Khamis, 13 Julai 2017

Nasi Lemak Burger Di McDonald's Singapura

Salam.


Wow! Menariknya! Semalam McDonald's kat Singapura telah mengumumkan Nasi Lemak Burger sebagai menu terbaharunya sempena Hari Kebangsaan negara tersebut tak lama lagi. Bukat setakat Nasi Lemak Burger je, ada juga air Bandung McFizz, aiskrim Cendol McFlurry dan Coconut Pie. Haaa... Nampak menyelerakan kan? Tapi kat Singapura la. Kalau kat Malaysia, aku dah pergi serang McDonald's ni nak rasa sekarang juga. Tapi apakan daya? McDonald's kat Malaysia ada cakoi je. Haha! Gurau je. McDonald's kat Malaysia dah pernah ada Bandung McFizz dan aiskrim Cendol Sundae Cone. Kira okay la tu kan? 



Sumber: DI SINI

Jumaat, 24 Disember 2010

Luahan Perasaan Terhadap Nasi Lemak




Nasi takde lemak. Haih ... Ni buat aku angin satu badan ni. Nasib tak terkentot je lagi. Haha. Nasi tu dah rupa nasi putih tu kau tahu. Kalau macam tu, baik aku masak nasi putih lepas tu aku mintak sikit sambal kau. Boleh? =.=


Sambal pulak tu alahai secipot je. Sipot sedot lagi besar kot. Tak puas ah aku nak merasa nikmat nasi lemak kalau macam tu. Kau bayangkan, nasi lemak dah penoh satu baldi. Sambal? Satu sudu yang hado. Apa ni beb?


Jejari telur tak sampai 1 cm ni apahal? Kau tak guna pembaris masa potong telur tu mungkin? Adeh. Dah la tak nampak nampak batang hidung ikan bilis satu pon. Arggghhh ... Tekanan ah macam ni!


Astaghfirullah al azim. Tak bersyukur langsung kan? Adeh. Nak buat macam mana. Dah kecewa dengan nasi lemak punya pasal. Haha. Takde ah. Nasihat aku, kalau nak jual nasi lemak tu, jual ah betol betol. Ni beli nasi lemak, harga tak sepadan dengan apa yang ada. Tak puas hati ni. Wahai si tukang jual nasi lemak, pulangkan balik seringgit aku. Erk. Seringgit pon nak berkira? Adeh. Habis tu, kau berkira nak letak sambal, telur dengan ikan bilis tu boleh pulak? =.=


potpetpotpet : Oh. Sarapan tadi nasi lemak. ^.^

Sabtu, 1 Mei 2010

Antara Ke-best-an Pergi Pasar Malam.

Hujan oh hujan kenapa engkau turun macam mana aku tak turun katak panggil aku katak panggil aku. Okay. Sila nyanyi versi keroncong. Boleh? HohO.

 

Alamak. Hujan dah turun. Pulak hari ni ada pasar malam. Fuhhh... Nak pergi jugak walaupon hujan. Tak kira tak kira. Kat Tanjong Malim ni pelajar pelajar UPSI wajib pergi pasar malam pada setiap hari Sabtu. Barangsiapa tak pergi pasar malam pada hari ni maka secara automatiknya dia tak pergi pasar malam pada hari ni. Bantai je la. HohO. Eh eh best apa kalau pergi pasar malam. Meh sini aku nak cerita antara ke-best-an pergi pasar malam jeng jeng jeng:
  1. boleh cuci mata;
  2. boleh cuci mata;
  3. boleh cuci mata;
  4. boleh cuci mata; dan
  5. boleh cuci mata.
Haaa... Nampak tak? Ada lima ke-best-an pergi pasar malam. Apalagi kita bersama sama berganding bahu bersatu padu jom jom jom kita heboh heboh pasar malam hari ni. Eh eh lebih lebih pulak. Oh. Aku selalu beli Nasi Lemak Ayam Berempah, Popia Otak Otak, Keropok Lekor dan macam macam lagi. Sila sila tuduh aku pelahap ye.

potpetpotpet: Pasar malam tapi aku pergi petang petang. Boleh?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com