First of all, tahniah buat pemain pemain Malaysia!!! Akhirnya, Malaysia telah berjaya merangkul Piala AFF Suzuki. Seperti yang korang tahu, Malaysia telah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Alhamdulillah. Neves gile kot tengok perlawanan tadi. Dah banyak kali penyerang Indonesia cuba cuba nak sumbat bola ke dalam gawang milik Malaysia. Nasib baik ada Khairul Fahmi tu. Hebat gile aku tengok dia tadi. Aku siap tabik spring ah. Dasat dasat. Lepas habis game je, nama Khairul Fahmi ni terus naik. Mula ah korang cari cari Khairul Fahmi ni. Kat twitter. Kat facebook. Kat blog. Memang popular habis wa cakap sama lu. Dah boleh tercalon dalam kategori artis baru lelaki popular ABPBH tahun depan mungkin? =.=
Ikan Patin Award daripada Meuz Angelo
Aku dapat anugerah lagi. Kali ni nama dia ikan patin award. Erk. Tokojut den. Terima kasih Nisa!!! Eh. Anugerah ni daripada abang Nisa sendiri iaitu Meuz Angelo. Siap dapat button percuma tuuu ... Kenapa nama dia ikan patin award? Menurut Nisa, penerima anugerah ni merupakan blog yang tak jemu dibaca, blog yang enak seperti ikan patin, baik digoreng, dibakar mahupun dibuat gulai tempoyak. Hehe. Puitis sungguh terjemahan anugerah ni. So, aku ditugaskan untuk menyampaikan anugerah ni kepada dua blogger bertuah. Hurm ... Siapa?
Mr Wan Fuuyoo
Puteri Iqa Izyan
potpetpotpet : Inilah barisan kita. :)



