Aku busy gile dengan latihan vokal minggu ni. Start 9am sampai 11pm. Gile ah. Ni pun curi curi masa sikit nak update. Tak larat dol. Next week aku dah kena gerak gi UniMAP. Adeh. Jauh tu ... Ada MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti Universiti Malaysia) kat sana. Dan aku join sebagai back up singer je pun. Erk. Perlu diingatkan bahawasanya back up singer ni sangat sangat penting okay. Kalau takde back up singer macam aku ni, mesti tak best suara solo tu. Siriyes aku tipu. Haha. Lagipun, tu je yang aku mampu. T.T
Eh. For your information, barisan back up singer terdiri daripada tiga budak lelaki dan tiga budak perempuan. So, dua budak lelaki tu merupakan penyanyi nasyid kat UPSI. Aku sorang je penyanyi jamban ! Adeh. Terang terang la suara dorang sodap lomak berkerimmm. Aku ? Asyik asyik flat asyik asyik flat. Sedih betul. Sila padan dengan muka sendiri. Siapa suruh gedik gedik nak join menatang ni kalau dah tahu suara tu ala ala je ? Erk. Okay. Fine. Aku join menatang ni lepas salah sorang daripada budak lelaki tu ajak. Dia siap kata bila lagi nak merasa benda benda macam ni. Ni pun dah semester terakhir kat UPSI ni. Tak pasal pasal aku senang senang je boleh tergoda. Haiyak. Goyah betul iman di dada ni. =.=
Dah la. Kalau ikut hati, nak lari balik rumah sekarang. Haha. Malu weh. Kalau suara aku sodap macam Maher Zain, aku tak kisah. Ni suara macam bayi tenuk yang sakit perut, pulak tu, tak sempat nak sapu dengan minyak yu yi cap limau. Okay. Fine. Tak kelakar. Aku benci kau. =.=
potpetpotpet : As a conclusion, aku tak pernah dapat 4 flat. Sekian.



