Yay. Petang tadi aku mengalami sesak nafas (tipu) ya aku terkejut opocot mak kau meletop kebaboom sebab result peperiksaan akhir semester dah keluar! Kau bayangkan betapa awal pihak universiti keluarkan result. Fuhhh... Tabik spriiing betul la. Percaya atau tidak aku dah check jeng jeng jeng result aku biasa biasa je lebih kurang sama dengan sebelum sebelum ni. Apa yang penting aku tak dapat 4 flat maka sila jangan kata aku dapat 4 flat haha.
Tengok la kalau berani.
Tapi alhamdulillah. Keputusan kali ni tak berubah sangat. Naik sikit tapi macam tak naik so tak boleh nak suka suki. Syukur sebab PNGK dalam three point something. Mungkin aku takde rezeki nak jejak dean list lagi huaaa sedih. Entah. Tinggal lagi dua semester je. Kalau tak dapat jugak haishhh nak buat macam mana haha. Eh eh ada tak universiti lain dah keluar result?
Oh kau tahu semester lepas UPSI lambat keluarkan result. Agak agak semua universiti di seluruh Malaysia dah keluarkan result tapi UPSI tak keluar keluar lagi kau bayangkan. Then dengar cerita ada orang buat laporan kot macam tak puas hati kenapa lambat sangat ni fuhhh... Maka semester kali ni para pensyarah diberikan masa sepuluh hari sahaja untuk memeriksa kertas jawapan para pelajar. Gila kan kan kan? Kalau objektif ABCD tu aku tak kisah dorang boleh guna mesin ajaib tu tapi kalau soalan esei berpuluh-puluh muka surat lepas tu beratus-ratus pelajar pulak tu haha kesian kesian. Nak tak nak those lecturers kena la siapkan jugak. Siapa suruh pelajar pelajar ni nak cepat sangat hamek kau keluar awal nak mammm haha.
potpetpotpet: Lantak. Keluar awal keluar lambat result tetap sama haha.


