Rabu, 20 Oktober 2010

Kreatifkan Dirimu Bersama Alam Sekitar

Amacam ? Lawo tak sentuhan magis aku ? XD
Siapa ada facebook aku ? Kalau ada, aku rasa korang tahu apa aku buat hari ni. Yeah. Aku join pertandingan melukis dan mewarna sempena Minggu Alam Sekitar kat Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Aku siap pinjam set crayon from one of my friends, dengan harapan aku berjaya menggondol tempat pertama ! Haha. Gila konfiden. By the way, ni merupakan salah satu project work yang kitorang kena buat for Environmental Science. Everyone of us had to form a group of 10. Then, each group kena buat project work that somehow related to the environment. So, one group ni buat pertandingan melukis dan mewarna. Aku join ni sebab support kawan kawan. Nak kata talented dalam melukis dan mewarna ni, takde ah sangat. Sikit sikit tu ada lah.


Well well well. Aku dah lama tak melukis dan mewarna ni. Aku aktif masa sekolah rendah dulu. Nak angkat bakul sikit, aku selalu menang kot. Paling best, aku menang tempat kedua pertandingan melukis dan mewarna peringkat negeri Melaka tahun 2000. Lama dah tu. Haha. Lepas dah masuk sekolah menengah, aku tak amik tahu menahu pasal semua tu. Salah satu sebab kenapa aku melupakan minat tu ialah sekolah menengah aku takde pulak subjek Pendidikan Seni. Sodih.


potpetpotpet : Let's green our Earth !

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com