Khamis, 4 November 2010

Ingin Menjadi Model ? Inilah Masanya !

Anda gemar beraksi di depan kamera ? Anda suka perhatian yang diberikan ? Anda berminat untuk menjadi model ? Ingin merealisasikan impian anda ? Saya ada jalan penyelesaiannya ! Nak tahu ? Temui jawapannya di bawah. Apalagi tunggu ? Let's scroll down dengan laju laju ! *.*


Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng. The answer is ... kau gi pinjam DSLR daripada sepupu kau. Then, kau suruh kawan kau tolong ambil gambar tanpa henti serta tanpa bayar (penting ni) sambil sambil kau posing kat tepi jalan raya ke kat tepi longkang ke kat hutan simpan ke mana mana ah. Lepas tu, kau gi cuci gambar tu saiz poster. Haaa ... Dah jadi model ! Senang kan ? Selamat mencuba ! >.<


potpetpotpet : You see things and you say, "Why?".  But I dream things that never were and I say, "Why not?".

Rabu, 15 September 2010

Aku Bukan Lelaki Cermin

Kau pernah tak sambil naik kereta Myvi lepas tu posing kat cermin sisi dia? Haha. Okay okay. Aku baru buat aksi berani mati ni semalam. Apahal pulak berani mati? Kalau kalau jatuh secara terkeluar DSLR berkenaan iaitu bukan milik aku maka mati lah. Sekian. Erk. Dah dah. Jom skodeng aku. Tiba tiba ...







potpetpotpet: See ... Aku bukan lelaki cermin. Haha.

Ahad, 22 Ogos 2010

Diam Diam Jatuh Cinta

Diam diam berpandangan
Mata bertentang mata
Malu malu aku malu
Kau buat begituuu...


Terima kasih kepada Kak Melah kerana sudi mendendangkan lagu Diam Diam Jatuh Cinta sebentar tadi. Walaupun dia nyanyi serangkap sajo tapi okay la daripada takde kan kan kan? Well. Tadi aku gi Majlis Berbuka Puasa Perdana AT14 (Pendidikan Matematik) kau tahu. Siriyes cambest!!! Rugi kau tak join sekaki. Enjoy sajo. Seronok kumpul ramai ramai ni. Entah bila nak kumpul macam ni lagi lepas ni. Siriyes mustahil. Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Aku malu. Adeh. Kau nak tahu kenapa? Check it out!!! Apalagi??? Scroll down please...


Amboi sakan benor korang bergambo kan kan kan?


Eh eh eh mana aku hilang? Tema dia diam diam jatuh tapi bukan diam diam jatuh cinta haha!!!


Okay. Sila buat tak tahu sebab DSLR ada kat depan. Say chit-po-dah!!!


potpetpotpet: Bye! Aku dah malu gile. Sekian.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Celah Celah Chinatown

Story pasal Singapore lagi? Adeh. Nak buat macam mana. During that day, I have the opportunity to stop over Chinatown. Such a nice place. Chinatown offers a cheaper price for almost all goods there. Berbaloi baloi macam Kamdar. Syok kalau nak beli belah stuff like key chain or decorative items. Siriyes. Banyak pilihan pulak tuuu!!! And the most important thing is kau kena pandai pandai cari kedai yang best. Sebab kadang kadang ada kedai tu jual mahal sikit daripada kedai lain. Tak pasal pasal kau menyesal nanti haha. Apa apa pun Chinatown ni bertambah seronok dia lebih lebih lagi time posing depan DSLR kau tahu. Lotih nak melayan nafsu binatang ni. Adeh. Apalagi? Jom layan gambar gambar ni sampai waktu berbuka puasa.




potpetpotpet: Ada banyak lagi gambar gambar nak upload haha. Silakan muak beramai-ramai.

Isnin, 2 Ogos 2010

Gambar Majlis Pernikahan Aku

Adeh. Lupa nak taip habis tajuk entri tu. Actually tajuk dia gambar majlis pernikahan aku tangkap. Yay! Tanggal 1 Ogos 2010 bersamaan dengan hari Ahad merupakan detik bersejarah bagi Mustadza Mardzi bin Mustapha yang memegang jawatan sebagai sepupu aku haha. Tahniah bro! Kahwin sudah.


Haiyak. Aku nak story sikit. Aku main main dengan Canon one of my cousins neyh. Oh. Canon tu bukan spesies ayam serama. Tu cap DSLR dia haha. Aku pun memandai snap sana lepas tu snap sini. Pulak tu aku boleh pura pura expert kau tahu siap tertonggeng terbongkang terkangkang terlintang terpukang lagi. Bajet hebat sangat la tuh.


Tiba tiba aku menerima suratan atau kebetulan yang mewajibkan aku menyenap (iaitu imbuhan bagi kata akar snap) pictures sepanjang majlis akad nikah tuh. Nak tak nak aku kena bertindak mengikut arahan! Tak pasal pasal kan... Mampuih...  Hamek kau nak sangat haha. Sila tengok hasil dia sambil gelak ramai ramai. :P




potpetpotpet: Bantai sajo.

Selasa, 29 Jun 2010

Tolong Tolong Tolong Terbakar!!!

Hey. Hari ni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said (SDDS) ada Latihan Kebakaran atau nama omputeh dia Fire Drill. Best weyh menarik gilosss kau tahu. Budak-budak pulak ala lenggang lenggang kangkong ewah kangkong tepi telaga masa berjalan gi padang. Eh eh kelakar seyh. The bell was supposed to ring for quite some time tapi tiba-tiba loceng tu boleh pulak berhenti kejap. And then loceng tu berbunyi sambung semula haha. Adeh. Tak pasal-pasal kena buat Latihan Kebakaran kali kedua kau bayangkan. Panas seyh. Peluh dah macam air cair meleleh kau tahu.






Aku bawa DSLR. Not mine tapi pinjam seyh. Tiba-tiba one teacher asked me to snap pictures. I was like oh okay. Well. Aku apalagi ke sana ke sini dengan jayanya. Siriyes. Budak-budak ni suka betul bila aku tangkap gambar dorang. Sporting seyh. Eh eh you guys must know how to use fire extinguisher if there is emergency. Mana la tahu kot kot rumah kau terbakar kan kan kan? Eh eh rumah kau ada fire extinguisher ke? Kalau takde sila gi singgah di kedai-kedai runcit berhampiran lalu beli keropok lekor.  Erk. Oh abaikan. How to use fire extinguisher ni? Basically ingat PASS.
  1. Pull
  2. Aim
  3. Squeeze
  4. Sweep




This is a demo how to use a fire extinguisher. Adeh. Encik Bomba tu tak boleh nak menyalakan api at the beginning kau tahu. I was like kau biar betul haha. Lepas tu Encik Bomba menerangkan kesan bila simbah air kat api. Ya Encik Bomba tu beritahu kalau padam api guna air maka api tu tak padam tapi api tu jadi lagi besar. Okay. Encik Bomba pun simbah air kat api yang sedang marak tu. Dan tup tup api tu padam kau bayangkan. Sudah. Oh. Pengetua pun turun padang padam api guna fire extinguisher. Dasattt weyh.




potpetpotpet: Aku tak pernah menyaksikan kebakaran secara langsung. Adeh.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com