersifat transparent. Sebab tu kau boleh nampak background blog dia tu. Lain kan blog dia daripada blog aku? Kau jangan mengada ngada nak samakan blog dia dengan aku ye. Aku pijak kau laju laju kalau kau kata sama. >_<




Tu je kot aku nak explain. Haaa... Simple je kan? Eh. Blog makeover ini sebagai salah satu aktiviti aku dalam memenuhi masa lapang je. Sebab aku tak hebat mana pon nak design blog cantik cantik macam Cik Sri. Ni pon aku sentiasa rujuk perpustakaan google. Aku cuma tahu sikit sikit je. I mean, sikit sikit yang sikit sangat sangat. :D



potpetpotpet : Sikit sikit lama lama jadi bukit. Jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia diambil orang. #okbai

Selasa, 1 Februari 2011

Design Blog Paling Comel Setakat Ini

Terima kasih daun keladi! Kepada siapa pulak ni? Jeng jeng jeng. Perlu ke sampai nak buat bunyi-bunyian bagi saspen? Saje je. Takkan tak boleh kot? Eh. Aku tercakap sorang sorang pulak. Terima kasih wahai Gadis Cicak & Lelabah! Sebab? Sila bukak mata kau besar besar sekarang. Nampak tak nampak tak? Ni haaa blog aku ni, dah tukar design dia kot. Lawo gile beb! Siriyes. Aku memang salute habis dengan Gadis Cicak & Lelabah tu. Bertuah la siapa dapat kahwin dengan dia. Sebab? Boleh dapat perkhidmatan percuma design blog tuuu. Erk. =.=


Macam mana pulak Gadis Cicak & Lelabah ni tiba tiba boleh nak tukar design blog aku ni? Sebab aku dah kahwin dengan dia la. Boleh? Haha. Okay okay. Aku join Contest Nak Menang Blog Header Makeover ni pada suatu masa dulu. Cehhh ... Bajet macam lama je bunyi dia. Adeh. So, ni la hadiah dia. See? Dah lawo dah blog aku ni kan? Eh. Kau boleh mogok sekarang sebab blog kau tak lawo macam blog aku. Dan aku memang kejam malam ni sebab aku tak tahu nak taip apa lagi dah. =.=


Aku suka gile dengan header ni! ;)


Siapa nak tukar design blog?
Sila hubungi Gadis Cicak & Lelabah sekarang.
Eh. Dia takde jual cicak dengan lelabah.
Kau jangan nak pandai pandai order cicak la lelabah la kat dia.
Terajang nak terajang nak?



potpetpotpet : Apa kau rasa?

Rabu, 26 Januari 2011

Tak Habis Habis Tukar Design Blog!



Mentang mentang cuti, setiap minggu nak tukar design blog la? Kata aku kepada diri sendiri. Eh. Terheboh kat korang pulak. Sori beb. Aku tak tahu nak buat apa tadi. Tak pasal pasal aku bertukar menjadi doktor pakar bedah kepada blog ni. Eh aku cakap bedah, bukan bedah nama perempuan tu! Ni bedah yang operate tu! =.=


Tahu tak? Blogger Template Designer ada banyak gile font yang baru lagi best! Cepat gi tengok sekarang! Aku cakap sekarang kan? Aku tak cakap lusa pon. Kau apahal baca lagi blog aku ni? Lempang nak lempang nak? Haha. Now, kau boleh pilih apa apa jenis font kat entri kau, kat gadget kau, kat header kau. Menarik menarik pulak tu. Siriyes beb. Sebelum ni, ada 7 jenis font je. Sekarang? Berjuta-juta lemon beb! Tak percaya? Lihat bukti dia kat sini. Lawo tak font yang digunakan? :P



potpetpotpet : Dah lama kot? Tapi aku baru tahu. So, kira baru la kan?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com