Isnin, 7 Mei 2012

Melukis & Mewarna - Bakat Terpendam Hampir 12 Tahun!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Wow! Bakat apa yang terpendam hampir 12 tahun tu? Bakat la sangat? Ke aku sorang je rasa macam tu? Haha. Well, masa sekolah rendah, ni zaman bila punya cerita ni? Well, masa sekolah rendah, aku aktif join pertandingan melukis dan mewarna. Alhamdulillah, rezeki selalu berpihak kepada aku. Setiap kali aku join mana mana pertandingan melukis dan mewarna, alhamdulillah, aku tak pulang dengan tangan kosong. Pencapaian tertinggi aku dalam pertandingan melukis dan mewarna ialah tempat kedua peringkat negeri Melaka, anjuran bersama Zoo Melaka dan A&W.

Masuk je tingkatan satu, aku terpaksa pendamkan minat aku terhadap melukis dan mewarna sebab masa tu aku sekolah agama, jadi, takde matapelajaran pendidikan seni. Perkara ni berterusan sampai la sekarang. Tapi entah macam mana pada bulan lepas aku telah diarahkan untuk mengajar pendidikan seni sedangkan bidang aku ialah matematik! Well, aku terima dengan hati yang terbuka. Dalam hati aku berkata, mungkin inilah masanya! Haha. Ayat bajet macam novel.

So far, alhamdulillah, takde masalah. Semoga Allah membantu aku dalam segala urusan aku. Amin. Esok kita belajar melukis makhluk asing menggunakan konsep kontra dari segi warna ye? Ni makhluk asing yang aku dah siap lukis dan warna:

Warna harimau malaya!


potpetpotpet : Tahun depan nak masuk tom tom bak ada bakat ke.

Rabu, 20 Oktober 2010

Kreatifkan Dirimu Bersama Alam Sekitar

Amacam ? Lawo tak sentuhan magis aku ? XD
Siapa ada facebook aku ? Kalau ada, aku rasa korang tahu apa aku buat hari ni. Yeah. Aku join pertandingan melukis dan mewarna sempena Minggu Alam Sekitar kat Universiti Pendidikan Sultan Idris ni. Aku siap pinjam set crayon from one of my friends, dengan harapan aku berjaya menggondol tempat pertama ! Haha. Gila konfiden. By the way, ni merupakan salah satu project work yang kitorang kena buat for Environmental Science. Everyone of us had to form a group of 10. Then, each group kena buat project work that somehow related to the environment. So, one group ni buat pertandingan melukis dan mewarna. Aku join ni sebab support kawan kawan. Nak kata talented dalam melukis dan mewarna ni, takde ah sangat. Sikit sikit tu ada lah.


Well well well. Aku dah lama tak melukis dan mewarna ni. Aku aktif masa sekolah rendah dulu. Nak angkat bakul sikit, aku selalu menang kot. Paling best, aku menang tempat kedua pertandingan melukis dan mewarna peringkat negeri Melaka tahun 2000. Lama dah tu. Haha. Lepas dah masuk sekolah menengah, aku tak amik tahu menahu pasal semua tu. Salah satu sebab kenapa aku melupakan minat tu ialah sekolah menengah aku takde pulak subjek Pendidikan Seni. Sodih.


potpetpotpet : Let's green our Earth !

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com