Khamis, 26 Ogos 2010

Aku Tak Sabar Nak Masuk Dewan Peperiksaan!

Wah. Draft jadual exam dah keluar!!! Wohooo!!! Tiba tiba tak sabar nak masuk dewan peperiksaan haha. Boleh? Adeh. Ni last semester aku nak jawab exam kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ni. Aku praktikal next semester kau tahu. Lepas tu aku habis study. Oh! Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku makan belajar ABC.


Sumber oleh printscreen daripada laptop aku haha. Macam laptop aku sorang je boleh printscreen. Say waka waka.


Okay. Ada maklumat pasal praktikal. Kitorang boleh pilih pasangan masing masing untuk mengajar di sekolah yang sama. Ya. Satu sekolah dua orang guru praktikal. Lepas tu satu daerah pulak hanya dibenarkan empat pasangan guru praktikal sahaja. Maksud dia satu daerah ada lapan orang laaa... Dan negeri negeri terpilih ialah Selangor dan Perak sahaja!!! Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Kitorang tak boleh pilih sekolah. Itu kerja orang pejabat. Adeh. Harap harap semua berjalan dengan lancar. Aku dah neves neves ayam ni nak buat praktikal. Siapa buka puasa dengan nasi lemak kukus ayam berempah tadi? :P


potpetpotpet: Success is a journey, not a destination. The doing is often more important than the outcome.

Sabtu, 1 Mei 2010

Antara Ke-best-an Pergi Pasar Malam.

Hujan oh hujan kenapa engkau turun macam mana aku tak turun katak panggil aku katak panggil aku. Okay. Sila nyanyi versi keroncong. Boleh? HohO.

 

Alamak. Hujan dah turun. Pulak hari ni ada pasar malam. Fuhhh... Nak pergi jugak walaupon hujan. Tak kira tak kira. Kat Tanjong Malim ni pelajar pelajar UPSI wajib pergi pasar malam pada setiap hari Sabtu. Barangsiapa tak pergi pasar malam pada hari ni maka secara automatiknya dia tak pergi pasar malam pada hari ni. Bantai je la. HohO. Eh eh best apa kalau pergi pasar malam. Meh sini aku nak cerita antara ke-best-an pergi pasar malam jeng jeng jeng:
  1. boleh cuci mata;
  2. boleh cuci mata;
  3. boleh cuci mata;
  4. boleh cuci mata; dan
  5. boleh cuci mata.
Haaa... Nampak tak? Ada lima ke-best-an pergi pasar malam. Apalagi kita bersama sama berganding bahu bersatu padu jom jom jom kita heboh heboh pasar malam hari ni. Eh eh lebih lebih pulak. Oh. Aku selalu beli Nasi Lemak Ayam Berempah, Popia Otak Otak, Keropok Lekor dan macam macam lagi. Sila sila tuduh aku pelahap ye.

potpetpotpet: Pasar malam tapi aku pergi petang petang. Boleh?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com