Khamis, 3 Mei 2018

Prima Valet: Koleksi Glam Lebaran Raya 2018 Ikut Trend Terkini

Salam.


Minggu lepas aku dapat peluang ke fashion show Prima Valet. Bukan selalu pergi fashion show kan? Sebab itu gigih lepas balik kerja dari Melaka terus drive ke Kuala Lumpur! Haha! Demi sesuap nasi, nak.

Tahniah Prima Valet! Tahniah kerana dah masuk tahun kedua... Walaupun baru masuk tahun kedua, jenama Prima Valet terus gah menampilkan koleksi raya terbaru, iaitu, Glam Lebaran Raya, eksklusif untuk tahun 2018. Tak sabar ke tu? Aku pun tak sabar!




Tapi jangan risau, semua koleksi yang diperagakan pada malam tadi boleh didapatkan secara berperingkat bermula 5 Mei sehingga Ramadhan akan datang tak lama lagi ni di kesemua outlet Prima Valet, ejen-ejen di seluruh Malaysia dan secara online di www.primavalet.com! Jadi terpulang kepada kita macam mana nak dapatkan koleksi kali ni. Kalau nak jimat masa dan tenaga, beli online atau melalui ejen-ejen yang sah. Kalau rasa tak yakin, singgah outlet Prima Valet. Mudah kan?



Fashion show pada malam itu menampilkan Faizal Ismail dan Elfira Loy sebagai pengacara. Not bad juga mereka berpasangan jadi pengacara. Selain itu, ada juga kehadiran selebriti-selebriti popular tempatan seperti Siti Nordiana, Alif Satar, Zul Ariffin, Amyra Rosli, Amar Baharin, As'ad Motawh, Farah Nabilah, Nabila Razali dan lain-lain.







Jenama yang terlibat di bawah Prima Valet:
  • Ezuwan Ismail
  • Syus Couture
  • UAI Original
  • Meylana
  • Empayar Kuku Besi
  • Shasya Habib
  • Zoud
  • Galeri Nur Aishah
  • Buranku
  • youme&hunny

Aku jadi rambang mata tengok koleksi Glam Lebaran Raya dari Prima Valet ni. Serius! Banyak gila pilihan, dari segi design, dari segi warna dan dari segi harga. Jangan ingat perempuan je rambang mata, lelaki pun ikut sama rambang mata! Haaa... Bukan setakat baju Melayu, koleksi kali ni turut menampilkan kurta, jubah dan kemeja untuk lelaki lelaki kat luar sana tu. Semua di bawah satu bumbung Prima Valet. Senang kan?













Koleksi raya dari Prima Valet untuk perempuan tak payah cakap lah. Cukup satu hari satu baju sepanjang bulan Syawal! Haaa... Bukan setakat bulan Syawal je, nak sambung bulan Zulkaedah dan lepas tu bulan Zulhijjah. Apa???!!! Nak sambung sampai bulan Muharram? Boleh sangat! Sampai bulan Safar pun boleh. Senang cakap 365 hari lah! Punya banyak koleksi raya untuk perempuan aku nak beritahu tolong percaya.
















Prima Valet juga menyediakan koleksi raya untuk kanak-kanak yang sedondon dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi nak cari kat mana baju raya tahun ni? Yes! Prima Valet lah! Kat mana lagi kan? Semuanya ada di Prima Valet.

Jadi mari kita sambung cuci mata antara baju yang diperagakan untuk koleksi Glam Lebaran Raya dari Prima Valet. Kalau ada yang berkenan, jangan lupa singgah di oulet Prima Valet yang berhampiran.









Tahniah Prima Valet! Raya bertambah meriah dengan koleksi raya dari Prima Valet.

Sumber gambar ehsan: https://www.facebook.com/azuddin.ahmadzin

Selasa, 23 Mei 2017

Koleksi Raya Wadi Adra | Design Unik & Patuh Syariah

Salam.


Hari Sabtu 20 Mei 2017 yang lepas aku sempat hadir ke Wadi Adra Lebaran Fashion Night 2017. Aku datang semata-mata nak beri sokongan kepada sahabat aku, Eim atau nama sebenarnya Rahim Azhari, yang merupakan antara tunggak utama jenama Wadi Adra tu. Muda lagi Eim ni tapi pencapaian dia lebih hebat daripada aku yang tak berapa muda ni. Haha!

Malam tu Wadi Adra mengadakan pertunjukan fesyen untuk koleksi raya tahun ni. Ada pelbagai jenis design dan juga warna. Menarik! Selari dengan tagline, Wadi Adra ni sentiasa tampil dengan design yang unik tapi masih mematuhi syariat Islam. Jadi tak mahu ragu ragu sayang... Apa tunggu lagi? Meh la kita tengok apa yang sempat aku tangkap malam tu.








Richie Rachman bertindak sebagai pengacara majlis malam tu. Dan tak silap malam tu ada 25 orang model. Ramai tu! Bukan senang nak kumpul model seramai tu. Model-model tu semua adalah merupakan pelanggan-pelanggan setia Wadi Adra dan merupakan pelajar-pelajar daripada institut pengajian tinggi. Memang cari jodoh je la malam tu. Haha! Apa apa pun tahniah Eim kerana berjaya menganjurkan Wadi Adra Lebaran Fashion Night 2017 dengan baik. Semoga terus maju dan berjaya pada masa akan datang!





Tapi yang penting, aku menang King of the Night malam tu. Haha! Padahal apa je yang aku pakai pun? Takpe la. Tu namanya rezeki.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com