Sabtu, 1 Mei 2010

Antara Ke-best-an Pergi Pasar Malam.

Hujan oh hujan kenapa engkau turun macam mana aku tak turun katak panggil aku katak panggil aku. Okay. Sila nyanyi versi keroncong. Boleh? HohO.

 

Alamak. Hujan dah turun. Pulak hari ni ada pasar malam. Fuhhh... Nak pergi jugak walaupon hujan. Tak kira tak kira. Kat Tanjong Malim ni pelajar pelajar UPSI wajib pergi pasar malam pada setiap hari Sabtu. Barangsiapa tak pergi pasar malam pada hari ni maka secara automatiknya dia tak pergi pasar malam pada hari ni. Bantai je la. HohO. Eh eh best apa kalau pergi pasar malam. Meh sini aku nak cerita antara ke-best-an pergi pasar malam jeng jeng jeng:
  1. boleh cuci mata;
  2. boleh cuci mata;
  3. boleh cuci mata;
  4. boleh cuci mata; dan
  5. boleh cuci mata.
Haaa... Nampak tak? Ada lima ke-best-an pergi pasar malam. Apalagi kita bersama sama berganding bahu bersatu padu jom jom jom kita heboh heboh pasar malam hari ni. Eh eh lebih lebih pulak. Oh. Aku selalu beli Nasi Lemak Ayam Berempah, Popia Otak Otak, Keropok Lekor dan macam macam lagi. Sila sila tuduh aku pelahap ye.

potpetpotpet: Pasar malam tapi aku pergi petang petang. Boleh?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com