Selasa, 7 November 2017

Rahsia Nugget Ayam McD - Lebih Jimat & Kenyang!

Salam.


Pehhh... Sedapnya nugget ayam McDonald's ni! Aku ni kalau dah kenyang, kalau setakat nak kunyah kunyah, aku ambil set nugget ayam je bila singgah McDonald's. Cuma tak kenyang sangat lah kalau ambil set nugget ayam tu. Padahal harga dah sama dengan set burger dan ayam goreng kan? Jadi beli lah set burger atau ayam goreng kerana lepas ni korang dah boleh goreng sendiri nugget ayam McDonald's tu kat rumah. Lebih jimat, lebih kenyang, lebih puas hati! Ehhh... Biar betik? Betik lah ni! Tak percaya, lepas ni korang boleh cuba beli nugget ayam dari jenama First Pride. Rasa dia memang sama dengan nugget ayam McDonald's! Haaa... First Pride tu yang mana satu? Macam kat bawah ni.


Kenapa nugget ayam dari jenama First Pride ni sama dengan nugget ayam dari McDonald's? Kerana First Pride ni adalah merupakan produk MacFood Services (M) Sdn Bhd! Haaa... Jadi lepas ni kalau korang singgah McDonald's, tak payah lah ambil set nugget ayam ni. Sebab harga set tu dah boleh beli lebih daripada 15 ketul nugget ayam. Ehhh... Ke lebih? Aku pun takde masa nak kira berapa ketul nugget ayam dalam tu. Kau kira sendiri boleh tak? Emosi pula tiba-tiba. Haha!


Tapi kalau dah malas nak fikir tu, beli je lah nugget ayam kat McDonald's tu.

Khamis, 13 Julai 2017

Nasi Lemak Burger Di McDonald's Singapura

Salam.


Wow! Menariknya! Semalam McDonald's kat Singapura telah mengumumkan Nasi Lemak Burger sebagai menu terbaharunya sempena Hari Kebangsaan negara tersebut tak lama lagi. Bukat setakat Nasi Lemak Burger je, ada juga air Bandung McFizz, aiskrim Cendol McFlurry dan Coconut Pie. Haaa... Nampak menyelerakan kan? Tapi kat Singapura la. Kalau kat Malaysia, aku dah pergi serang McDonald's ni nak rasa sekarang juga. Tapi apakan daya? McDonald's kat Malaysia ada cakoi je. Haha! Gurau je. McDonald's kat Malaysia dah pernah ada Bandung McFizz dan aiskrim Cendol Sundae Cone. Kira okay la tu kan? 



Sumber: DI SINI

Jumaat, 6 Januari 2012

Nikmati Prosperity Chicken Burger Di McDonald's

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku tunggu, prosperity chicken burger is back! Bila aku tahu je prosperity chicken burger ni dah keluar, aku terus serang kaunter mekdi yang berdekatan. Eh. Kejap kejap. Kenapa aku excited semacam je ni? Sebab aku tak makan daging! So, aku memang tak makan prosperity beef burger tu. Aku tengok je kawan kawan aku makan sambil menelan satu liter air liur. Kejam betul dorang boleh buat tak tahu je makan depan aku? Grrr... Nasib la prosperity chicken burger dah keluar, dapat la aku melempiaskan nafsu makan aku yang selama ni aku tahankan.

Eh. Ada yang kata prosperity burger ni banyak sangat black pepper dia. Tapi takpe la kot sebab kau bukan makan selalu kan? Kalau kau nak tahu, salah satu kebaikan black pepper ialah dia dapat membantu sistem penghadaman di samping mengandungi antioksidan. Macam pernah dengar pasal antioksidan kan? Iklan nescafe! Yes. Okay. Siapa nak belanja aku prosperity chicken burger esok?



potpetpotpet : Belailah perut anda sebelum perut anda dibelai.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Jom Telan Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe

Hey hey ! I'm going back to Malacca in just few minutes. Kejap lagi nak gi hantar thesis kat supervisor. Lepas tu, aku terus pecut balik kampung hoi hoi hoi balik kampung hoi hoi hoi balik kampung. Eh. UPSI dah start cuti kau tahu. Aku cuti sampai raya haji ni. Gilerrr heaven ah. Haha. Cuti lebih kurang tiga minggu tuuu ... Rasa macam cuti semester ah pulak. Padahal ni cuti study week tambah cuti raya haji. Lepas dah habis cuti tu, final exam pulak. This is going to be my last time duduk kat dalam dewan peperiksaan dengan kawan kawan lain. Adeh. Gilerrr sedih ah.

Sedap ah jugak. Nak rasa ? Sila sila sila gi McDonald's.
Semalam two of my friends ada dinner. So, diorang nak beli attire yang sesuai petang tu. Tak pasal pasal diorang ajak aku gi One Utama, nak shopping. Oh my ! Aku tengok dompet, ada RM2 sahaja ! Diulangi, RM2 sahaja ! Haha. Aku siriyes ah ni. Nak tak nak, aku ikut diorang setelah dipujuk beberapa kali. Boleh ? Nasib tak guna duit. Eh. Lunch kat McDonald's tu je ah guna duit. Tu pun pinjam. Haha. Dan aku nampak menu baru - BLACK PEPPER SPICY CHICKEN McDELUXE. Fuhhh ... Nama beliau sangat menggoda apatah lagi menyelerakan. Aku pun order ah. Sedap la jugak. For me, kalau kau nak tahu rasa dia macam mana, kau gi beli SPICY CHICKEN McDELUXE lepas tu kau tabur black pepper yang dia letak kat sebelah sos tu banyak banyak. Dijamin jimat okayyy ! Rasa pun takde ah beza sangat kot. Paling best, black pepper tu free ! Haha. Harga SPICY CHICKEN McDELUXE pun kurang seringgit daripada BLACK PEPPER SPICY CHICKEN McDELUXE. Gilerrr haji bakhil cadangan aku ! XD

Mirror mirror on the wall.

potpetpotpet : Selamat bercuti !


Jumaat, 21 Mei 2010

Shrek Dan Zizan Raja Lawak.

Yay. Aku berjaya menonton wayang filem Shrek The Final Chapter Forever After haha panjang wo tajuk dia. Aduh habis RM16 semata-mata nak tengok 3D yang takde kesan sampingan apa apa. Okay. In my opinion, I want more! Bukan sebab sedap nak mammm tapi sebab kurang kick la berbanding the previous sequels. Aiyoh. Maybe I was expecting too much but surprisingly the movie ain't that great.




However, this movie ada mesej yang kuat. Ya tentang kita tak tahu nak menghargai apa yang ada selagi kita tak merasai kehilangan semua tu. Okay la. Aku suka gila dengan watak donkey dan puss in boots tu seriously kelakar. Siapa tak tengok lagi boleh la beli loteri tiket sekarang kalau nak tengok cerita ni.




Well lepas tu lepak lepak with my friends. Chit chat. Bincang masa depan cewahhh aku cakap betul ni. Hari yang simple tapi syok. Oh aku sempat main bowling but one game only haha. Balingan pertama semata-mata longkang sila sila gelak dengan kuat. Maka balingan lepas tu dah okay sikit. Jumlah mata lebih seratus la jugak hebat tak hebat tak hebat tak? HohO.




Plus kitorang pergi makan kat McDonald's tadi haishhh dah terlebih waktu lunch hour maka harga pun termahal tiba tiba wakakaka. Eh eh sempat jugak photoshoot tadi. Snap sana snap sini. Wah. Guna kamera cap ayam berak kapur je tetap best.




Hizami. Jax. Adie.

potpetpotpet: Eh eh tadi nampak ada Zizan Raja Lawak entah tengah buat apa tak tahu pulak mungkin something about shooting atau photoshoot. Entah. Sebab aku terus jalan boleh?

Selasa, 18 Mei 2010

Terima Kasih Wahai Penyu!

Wow. Petang tadi best. Jeng jeng jeng. Dalam pukul 3.30 petang aku dan Ezam bergerak ke Tanjung Bidara nak tengok kawan aku sorang ni nama diberi Kaymell haha. Dia berpraktikal kat Pusat Pengurusan Penyu (Turtle Management Centre) lokasi Kampung Padang Kemunting, Melaka. Ya. Kaymell budak degree biomarin dan dia dah tahun akhir pun. Tahniah sebab aku ada lagi setahun okay.




Aku, Ezam dan Kaymell ni besties from school so bila jumpa tadi memang tak ingat dunia kau tahu borak borak mulut pot pet pot pet. Lebih dua jam pulak tu. Sejam pertama kitorang cakap pasal penyu haha aku serious ni. Wah aku rasa macam buat lawatan sambil belajar pulak tadi. Tak pasal pasal ada beberapa perkara aku tahu tentang penyu penyu tu.
  1. Penyu capai kematangan pada usia 15 tahun maka at that time kita dapat mengenal pasti jantina penyu tu sama ada jantan atau betina. Selagi penyu tidak berusia 15 tahun kita tak tahu jantina dia oleh itu kita boleh cuba teka teka la masa tu.
  2. Jantina penyu boleh ditentukan melalui ekor kalau panjang dia jantan kalau pendek dia betina.
  3. Penyu mempunyai paruh yang tajam seperti burung helang dahsyat woi.
  4. Tadi ada penyu lipas kau tahu. Nama samaran dia dan aku tak bohong sila percaya bulat bulat. Eh eh ni bukan kacukan penyu dengan lipas tapi penyu tu kalau kita tengok sekali imbas ada iras iras lipas dan kalau kita tengok banyak kali pulak jadi macam penyu balik.
  5. Penyu makan apa sahaja bak kata pepatah all you can eat haha. Maka jangan pandai pandai nak beri penyu makan burger McDonald's sila harap maklum.
  6. Sebelum ni aku tengok penyu kat tv macam tak cantik je tapi bila aku tengok kat depan mata kepala aku sendiri wah seriously dah la cantik comel pulak tu. Fuhhh... Kat sini ada penyu karah, penyu lipas dan penyu penyu wakakaka.




Setakat tu je yang aku ingat. Entah ada lagi kot. Well korang boleh datang sini kalau nak tahu lebih lanjut. Tak lama lepas tu hujan turun dengan lebat gila kebaboom kau bayangkan. Aku parking kereta jauh pulak tu maka terpaksa la nak tunggu hujan reda sikit. Sementara tu kitorang lepak lepak borak pasal tu borak pasal ni. Wah aku teruja sampai tak sedar dah pukul 6.00 petang pun. Hujan pulak tak reda reda lagi maka nak tak nak aku dan Ezam redah lantak la sebab aku nak kena balik jugak sebelum Maghrib. Oh Kaymell tak balik lagi since malam ni dia dan beberapa orang lagi nak jaga kalau kalau ada penyu datang mendarat. Tak tidur kau tahu. Well good luck Kaymell!




Dalam perjalanan balik pulak tadi jalan banjir wo banjir wo tak boleh nak lalu. Maka kitorang pusing ambil jalan jauh sikit alhamdulillah selamat sampai rumah. Oh makan sup tadi fuhhh sedap gila makan panas panas time hujan sila jealous.


potpetpotpet: Nak ambil gambar tadi tapi hujan lebat sangat kot.

Jumaat, 14 Mei 2010

Jangan Ingat Anak Korea Comel Sebab Anak Malaysia Lagi Comel.

Ke sana ke sini lari lari kecil bagai Siti Hajar mencari air wakakaka sila teka lagu apa jeng jeng jeng. Okay okay kalau tak tahu maka tak perlu tahu sebab tak penting. Semalam aku hantar my sis pergi buat x-ray dalam pukul berapa datok harimau? 10 pagi.

Then lepas selesai semua tu pergi pulak bank muamalat sebab nak beli baldi dan gayong kepala hangguk kau nak buka akaun la hahaha. Oh macam takde orang pulak kat bank muamalat tu adakah bank ini dibuka untuk dua tiga orang sahaja ops. Okay. My sis dapat tawaran belajar kat UIA maka dia kena guna akaun bank muamalat. Tahniah. Selesai semua. Kemudian kami bergerak ke McDonald's for lunch. Fuh. Tamat.

Eh eh sebelum tu nak tayang muka anak siapa la ni yang comel wakakaka. Anak bongsu baru 4 tahun maaa. Jangan ingat anak anak korea je yang comel anak anak malaysia pon comel jugak wah suka puji puji sendiri.











potpetpotpet: Subhanallah comel belaka.

Sabtu, 17 April 2010

Jom Lari Daripada Rumah. Best Best Best!

Tanggal 16 April 2010.
Aku dan geng melarikan diri.
Lari daripada rumah.
Lari daripada study.
HohO~

Ya.
Kami lari.
Tapi naik kereta.
Eh.
Lantak.
Kami ke Rawang.
Untok apa?
Kami pon tak tahu.
Seriously.
Kau tahu?

Firstly, kami makan kat McDonald's.
Fuh.
Aku kekenyangan.
Siapa ada perot lebih?
Nak tumpang sikit boleh?

Eh.
Nak pergi mana pulak?
Lepak la babe.
Malam masih muda.
Aku pon muda lagi.
Oh.
Imuda tak muda lagi.
So kami teroskan perjalanan.
Tanpa kami tahu nak ke mana.
Boleh?

Eh eh eh.
Ada fun fair la.
Magic betol.
Tetiba pulak.
Apalagi kami serbu la fun fair kat situ.
Bukan nak main sangat pon.
HohO~

Hizami.
Cikgu Matematik.

Red.
Cikgu Akaun.

Zam.
Cikgu Kimia.

Red dan Ijat.
Cikgu Akaun dan Cikgu Biologi.

Red dan Hizami.
Cikgu Akaun dan Cikgu Matematik.

Fun fair tu nampak macam best bukan?
Well, tak best mana pon.
Boleh la kalau nak gelak gelak gemok kot.
Nama pon fun fair.
HohO~
Anyway.
Kami puas hati.
Malam yang indah untok dikenang.
For us.
Friends Forever.


potpetpotpet: Sesekali aku buat macam ni pon rasa best jugak. Enjoy. Entah bila boleh buat macam ni lagi. Betol tak Ryzal? Kepada saudari S bukan nama sebenar pulak, semoga tabah dalam membawa status solo. Persetankan dia. HohO~

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com