Selasa, 23 Oktober 2018

Sarah Fazny Di D'Academy Asia 4, Bakal Ikut Jejak Shiha Zikir?

Salam.


Gelanggang D'Academy Asia 4 membuka tirai semalam dengan Kumpulan 1 yang menampilkan Sarah Fazny (Malaysia), Rara (Indonesia), Jorgelino (Timor Leste), Nazirul Zainal (Singapura), Wafy Zaidi (Brunei) dan Supaphorn (Thailand). Pusingan pertama Top 36 malam tadi telah menyaksikan wakil dari Thailand menjadi mangsa penyingkiran yang pertama.


Sarah Fazny telah menyanyikan lagu yang berjudul Biarlah Merana malam tadi dan mendapat pujian daripada Soimah, Mas Idayu, Inul Darastita dan Nassar. Rata rata memuji lenggok dan cangkuk dangdut yang disampaikan selain daripada artikulasinya yang jelas. Nyanyian Sarah Fazny juga tiada masalah pitching kecuali beberapa bahagian pada awalnya. 



Berdasarkan prestasi Sarah Fazny untuk malam tadi, aku rasa Sarah Fazny boleh mengulangi fenomena Shiha Zikir yang berjaya mencipta nama dan mendapat tempat di hati peminat peminat dangdut di Indonesia. Sebab apa? Sebab Sarah Fazny ni ada pakej yang lengkap dan boleh menyanyikan lagu dangdut dengan baik sama seperti Shiha Zikir.

Jangan tak tahu yang Shiha Zikir merupakan satu satunya wakil Malaysia yang berjaya menembusi Top 3 di pentas D'Academy Asia musim yang pertama. Setakat ini masih belum ada wakil dari Malaysia yang berjaya menyamai atau mengatasi rekod yang dicipta oleh Shiha Zikir. Mungkin Sarah Fazny akan berjaya mengikut jejak langkah Shiha Zikir? Siapa tahu kan? Mungkin juga terlalu awal untuk diduga. Tahun lepas kita mengharapkan Azizul Haqim untuk mendapat tempat dalam Top 3 namun akhirnya kecundang gara gara kesilapan yang fatal dalam Top 5.




Selain Sarah Fazny, kontinjen Malaysia turut diwakili oleh Wani Kayrie, Tyka, Fauziah Gambus, Zam Ryzam dan Adli Shazwi. Semoga wakil Malaysia tahun ni berjaya mendapat tempat dalam D'Academy Asia 4! All the best!

Isnin, 24 September 2018

Lirik Lagu Sarah Suhairi - Nyawa & Raga

Salam.



Tahniah Sarah Suhairi yang baru saja dinobatkan sebagai juara Big Stage musim pertama malam tadi! Pada pendapat aku, keputusan yang tepat apabila meletakkan dia sebagai juara untuk program Big Stage ni. Walaupun dari segi range suara dia ni agak terhad tapi dia ada sesuatu yang segar untuk para peminat industri muzik tempatan. Semoga Sarah Suhairi semakin dikenali selepas kejayaan semalam.

Lagu baru Sarah Suhairi yang berjudul Nyawa & Raga ni mempunyai melodi yang mudah tangkap di telinga dan catchy. Sekali dengar je dah boleh ikut nyanyi sekali. Lirik pun ringkas. Tapi ada juga komen yang cakap lagu ni sama macam lagu G-Dragon yang berjudul Crooked. Tak pasti sama ada betul atau tidak lagu ni sejenis plagiat atau sekadar ambil sampel beberapa bahagian dalam lagu tu. Komposer dan penulis lirik untuk lagu Nyawa & Raga ni adalah Room None dan Iman Imran.


Lirik Lagu Sarah Suhairi - Nyawa & Raga

Aku nyawa engkau raga yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia
Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepada ku

Benar ku sukar ungkapkan kata sayang
Tapi pasti diri mu selalu di hati
Tak sekali diri mu pernah ku lupa
Walaupun sedetik takkan pernah singgah

Wahai teman ku ingin diri mu tahu
Kasih penuh dalam hati hanya untuk kamu
Tiada ego dan rasa pentingkan diri
Iri dan benci tak pernah

Dan kau hadir dalam suka dan duka
Tak pernah kau menjauh dari ku
Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia
Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepada ku

Wahai teman aku mahu engkau tahu
Kasih penuh dalam hati buat kamu
Tiada ego dan rasa penting diri
Iri dan benci tak pernah ada
Terima kasih kerana sudi bersahabat
Takkan lupa dan sering ku beringat
Sering kali kita terlepas
Manis suka dan duka
Bahagia bersama

Part rap tu aku tak dapat nak tangkap setiap perkataan. Laju gila Sarah Suhairi rap malam tadi!

Jumaat, 27 April 2018

Lirik Lagu Siti Sarah - Semakin

Salam.


Akhirnya Siti Sarah Raissuddin kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu yang berjudul Semakin ciptaan Mera Utama. Katanya Mera Utama tu nama pena Shuib? Betul ke? Aku pun tak berapa pasti. Haha! Aku rasa agak lama juga Siti Sarah ni ambil masa untuk release lagu sejak memenangi tempat kedua dalam program Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016. Mungkin dia baru jumpa lagu yang sesuai dengan citarasa dia kot? Pada pendapat aku, lagu Semakin ni ada vibe lagu lagu balada Agnes Monica atau sekarang dikenali sebagai Agnez Mo. Memang layan habis lagi lagi bila dia main tarik suara kat hujung hujung lagu tu.

Lirik Lagu Siti Sarah - Semakin 

Aku tak peduli walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh mencintakanmu

Aku tak peduli walaupun berulang kali
Hati ini takkan mungkin membencimu

Sampai saat ini aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja melekat di hati

Semakin jauh semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu di hatiku
Semakin benci semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata mencintaimu

Ku cuba fahami mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin dipaksakan

Dah dengar belum? Haaa... Korang dah boleh dengar lagu ni kat platform platform digital seperti Spotify, Apple Music dan JOOX.

Khamis, 21 Disember 2017

Artis Wanita Popular Sebelum & Selepas Edisi Bukan Tak Cantik Cuma Tak Berduit

Salam.


Jangan serius sangat! Entri ini sekadar hiburan semata-mata. Sebagai artis wanita, penampilan dan kecantikan diri itu kena sentiasa dititik beratkan. Kalau tak, tak dapatlah jadi duta produk itu produk ini. Betul tak? Jadi sebab itu sekarang ini kebanyakan artis wanita memang lebih cantik jika dibandingkan masa awal kemunculan mereka dalam industri hiburan ini. Tak percaya ke tu? Takpe. Mari kita tengok beberapa artis wanita popular sebelum dan selepas edisi bukan tak cantik cuma tak berduit. Haha!

Nur Fazura

Jihan Muse

Kila Fairy

Siti Sarah Raissuddin

Jadi kalau korang rasa korang tak cantik tak hensem, sebenarnya korang bukan tak cantik tak hensem, tapi korang cuma takde duit je. Kalau korang berduit, aku yakin korang pun boleh jadi cantik boleh jadi hensem. Tapi yang penting? Carilah duit sekarang! Haha!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com