Aku kat library ni. Tengah mandi manda. Boleh ? Haha. Buat apa lagi kat library ni kalau bukan study kan ? Dalam sibuk sibuk study tu, sempat lagi aku curi masa nak update blog. Tapi tetap nampak hensem. Okay. Fine. Takde kena mengena. Adeh. Ni rehat rehat kejap sebab dah bosan gile menghafal segala jenis fakta pasal pencemaran yang macam best. Tak larat dah. So, aku terus cari lagu lagu baru nak dengar. Check it out !
- Nicole Scherzinger | Poison
Oh. Ni single terbaru daripada Nicole Scherzinger, salah seorang ahli Pussycat Dolls. Kalau tak silap, lagu ni dihasilkan oleh Red One. Lagu berentak pop dance ni sedap dilayan sambil sambil makan biskut kering bercelupkan teh o panas. Kalau dengan nini cokelat celup pun boleh je. Eh. Lagu ni berada pada tangga ke-2 dalam The UK Top 40 Singles Chart sekarang. Sila dengar sebelum terlambat. XD
- S.M. The Ballad | Miss You
This is a good korean pop ballad song. Tambah tambah lagi kumpulan ni hasil gabungan vokal daripada Trax’s Jay, Super Junior’s Kyuhyun, SHINee’s Jonghyun dan Jino. Lagu sedih ni tapi aku tak faham satu apa pun. Aku bajet sedih sebab rentak lagu ni slow. Boleh ? =.= Apa apa pun, lagu ni tak boleh nak lawan lagu You Wouldn't Answer My Calls by 2AM.
- SNSD | Hoot
SNSD atau nama lain dia Girls' Generation dah kuar single baru, Hoot. For your information, lagu ni bukan kesinambungan daripada lagu Tanya Sama Itu Hud Hud nyanyian M Nasir. Erk. Abaikan. Lagu Hoot ni ada bunyi retro retro sikit. Apa apa pun, this is just another typical korean song. Boleh je kalau nak dengar. Tapi takde something new dalam lagu ni. Paling best pun, kau dapat dengar gelak gelak gatal daripada SNSD. XB
- T-Ara | Yayaya
T-Ara ni pun sibuk nak kuar single baru, Yayaya. Eh. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Yayaya tu bukan sejenis buah. Kalau sejenis buah tu nama dia Papaya. Lain sikit. Harap maklum. Lagu ni pun lebih kurang macam lagu Hoot daripada SNSD tu. Tapi disebabkan ni lagu baru, layan je la. =.=
- X-Factor Finalists | Heroes
Dalam senarai kali ni, aku paling layan lagu ni, Heroes by X-Factor Finalists. Kenapa ? Sebab lirik dia boleh mendatangkan inspirasi serta motivasi kepada semua makhluk kat muka bumi ni. Contohnya, we can be hero just for one day. Tak ke kau rasa macam terinspirasi serta termotivasi bila dengar tu ? Sila setuju. =.=
potpetpotpet : Do wish me luck for tomorrow boleh ? XB






