Selasa, 12 Disember 2017

Konsert Dayang Nurfaizah Di Esplanade Singapura Sold Out!

Salam.


Tahniah Dayang Nurfaizah! Tiket konsert Dayang Nurfaizah kat Esplanade, Singapura khabarnya telah habis dijual. Pengumuman itu dibuat oleh Dayang Nurfaizah sendiri menerusi laman instagram miliknya. Haaa... Tiket konsert itu bermula dengan harga serendah $25 (lebih kurang RM75), $45 dan $65. Tiket berharga $85 turut dijual yang mana tiket ini termasuk sesi Meet & Greet. Jangan tak tahu yang pihak Esplanade sampai terpaksa menambahkan tiket lagi tapi pemandangan agak terbatas (restricted view) pada harga $25 atas permintaan. Tapi yang penting? Tiket itu pun sold out! Hebat betul penangan Dayang Nurfaizah. Bila konsert dia tu?

Tarikh: 1 Januari 2018 (Isnin)
Masa: 8 malam
Tempat: Esplanade Concert Hall


Semoga berjaya!

Khamis, 13 Julai 2017

Nasi Lemak Burger Di McDonald's Singapura

Salam.


Wow! Menariknya! Semalam McDonald's kat Singapura telah mengumumkan Nasi Lemak Burger sebagai menu terbaharunya sempena Hari Kebangsaan negara tersebut tak lama lagi. Bukat setakat Nasi Lemak Burger je, ada juga air Bandung McFizz, aiskrim Cendol McFlurry dan Coconut Pie. Haaa... Nampak menyelerakan kan? Tapi kat Singapura la. Kalau kat Malaysia, aku dah pergi serang McDonald's ni nak rasa sekarang juga. Tapi apakan daya? McDonald's kat Malaysia ada cakoi je. Haha! Gurau je. McDonald's kat Malaysia dah pernah ada Bandung McFizz dan aiskrim Cendol Sundae Cone. Kira okay la tu kan? 



Sumber: DI SINI

Sabtu, 14 Ogos 2010

Celah Celah Chinatown

Story pasal Singapore lagi? Adeh. Nak buat macam mana. During that day, I have the opportunity to stop over Chinatown. Such a nice place. Chinatown offers a cheaper price for almost all goods there. Berbaloi baloi macam Kamdar. Syok kalau nak beli belah stuff like key chain or decorative items. Siriyes. Banyak pilihan pulak tuuu!!! And the most important thing is kau kena pandai pandai cari kedai yang best. Sebab kadang kadang ada kedai tu jual mahal sikit daripada kedai lain. Tak pasal pasal kau menyesal nanti haha. Apa apa pun Chinatown ni bertambah seronok dia lebih lebih lagi time posing depan DSLR kau tahu. Lotih nak melayan nafsu binatang ni. Adeh. Apalagi? Jom layan gambar gambar ni sampai waktu berbuka puasa.




potpetpotpet: Ada banyak lagi gambar gambar nak upload haha. Silakan muak beramai-ramai.

Selasa, 10 Ogos 2010

Apa Ada Di Merlion Park

Siapa tahu aku pergi Singapore last week? Best weyh. Hampir putus kaki aku jalan jalan haha. Ni aku nak tunjuk koleksi gambar kat Merlion Park. Oh. Merlion tu Mermaid kacukan Lion. Bukan Merong Mahawangsa kacukan Zaiton Sameon tau. Harap maklum. Apa lagi? Cuci la mata korang tengok muka suci aku neyh haha. :P




potpetpotpet: Selamat menjalani ibadah puasa wahai kawan kawan! Salah dan silap harap dimaafkan. :)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Singapore, Here I Come!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tiba skema ni apahal pulak? Adeh. Dah beberapa hari jugak aku tak update blog ni. Kering sudah kepala hotak aku nak fikir nak tulis apa. Siriyes aku tipu.


Hurm. Guys, something bad happened to me last Tuesday. Erk. Well I bet few of you dah tahu pasal ni. Tapi bukan semua orang tahu kot apa dia sebab aku pun tak buat press conference lagi haha. Takde mood weyh nak story mory benda benda sedih ni. Tak pasal pasal aku nangis sambil dengar koleksi lagu Ramlah Ram nanti. Adeh.


Oh. Aku tak nak cerita lagi pasal tu. Tak penting pun kalau kau tahu. :) Anyway, tonight I'll be going to Singapore for one day trip. Sajo nak habiskan duit sepah sepah dalam bank tu haha. Siriyes berlagak. Dosa kau tahu? Okay. Aku gi jalan jalan ni with some friends. Trip ni guna dua ketul bas. Kalau takde apa apa masalah, kitorang sampai Singapore by Saturday's morning. Well. This is the last semester I spend  kat UPSI ni. Maka ni kira nak have fun together konon konon la. Excited seyh. Tak pernah pernah aku pijak bumi Singapore kan kan kan? Eh eh jalan raya dia sama ke dengan jalan raya kat Malaysia ni? Mana la tahu kot kot jalan raya dia warna pink lite lite ke tak pasal pasal aku boleh nangis kat situ jugak haha.


Grrr... :)


potpetpotpet: Dear friends, doakan keselamatan perjalanan aku ke sana. :')

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com