Rabu, 4 Mei 2011

Kerana Tali, Emosi Yang Terganggu Bertukar Menjadi Bahagia!

Wah. Pecah rekod bulan ni, aku update dua entri dalam masa satu hari! Haha. Biasa la. Dah habis kena observe ni, kepala hotak tak kusut mana. So, boleh ah nak spend masa lebih dengan blog tercinta ni. Hurmmm... Blog ni la tempat aku mencurahkan segala perasaan aku. Konon konon ah kan. ;)


Okay. This is going to be a short entry. Nak kongsi something dengan korang. Tadi aku relief one class. Masa tengah tengah syok relief kelas tu, aku ternampak sorang pelajar perempuan tengah bawak tali warna hijau. Aku tanya ah nak buat apa dengan tali tu, nak buat anyaman ketupat ke. Adeh. Boleh pulak aku tipu kau? Haha. Terang terang aku tipu part anyaman ketupat tu haaa... =.=


Next, pelajar perempuan tu kata nak buat tali nama yang selalu budak budak sekolah buat tu. Erk. Ingat tak masa korang sekolah dulu? Masa tu famous dengan tali nama ni. Ingat tak? Adeh. Macam mana aku nak terangkan ek? Okay. Macam ni, tali tu kena lilit kat something yang keras, like cardboard. Tapi bukan lilit laju laju macam tu je! Sambil lilit tu, siap kena buat huruf huruf yang akhirnya akan membentuk satu nama. Faham tak penerangan aku yang super terperinci ni? =.=


Secara bergurau edisi malu tapi mahu, aku cakap ah cer try buatkan nama aku pulak kan. Haha. Tak sangka pulak pelajar perempuan tu boleh terus siapkan waktu tu jugak. Adeh. Sebelum aku keluar, dah siap dah! Wow! Pantas gile dia buat! Tak sampai 5 minit kot? Aku rasa macam tak sampai 5 minit. Anyway, thanks to her! Why? Because of her, emosi yang terganggu sebelum ni terus bertukar menjadi bahagia! Haha. Eh. Aku dapat hadiah lagi? XD


Tadaaa!!!



potpetpotpet : I'm human. And you?

Selasa, 3 Mei 2011

Boleh Je Kalau Aku Nak Maki Hamun Kat Blog Ni Haaa...

Erk. Aku nak luahkan perasaan boleh? Takpe kan? Sebelum tu, aku nak nasihatkan korang supaya tidak turut beremosi macam aku. Haha. Aku mengaku entri kali ni penuh dengan emosi. So, pandai pandai la korang nak baca ke tak. Aku tak paksa pon. Anyway, aku nak mintak maaf awal awal kalau ada sesiapa yang terasa. Aku tak tujukan kat mana mana pihak. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati je. Mari mulakan topik kita pada hari ni. Boleh? Okay. Aku memang kesian gile tengok...


Enough!!!


Haaa... Mula mula aku nak taip entri macam tu. Tapi bila fikir fikir balik, buat apa nak layan sangat shitty things macam tu kan? Baik aku ignore je. Tak mendatangkan faedah pon. Aku terus ubah fikiran. Aku nak update pasal benda benda yang happy je. So, aku nak update pasal apa pulak kali ni? @.@


Last Saturday, aku pergi Times Square untuk gathering bukan bloggers. Diulangi, gathering BUKAN bloggers. Haha. Ni gathering bersama my dear coursemates la. Tiba tiba je nak buat gathering, apahal pulak kan? Dah buang tabiat ke? Takde ah. Dah hampir setengah tahun kot kitorang tak berjumpa. Ni kira mini reunion la lebih kurang. Konon konon la kan... =.=


Finie, Jhou, Hizami, Eve, Din, Jac, Nana & Gaya.


Dinner time!!! Jemput makan sendiri boleh?


Satu-satunya aktiviti yang kitorang buat hari tu ialah tengok wayang. Haha. Muak gile dengan aktiviti tu. Tapi tak kisah la. Janji dapat jumpa! Yeah! Itu yang kita cari selama ni! Cari apa pon aku tak tahu. Bantai je ah. Sambil sambil tu, kitorang berborak pasal pengalaman masing masing kat sekolah. Macam macam hal. Adeh. Ada yang kena kacau dengan panggilan sayang la, ada yang kena usik la. Takpe takpe. Dugaan tu... Sabau je la!!! >.<


Bajet macam patung ah kan?


Madu tiga? Haha.


Sebelum aku tamatkan entri pada hari ni, aku ingin menayangkan dua lagi hadiah hari jadi yang aku dapat baru baru ni. Walaupun aku tak dapat iPhone, SLR or even Apple goodies, aku dengan bangganya menerima hadiah hadiah tersebut. Tak percaya? Ni aku siap tayang ni haaa... Haha. Thanks to both of you!!! You know who you are! :')


T-shirt kaler hijo!!! Kaler feveret tuuu!!!


A wallet! And i'm using it now!



potpetpotpet : Smile though your heart is aching... ;)

Ahad, 1 Mei 2011

Hadiah Hari Jadi Tapi Kena Beli Sendiri! Haha!

Erk. Hadiah hari jadi tapi kena beli sendiri? Biar betik? Memang tak boleh belah la kalau macam tu... Lantak ah. Aku tak kisah pon sebenarnya. Kenapa? Haaa... Meh sini nak cerita. Last Thursday, Qarl texted me. He said tahniah la coz my blog was featured on Remaja keluaran 1 Mei 2011. Aku macam ba ba black sheep have you any wool la kan? Macam mana boleh terselit kat majalah tu? Aku terkejut derrr... Siapa punya kerja ni? Sampai hati tak beritahu aku! >.<


Dalam kotak fikiran aku ni dah mula teka teka siapa manusia yang bertanggungjawab tersebut. Dan aku dapat teka sorang je. Jeng jeng jeng. Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus mesej dia. Aku tanya ni semua kerja dia ke. Guess what, dia kata, macam mana aku boleh tahu ni. Haha. Biasa derrr... Aku tahu la sebab aku ada bela ikan laga. Erk. Okay. Fine. Memang takde kena mengena langsung. =.=


Dia kata lagi, tu sebagai hadiah hari jadi. Hehe. Senyum senyum kambing aku jadinya. Terima kasih la sebab bagi hadiah hari jadi yang special ni. I do aprreciate it! So, semalam aku baru berkesempatan nak beli majalah Remaja ni. For those yang tak beli lagi, meh sini aku nak bagi korang tengok cover majalah Remaja untuk keluaran 1 Mei 2011 ni. Jom scroll down sekarang! ^.^


Elfira & Aeril

Amira Mastura kat atas. Budak Lelaki Sebelah Pintu kat bawah.

Mari dekat sikit.

Mari senget sikit.



potpetpotpet : Siapa dia? Shhh...

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com