Isnin, 21 November 2011

Sukan SEA - Malaysia Atau Indonesia?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam ni akan menentukan pasukan negara mana yang bakal membawa pulang pingat emas dalam final bola sepak Sukan Sea 2011. Malaysia or Indonesia? Sah sah la aku sokong harimau kita! Meowww... Eh? Apasal comel semacam je bunyi harimau aku? Tak baligh lagi rupanya. Haha.


Seperti yang diketahui, Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia pada peringkat kumpulan hari tu. Tapi kemenangan hari tu tak dapat nak menjamin kemenangan Malaysia pada malam ni. Dah la salah sorang daripada harimau kita terpaksa direhatkan sebab mengalami kecederaan masa menentang Myanmar sebelum ni. So, gol sekarang memang harap kat Fakrul dengan Syahrul je la.


Aku baca surat khabar tadi yang harimau kita semua akan naik barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno sebab dijangka lebih 100,000 penyokong skuad Indonesia ada kat situ. Adeh. Kejam sangat ke penyokong skuad Indonesia sampai nak serang harimau kita?

Anyway, may the best man win! Dan kepada semua penyokong skuad Malaysia, tolong jangan kerja nak maki maki je kalau tak gol tapi bila gol je terus wo ai ni i love aku cinta padamu tiga kata paling bermakna tapi jarangnya didengar naan unnai kathalikaraen saranghaeyo aishiteru tiga kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut. Eh?



potpetpotpet : Tanah tumpahnya darahku!

Khamis, 30 Disember 2010

Khairul Fahmi Popular Kerana Suzuki ? Ikan Patin Sedap Kerana Tempoyak ?



First of all, tahniah buat pemain pemain Malaysia!!! Akhirnya, Malaysia telah berjaya merangkul Piala AFF Suzuki. Seperti yang korang tahu, Malaysia telah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Alhamdulillah. Neves gile kot tengok perlawanan tadi. Dah banyak kali penyerang Indonesia cuba cuba nak sumbat bola ke dalam gawang milik Malaysia. Nasib baik ada Khairul Fahmi tu. Hebat gile aku tengok dia tadi. Aku siap tabik spring ah. Dasat dasat. Lepas habis game je, nama Khairul Fahmi ni terus naik. Mula ah korang cari cari Khairul Fahmi ni. Kat twitter. Kat facebook. Kat blog. Memang popular habis wa cakap sama lu. Dah boleh tercalon dalam kategori artis baru lelaki popular ABPBH tahun depan mungkin? =.=



Aku dapat anugerah lagi. Kali ni nama dia ikan patin award. Erk. Tokojut den. Terima kasih Nisa!!! Eh. Anugerah ni daripada abang Nisa sendiri iaitu Meuz Angelo. Siap dapat button percuma tuuu ... Kenapa nama dia ikan patin award? Menurut Nisa, penerima anugerah ni merupakan blog yang tak jemu dibaca, blog yang enak seperti ikan patin, baik digoreng, dibakar mahupun dibuat gulai tempoyak. Hehe. Puitis sungguh terjemahan anugerah ni. So, aku ditugaskan untuk menyampaikan anugerah ni kepada dua blogger bertuah. Hurm ... Siapa?

Mr Wan Fuuyoo
Puteri Iqa Izyan 



potpetpotpet : Inilah barisan kita. :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com