Jumaat, 25 November 2011

Review Filem Breaking Dawn Part I (The Twilight Saga) - Perlahan Tapi Menakjubkan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Haha. Haha. Haha. Aku tengah gelak kekenyangan sebab aku baru lepas makan. Eh? Aku tengah gelak tanpa misi dan visi sebab aku dapat tengok filem ni pada hari pertama tayangan dia kat Malaysia! Tapi ayat berlagak ni dikecualikan kepada mereka yang dah dapat tengok masa premiere screening dia sebelum ni dan jugak kepada mereka yang telah download filem ni kat internet. Faham? Anyway, aku tengok The Twilight Saga: Breaking Dawn Part I petang tadi. Aku tengok dengan kawan kawan aku tadi. Nak tengok dengan awek tapi takde awek lagi. Sedih je kan bunyi dia? 

Meh sini aku bagitahu sinopsis dia. Filem ni dimulakan dengan perkahwinan Edward dengan Bella. Lepas tu dorang pergi honeymoon. Lepas tu Bella mengandung. Lepas tu Jacob datang marah marah kat Edward. Lepas tu Bella terberanak. Lepas tu? Tengok la sendiri kalau kau nak tahu. Senang je kan sinopsis aku?

Apa yang best pasal filem ni?
  • Filem ni banyak babak romantik yang buat aku tersenyum sorang sorang sambil jeling kat kawan kawan aku. Aku tak boleh belah bila ada scene tu tunjuk tilam katil semua jahanam. Apakah?
  • Aku suka suasana dan pemandangan yang ditonjolkan dalam filem ni contoh macam tempat Edward dengan Bella pergi honeymoon. Memang cun habis tempat dia!
  • Bella nampak sangat kurus masa dia mengandung. Aku rasa teknik CGI kot? Tapi Bella memang nampak sangat scary masa tu.
  • Ada satu scene yang mana geng serigala jadian tu bercakap antara satu sama lain. Boleh bayangkan tak dorang bercakap antara satu sama lain dalam keadaan serigala tapi bercakap macam manusia?
  • Lakonan yang memberangsangkan daripada semua pelakon terutama sekali Bella.
  • Babak babak aksi yang mencemaskan bila geng serigala jadian tu pergi serang rumah vampire sebab dorang nak bunuh anak yang Bella lahirkan.

Aku bagi 4 stars out of 5. Okay. Apa yang aku rasa tak semestinya kena sama dengan apa yang kau rasa. Faham tak? Mungkin aku rasa best tapi kau rasa tak best. Normal la kan? Since aku tengok dengan kawan kawan aku, ada sorang kata bosan sebab dia nak tengok action lebih sikit. Well, aku akui jalan cerita filem ni bergerak agak perlahan pada awalnya sebab filem ni lebih kepada drama sebab tu tak banyak action. Kalau kau nak tengok aksi kau boleh tengok Vampire Diaries or kau tak payah je la tengok filem ni. Haha.



potpetpotpet : Lepas ni nak tengok filem yang kartun pasal krismas tu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com