Rabu, 3 Ogos 2011

Bila Khairul Fahmi (Apek) Putus Tunang

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Tu dia Khairul Fahmi atau Apek tengah google pasal kisah dia putus tunang. Tak tahu nak click yang mana satu. Adeh. Kesian Apek. Siapa suruh dia hebat sangat dalam menjaga gawang gol kan? Cuba kalau dia biar semua bola tu bolos je, mesti orang tak berapa nak ambil pusing pasal dia sekarang. Errr... Okay. Aku gurau je beb. Jangan nak siriyes sangat boleh? :B

Eh. Aku sokong siapa ni? Sebagai lelaki, tentu la aku sokong Apek! Yang perempuan pulak, sila sokong tunang dia tu. Haha. Kejam gile! Tak adil kot nak sebelahkan sesiapa dalam hal ni. Sebab kita pon tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang ini kata itu, yang itu kata ini. Yang itik kata ayam, yang ayam kata itik. So, baik makan kepci! Kalau setakat baca kisah dorang kat mana mana blog, tak payah la nak sebelahkan sesiapa. Tak pasal pasal buat tambah kilogram dosa je. Tak gitu ling? :P

Kita abaikan je la kisah Apek putus tunang ni ye. Let's fokus kat prestasi #harimaumalaya je. Hauuusss!!! Eh. Silap. Hauuummm!!! :)



potpetpotpet : Pasti berjaya di Akademi Fantasia! =_=

Selasa, 4 Januari 2011

Tips | Lima Langkah Mudah Untuk Merampas Teman Lelaki Popular



Pertama, sila like page beliau laju laju. Sila cari sampai dapat. Kalau tak jumpa, kau buat sendiri page tu. Lepas tu, like sorang sorang. =.=
Kedua, conteng kat wall dia dengan ayat puji-pujian seperti wah hebatnye awak dan wah dahsyatnye awak. Pandai pandai ah angkat bakul dia tu. Macam kau tak biasa. =.=
Ketiga, follow blog awek dia. Stalk awek dia habis-habisan. Ulangkaji semua entri dia. Kalau boleh, kau hafal setiap butir perkataan yang dia taip tanpa sebarang keraguan lagi. =.=
Keempat, curi satu gambar awek dia kat blog tadi. Nak buat apa pulak ni? Jeng jeng jeng.
Kelima, create a page pasal meluat dengan awek tu dengan menggunakan gambar yang telah kau curi daripada blog dia tapi kau tak perasan ada pulak kewujudan watermark blog dia kat gambar tu. Pulak dah. Takpe takpe. Kau bukan pandai sangat pon. =.=


Oh. Ni kira parody ah. Haha. Agak sarkastik mungkin? Adeh. Aku tak boleh tahan la. Tengok benda benda sengal berlaku ni. Tak faham ah. Siriyes. Boleh tak kau jangan mengada-ngada nak tunjuk bodoh? Sampai buat page entah apa apa entah, takde tujuan takde motif. Kelakar gile kot. =.=



potpetpotpet : Nasib page tu dah takde.

Khamis, 30 Disember 2010

Khairul Fahmi Popular Kerana Suzuki ? Ikan Patin Sedap Kerana Tempoyak ?



First of all, tahniah buat pemain pemain Malaysia!!! Akhirnya, Malaysia telah berjaya merangkul Piala AFF Suzuki. Seperti yang korang tahu, Malaysia telah menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Alhamdulillah. Neves gile kot tengok perlawanan tadi. Dah banyak kali penyerang Indonesia cuba cuba nak sumbat bola ke dalam gawang milik Malaysia. Nasib baik ada Khairul Fahmi tu. Hebat gile aku tengok dia tadi. Aku siap tabik spring ah. Dasat dasat. Lepas habis game je, nama Khairul Fahmi ni terus naik. Mula ah korang cari cari Khairul Fahmi ni. Kat twitter. Kat facebook. Kat blog. Memang popular habis wa cakap sama lu. Dah boleh tercalon dalam kategori artis baru lelaki popular ABPBH tahun depan mungkin? =.=



Aku dapat anugerah lagi. Kali ni nama dia ikan patin award. Erk. Tokojut den. Terima kasih Nisa!!! Eh. Anugerah ni daripada abang Nisa sendiri iaitu Meuz Angelo. Siap dapat button percuma tuuu ... Kenapa nama dia ikan patin award? Menurut Nisa, penerima anugerah ni merupakan blog yang tak jemu dibaca, blog yang enak seperti ikan patin, baik digoreng, dibakar mahupun dibuat gulai tempoyak. Hehe. Puitis sungguh terjemahan anugerah ni. So, aku ditugaskan untuk menyampaikan anugerah ni kepada dua blogger bertuah. Hurm ... Siapa?

Mr Wan Fuuyoo
Puteri Iqa Izyan 



potpetpotpet : Inilah barisan kita. :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com