Selasa, 27 Februari 2018

Filem Surf This Love Angkat Sukan Luncur Air!

Salam.


Filem Melayu terbaru, Surf This Love: Gelora Juara baru je ditayangkan pada 22 Februari yang lepas. Masih sempat lagi tengok filem ni minggu ni. Rasanya takde filem filem blockbuster yang akan ditayangkan pada minggu ni. Jadi korang boleh ambil kesempatan untuk tengok filem Surf This Love: Gelora Juara kat panggung wayang berdekatan korang. Tapi kalau korang blur blur ayam filem ni pasal apa, siapa pelakon pelakon dia best ke tidak, aku dah terangkan kat bawah ni. Baca jangan tak baca! Haha!

Filem: Surf This Love: Gelora Juara
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Romantik Komedi
Pelakon: Syukri Yahya, Christine Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustagiqm Bahadon & Syuhaida Abraz
Pengarah: Waan Hafiz



Sinopsis:

Minat Billy terhadap sukan meluncur air tidak pernah pudar. Billy bertemu dengan Mia, seorang blogger dari Kuala Lumpur yang datang bercuti di Pulau Tioman. Billy membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau tersebut. Dari perkenalan singkat itu, Billy jatuh hati terhadap Mia kerana sikap Mia yang tidak merendahkan cita-citanya. Namun, Billy patah hati apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya dan teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idola Billy dalam sukan meluncur air. Siapakah yang akan menjadi pilihan Mia? Adakah Mike Malaya atau adakah Billy? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Mike Malaya? Dan kenapakah Jimmy tidak mahu mengajar Billy meluncur air?

Pada 19 Februari yang lalu, Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Surf This Love: Gelora Juara telah diadakan di mmCineplexes eCurve Damansara. Jadi mari kita tengok pandangan blogger-blogger yang dah tengok filem ni hari tu?


"Jalan cerita dinamik, visual cantik dan menyentuh elemen persahabatan dan keluarga dengan baik." - Eazy Izzuddin
"Setiap pelakon berjaya menjiwai watak dan kelakar habis!" - Khai Artzfar
"Lain daripada yang lain! Pulau Tioman memberikan impak yang cantik pada visual." - Syafiera Yamin
"Watak Billy sangat menyerlah dengan perangai gila-gila dan kelakar." - Ahmad Fauzi Aryaan
"Menghiburkan dan santai!" - Rafzan Tomomi
"Tidak bosan malah agak menghiburkan!" - Syazwan Rahman

Saksikan filem Surf This Love: Gelora Juara di pawagam berdekatan sekarang!

Khamis, 8 Februari 2018

Filem Surf This Love Dijemput Meluncur Ke Laut Dalam

Salam.


Sekali dengar macam filem dari luar negara tapi sebenarnya filem Surf This Love (STL) ini adalah merupakan filem tempatan yang ditayangkan di pawagam pada 22 Februari 2018 tak lama lagi. Filem STL ini bergenrekan romantik komedi, membariskan hero dan heroin yang sedang meningkat naik namanya, iaitu, Shukri Yahaya dan Cristina Suzanne, dibantu oleh Josiah Hogan, Beto Khusyari, Pekin Ibrahim, dan Farid Kamil.



Tiada daya penarik?

Aku tak berapa yakin dengan barisan pelakon dalam filem STL ini. Hambar! Ehhh... Aku tak pertikaikan bakat lakonan dorang pun tapi aku ragu-ragu dengan aura dan pesona dorang untuk menarik penonton tengok filem STL ini kat panggung wayang. Sejujurnya aku sendiri tak tertarik nak tengok filem ini bila dapat tahu barisan pelakon yang menjayakan filem STL ini. Aku cadangkan pelakon-pelakon dalam filem ni kena buat kontroversi sebelum filem ni ditayangkan seperti bercinta dengan suami orang, tweet sebodoh dan sebangang mungkin (boleh tanya Fatiya Latiff untuk maklumat lanjut) dan menampar polis di balai berhampiran.



Meluncur ke laut dalam?

Filem STL ini sebenarnya menceritakan kehidupan peluncur air. Tapi kenapa peluncur air? Berapa kerat je peluncur air kat Malaysia ni? Lepas tu kenal ke peluncur-peluncur air yang ada kat Malaysia ni? Dah tu kenapa buat filem pasal peluncur air? Lain kali buatlah filem pasal lelaki jadi pondan tapi mengaku khunsa ke, pasal gara-gara mesej tak dibalas papa jahat telefon jakim ke, pasal tahu lah tahun ni tahun anjing tapi janganlah menganjing gong gong gong ke, barulah segenap lapisan masyarakat nak tengok. Betul tak? Ni ada pulak buat filem pasal peluncur air? Silap silap kutipan filem STL ni nanti terus meluncur ke laut dalam!  




Cuba korang tengok trailer filem dia kat bawah ni. Best ke tidak?



Dalam diam negara kita sebenarnya ada tempat meluncur air terbaik. Serius ke? Aku sendiri tak tahu! Korang tahu tak kat mana? Haaa... Katanya kat Pulau Tioman! Setiap tahun pertandingan meluncur air diadakan di Pulau Tioman dan menjadi tumpuan peluncur air dari luar negara. Jom tiba-tiba ke Pulau Tioman?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com