Aku dapat award lagi. Kali ni daripada
momochan. Thanks a lot dear. Tak pasal pasal aku dapat
Anugerah Blog Menarik atau
Interesting Blog Award. Macam tak berapa nak interesting pun blog ni. Biasa biasa je aku tengok. Eh. Aku sorang je yang boleh carut blog ni. Kau tak dibenarkan sama sekali. XB
Nama blog anda dan kenapa anda letak nama itu ?
URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu ?
Aku guna
www.budaklelaki.com sebagai URL blog ni. Terang terang sesuai dengan nama blog aku kan ? Takkan aku nak letak www.xxx.yyy.zzz.com kot ? Sekali lagi tibe tibe emo. =.=
Apakah kaedah dalam penulisan blog anda ?
Aku pun tak pasti. Tapi kaedah dalam penulisan blog ni lebih kepada macam cakap sorang sorang. Siriyes. Kau tak perasan ke aku tengah cakap sorang sorang sekarang ni ? XB
Apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tetapi merendah diri) ?
Bila tengok blog orang yang cantik dan menarik ni, aku cedok ah sikit sikit idea mana yang boleh. Bak kata omputeh, learn from the best. Bak kata nenek aku, apo kono eh jang ? Boleh ? Apa yang penting, bukan copy paste ah. Tu memang kes nak kena penelempang, iaitu penerajang sambil sambil melempang.
Bilakah blog anda diwujudkan ?
Setelah aku gi dashboard lepas tu klik view profile, aku ternampak bahawasanya aku bertukar menjadi blogger sejak February 2009. Tapi entri pertama aku pada May 23, 2009. Apahal sampai dekat empat bulan tak taip taip entri ? Adakah entri pertama aku mengambil masa selama hampir empat bulan untuk disiapkan ? Nak tengok entri pertama aku yang lawak habis akibat tak berapa nak matang lagi masa tu ? Banyak pulak soalan tertaip. Adeh. Sila klik
di sini. Sungguh mengelakarkan. Buruk betul gaya bahasa aku masa tu. Bese ah. Zaman mula mula aku baru nak belajar blogging. ^.^
Siapa orang pertama yang tahu dan menjadi first follower anda ?
Tak ingat pulak. Tapi, antara pengkomen terawal ialah
Hafiz. Secara automatiknya, dia tergolong dalam kelompok follower terawal blog ni. Hehe. Frankly, aku tak tahu siapa first follower blog ni. Aku ni mudah lupa. Dah nama pun melayu. =.=
potpetpotpet : Gelak gelak gemok bila baca entri entri dulu. Lawak sampai boleh memudaratkan kesihatan. Eh. Bukan lawak sebab lawak. Tapi lawak sebab tak lawak. Siriyes. T.T