Khamis, 7 Julai 2011

Cher Lloyd's Swagger Jagger Sejahanam Rebecca Black's Friday!



Cun tak? Ni la dia awek terbaru aku. Nama dia Cher Lloyd. Dia baru 17 tahun derrr... Haha. Actually, dia merupakan salah seorang daripada finalis bagi rancangan nyanyian di UK, iaitu X-Factor pada tahun lepas. Tapi dia tak menang pon. Dia dapat tempat keempat je kot. Hebat la jugak kan? Eh. Aku pernah story pasal juara dia masa tu. Kejap kejap. Aku nak cuba ingat balik entri mana. Okay! Aku dah dapat! Tajuk entri tu ialah Siapa Lelaki Bersuara Sedap Itu?. ;)

Cher Lloyd baru keluar dengan single pertama dia yang berjudul Swagger Jagger. Aku pon tak berapa nak faham dengan tajuk lagu dia ni. Takde tajuk lain yang lebih sweet ke? Adeh. Merujuk kepada tajuk entri ni iaitu Cher Lloyd's Swagger Jagger Sejahanam Rebecca Black's Friday!, kenapa aku boleh bagi statement macam tu? Yes. Kau boleh pergi tengok official music video Swagger Jagger ni kat youtube sekarang. Cuba dengar lagu dia betul betul. Lepas tu, tengok berapa ramai yang dah tekan button dislike. Oleh itu, sekian terima kasih. >_<




Dah tengok dah? So, amacam dengan lagu dia? Best ke? Haha. Bagi aku, takde la seteruk Rebecca Black's Friday tu. Cuma lagu ni tak berapa sesuai dengan Cher Lloyd yang cun ni. Anyway, cuba la fikir logik sikit. Cher Lloyd ni dah la tak famous mana. Sebagai single pertama, tiba tiba je dia terus cakap pasal haters? Macam ada yang tak kena je kan? Sepatutnya dia keluar dengan single pasal cinta ke, pasal bunga ke, pasal nasi kandar ke. Tengok dulu penerimaan tu macam mana. Lepas dah kumpul haters sebanyak mungkin, baru la keluarkan Swagger Jagger ni sebagai single yang seterusnya. Tak gitu ling? :P

For those yang tak tahu talent sebenar Cher Lloyd ni, meh aku tunjuk persembahan terbaik dia masa dia join X-Factor. Korang wajib tengok Cher Lloyd ni nyanyi lagu kat bawah ni. Jauh beza dengan Swagger Jagger dia tu. ;)





potpetpotpet : Laju betul aku update blog semenjak dua menjak ni.

Isnin, 13 Disember 2010

Siapa Lelaki Bersuara Sedap Itu ?



Kenal tak siapa Matt Cardle ? Dia ni kawan baik aku masa BELAJAR kat tadika kemas dulu. Cehhh ... BELAJAR tu yang tak tahan. Padahal aktiviti yang hado setakat MAIN, MAKAN, TIDUR sepanjang tahun. Haha. Nak dijadikan cerita, mak dia ni kahwin dengan mat saleh. Sebab tu muka dia sejibik mat saleh. Aku ingat dia ada penyakit kulit ke hape. Adeh. Siapa suruh putih sangat kan ? Hurmmm ... Lepas habis tadika kemas tu, aku dah tak jumpa dia dah. Entah mana dia hilang aku pun tak tahu. Sadis betul. T.T


Nasib la baru baru ni, aku nampak dia kat salah satu rancangan pertandingan nyanyian daripada UK, iaitu X-Factor. Kenal tak Shayne Ward ? Kenal tak Leona Lewis ? Kenal tak Alexandra Burke ? Semua tu adalah pemenang X-Factor tapi lain lain tahun ah. By the way, Matt Cardle ni merupakan pemenang X-Factor yang terbaru !!! Eh. Dia baru menang semalam kot. Dan dan aku tumpang bangga. Okay. Fine. Aku tipu pasal dia satu tabika kemas dengan aku tu. Haha. Peace !


Matt Cardle ni best gile suara dia. Aku suka !!! Ada style ah. Siapa minat Ryan Tedder si vokal OneRepublic ? Both of them ada persamaan sikit. Meh sini aku suggest a few performances from Matt Cardle ni masa dia nyanyi kat X-Factor. Ni antara yang best ah. Kalau nak lebih lebih, sila cari sendiri. =.=












potpetpotpet : Tak suka gores dan menang.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com