Rabu, 20 Oktober 2010

Kreatifkan Dirimu Bersama Alam Sekitar

Amacam ? Lawo tak sentuhan magis aku ? XD
Siapa ada facebook aku ? Kalau ada, aku rasa korang tahu apa aku buat hari ni. Yeah. Aku join pertandingan melukis dan mewarna sempena Minggu Alam Sekitar kat Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Aku siap pinjam set crayon from one of my friends, dengan harapan aku berjaya menggondol tempat pertama ! Haha. Gila konfiden. By the way, ni merupakan salah satu project work yang kitorang kena buat for Environmental Science. Everyone of us had to form a group of 10. Then, each group kena buat project work that somehow related to the environment. So, one group ni buat pertandingan melukis dan mewarna. Aku join ni sebab support kawan kawan. Nak kata talented dalam melukis dan mewarna ni, takde ah sangat. Sikit sikit tu ada lah.


Well well well. Aku dah lama tak melukis dan mewarna ni. Aku aktif masa sekolah rendah dulu. Nak angkat bakul sikit, aku selalu menang kot. Paling best, aku menang tempat kedua pertandingan melukis dan mewarna peringkat negeri Melaka tahun 2000. Lama dah tu. Haha. Lepas dah masuk sekolah menengah, aku tak amik tahu menahu pasal semua tu. Salah satu sebab kenapa aku melupakan minat tu ialah sekolah menengah aku takde pulak subjek Pendidikan Seni. Sodih.


potpetpotpet : Let's green our Earth !

Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

Rabu, 21 April 2010

Hizami 234 Epy Besday Kontest.

Jom sertai Hizami 234 Epy Besday Kontest.
Dijamin kontest paling mudah yang pernah dijalankan.
Hadiah utama yang ditawarkan adalah bernilai RM50.
Oh.
Jangan lupa.
Hadiah saguhati turut disediakan. 
Jadi apa tunggu lagi?
Jom sertai kontest ini.
 
How To Join?
Anda dikehendaki membuat satu entri di blog anda dengan tajuk Hizami 234 Epy Besday Kontest. Seterusnya, anda perlu menyediakan kad ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan ditujukan khas kepada saudara pemilik blog ini, Hizami. Mudah bukan?
  • Saiz Kad: 450px (width) x 330px (height) - Tidak Wajib
  • Format: JPEG (*.jpg,*.jpeg)
  • Tulisan Atas Kad: "Epy Besday Hizami"
Kemudian, anda perlu meninggalkan link entri anda pada ruangan komen di bawah ini.

Terma & Syarat?
  1. Terbuka kepada semua jenis blogger dan merupakan follower kepada blog ini.
  2. Dalam entri anda tersebut, sila pastikan anda turut meletakkan backlink ke blog ini (http://hizamirahim.blogspot.com/) dan juga backlink ke kontest ini (http://hizamirahim.blogspot.com/2010/04/hizami-234-epy-besday-kontest.html).
  3. Tarikh tutup penyertaan kontest ini ialah pada jam 11.59 malam 30hb April 2010.

    Eh.
    Semua terletak pada tangan anda.
    Kreativiti anda.
    Ya.
    Kalau anda berniat mahu menggunakan koleksi gambar si pemilik blog, dengan segala hormatnya dipersilakan.
    Oh.
    Koleksi gambar si pemilik blog boleh didapati di sekitar blog ini dan juga halaman facebook miliknya.
    Hizami Li.
    Jadi.
    Jangan buang masa lagi.
    Sertailah kontest mudah menang ini.
    Siapa yang untung?
    Anda juga.


    potpetpotpet: Duh. Aku bertukar menjadi skema demi kontest ni. Kau tahu, dua tiga kali jugak aku pengsan sebab terkejot eh biar betol aku tulis macam ni. Serious. Lantak. Oh. Jom join kontest konon kebaboom ni!

    Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com