Selasa, 3 Mei 2011

Boleh Je Kalau Aku Nak Maki Hamun Kat Blog Ni Haaa...

Erk. Aku nak luahkan perasaan boleh? Takpe kan? Sebelum tu, aku nak nasihatkan korang supaya tidak turut beremosi macam aku. Haha. Aku mengaku entri kali ni penuh dengan emosi. So, pandai pandai la korang nak baca ke tak. Aku tak paksa pon. Anyway, aku nak mintak maaf awal awal kalau ada sesiapa yang terasa. Aku tak tujukan kat mana mana pihak. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati je. Mari mulakan topik kita pada hari ni. Boleh? Okay. Aku memang kesian gile tengok...


Enough!!!


Haaa... Mula mula aku nak taip entri macam tu. Tapi bila fikir fikir balik, buat apa nak layan sangat shitty things macam tu kan? Baik aku ignore je. Tak mendatangkan faedah pon. Aku terus ubah fikiran. Aku nak update pasal benda benda yang happy je. So, aku nak update pasal apa pulak kali ni? @.@


Last Saturday, aku pergi Times Square untuk gathering bukan bloggers. Diulangi, gathering BUKAN bloggers. Haha. Ni gathering bersama my dear coursemates la. Tiba tiba je nak buat gathering, apahal pulak kan? Dah buang tabiat ke? Takde ah. Dah hampir setengah tahun kot kitorang tak berjumpa. Ni kira mini reunion la lebih kurang. Konon konon la kan... =.=


Finie, Jhou, Hizami, Eve, Din, Jac, Nana & Gaya.


Dinner time!!! Jemput makan sendiri boleh?


Satu-satunya aktiviti yang kitorang buat hari tu ialah tengok wayang. Haha. Muak gile dengan aktiviti tu. Tapi tak kisah la. Janji dapat jumpa! Yeah! Itu yang kita cari selama ni! Cari apa pon aku tak tahu. Bantai je ah. Sambil sambil tu, kitorang berborak pasal pengalaman masing masing kat sekolah. Macam macam hal. Adeh. Ada yang kena kacau dengan panggilan sayang la, ada yang kena usik la. Takpe takpe. Dugaan tu... Sabau je la!!! >.<


Bajet macam patung ah kan?


Madu tiga? Haha.


Sebelum aku tamatkan entri pada hari ni, aku ingin menayangkan dua lagi hadiah hari jadi yang aku dapat baru baru ni. Walaupun aku tak dapat iPhone, SLR or even Apple goodies, aku dengan bangganya menerima hadiah hadiah tersebut. Tak percaya? Ni aku siap tayang ni haaa... Haha. Thanks to both of you!!! You know who you are! :')


T-shirt kaler hijo!!! Kaler feveret tuuu!!!


A wallet! And i'm using it now!



potpetpotpet : Smile though your heart is aching... ;)

Ahad, 7 November 2010

Death Place | Seram Seram Ayam

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera ! Sekian. Terima kasih. Itu je aku nak update hari ni. Boleh ? Mati ah aku kena maki hamun dengan budak budak ni. Haha. Takde ah. Aku main main je. Don't worry ah. Ada banyak benda aku nak tulis ni. XD


Tadi, aku gi lepak kat MBO dengan Pian & Kmel. Nak tengok wayang sat. Fikir punya fikir, bincang punya bincang, kitorang gi tengok cerita seram punyerrr ! Tajuk dia DEATH PLACE. Seram ke ? Den pun tak tahu nak kobar cano. Well. Cerita ni daripada Thailand. So, I was expecting gilerrr gilerrr punya seram ah kan ? Paling paling koman pun terkejut sampai kencing berdarah ah kan ? But, I was disappointed. Boleh kata seram seram ayam je. Tak berbaloi ah keluar RM 10 tu. Haha. From 5 stars, aku bagi 2 je ah. Cukup ah tu. Bagi 5 pun, nak buat apa banyak banyak ? =.=


Okay. DEATH PLACE ni dijamin ada hantu gua cakap sama lu. Dah nama pun cerita seram punyerrr, tentu tentu ah ada hantu. Erk. Well, DEATH PLACE ni merupakan gabungan empat cerita yang berbeza tapi ada kaitan antara satu sama lain. Kira ada empat hantu ah kuar. Tapi kan, aku suka cerita yang keempat ! Kira cerita yang pertama sampai cerita yang ketiga tu, aku tak suka ah. Haha. Aku jujur ni since honesty is the best policy katanyerrr. Cehhh ... Cerita yang keempat tu dia ada sikit elemen kelakar yang betul betul kelakar. Senang cakap, kelakar ah ! Dan, yang paling penting, hantu dia lain sikit. Nak tahu macam mana hantu dia ? Gi ah tengok sendiri kat panggung panggung berhampiran. Aku malas ah nak taip lagi. Dah bengkok bengkok kuku aku dok asyik taip menaip ni. The end. ^.^




potpetpotpet : Selamat berhujung minggu !

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com