Jumaat, 30 September 2011

Henset Magik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku ada henset magik. Apa yang magik sangat? Henset ni boleh on dan off dengan sendirinya. Kau tak payah nak susah susah tekan button untuk on atau off henset ni sebab dia akan on dan off ikut suka dia. Nak tak nak, kau kena terima dengan hati yang terbuka.

Hebat tak? Henset magik milik aku ni bukan sahaja berkebolehan untuk off secara tiba tiba, malahan, tak lama lepas tu, dia boleh on balik tanpa rasa bersalah.

Kadang kadang aku rasa seram pulak. Takut kalau kalau henset aku dah terkena buatan orang. Eh?


Tapi henset magik aku still boleh guna lagi. Tak macam henset magik orang lain yang dah tak boleh nak sms la, dah tak boleh nak call la, dah tak boleh nak baling anjing la.

Aku dapat tahu Kechixx ada henset magik macam aku. Adeh. Aku ingatkan aku sorang je yang ada henset magik ni. Baru nak feeling special. Haha.



potpetpotpet : Sedih kan?

Jumaat, 24 Disember 2010

Luahan Perasaan Terhadap Nasi Lemak




Nasi takde lemak. Haih ... Ni buat aku angin satu badan ni. Nasib tak terkentot je lagi. Haha. Nasi tu dah rupa nasi putih tu kau tahu. Kalau macam tu, baik aku masak nasi putih lepas tu aku mintak sikit sambal kau. Boleh? =.=


Sambal pulak tu alahai secipot je. Sipot sedot lagi besar kot. Tak puas ah aku nak merasa nikmat nasi lemak kalau macam tu. Kau bayangkan, nasi lemak dah penoh satu baldi. Sambal? Satu sudu yang hado. Apa ni beb?


Jejari telur tak sampai 1 cm ni apahal? Kau tak guna pembaris masa potong telur tu mungkin? Adeh. Dah la tak nampak nampak batang hidung ikan bilis satu pon. Arggghhh ... Tekanan ah macam ni!


Astaghfirullah al azim. Tak bersyukur langsung kan? Adeh. Nak buat macam mana. Dah kecewa dengan nasi lemak punya pasal. Haha. Takde ah. Nasihat aku, kalau nak jual nasi lemak tu, jual ah betol betol. Ni beli nasi lemak, harga tak sepadan dengan apa yang ada. Tak puas hati ni. Wahai si tukang jual nasi lemak, pulangkan balik seringgit aku. Erk. Seringgit pon nak berkira? Adeh. Habis tu, kau berkira nak letak sambal, telur dengan ikan bilis tu boleh pulak? =.=


potpetpotpet : Oh. Sarapan tadi nasi lemak. ^.^

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com