Ahad, 5 Jun 2011

Bersatu Kembali Setelah Dua Minggu Berpisah!

Aku keluar dengan pelajar pelajar aku hari Selasa hari tu. Ni ibarat reunion la kot, walaupun aku baru je keluar daripada sekolah tu dua minggu yang lalu. Errr... Baru dua minggu dah buat reunion? Dahsyat! Haha. Budak budak ni la punya pasal. Dorang nak sangat jumpa aku, aku ikut je ah. Lagipon kitorang tak pernah keluar sama sama. Sebelum ni aku keluar dengan pelajar pelajar lain. Ni kira first time la kitorang hang out together. Patutnya kitorang jumpa hari Ahad, tapi hari tu aku tengah busy kat Putrajaya. So, dorang tunda hari Selasa. ;)




Kitorang buat reunion kat Jaya Jusco di Seremban 2. Sampai je kat sana, kitorang pergi tengok wayang sama sama. Two of them dah beli tiket awal awal dah. Dorang tengok Kung Fu Panda. Geram betul aku dengan dorang! Bukan nak tunggu kan? Last last, aku dengan yang lain tengok Pirates of the Caribbean. Boleh pulak buat reunion tapi tengok wayang asing asing? Haha. Lepas dah selesai tengok wayang, kitorang lepak McDonald's. Errr... Nak makan ke? Boleh tak guna duit sendiri? Errr... For your information, aku cakap macam tu kat dorang. Siriyes! Aku memang tak mampu nak belanja dorang semua. Aku takde duit derrr... Aku belum kerja lagi, so, gaji pon takde. I'm sorry! Hehe. Takpe takpe. Lain kali la ek? >.<




Eh. Perasan tak semua yang datang hari tu ialah budak budak lelaki? Aku tak berapa pasti kenapa budak budak perempuan tak datang. I bet their parents tak bagi kot. Lagipon dorang baru Form 1 kan? Mak bapak dorang risau la tu. Kalau dorang nak datang pon, mak bapak dorang yang kena hantar dan mak bapak dorang jugak la yang kena ambil. Haish... Agak menyusahkan di situ. Nasib la budak budak lelaki ni berjaya mengatasi halangan yang mendatang. Syabas! XD


Then, kitorang tak tahu nak buat apa dah. One of them ajak main bowling. Dan dia ajak aku main sekali. Tapi aku tolak tawaran tersebut. Aku bukan apa, aku takut ah dorang malu gile bila kalah teruk dengan aku nanti. Sebab tu aku kata aku tak nak main. Errr... Berlagak nampak? So, aku cuma tengok je la dorang main, bagi moral support orang kata. Anyway, sebelum masing masing membawa diri, kitorang duduk duduk sambil borak borak sampai terkoyak mulut. Adeh. Penat betul melayan kerenah sorang sorang. Tapi seronok! Hope we can do this more often. :')


A R A S H
R A Z A Q
A S N A W I
H I S H A M
H A F I Z
S Y A F I Q
Z U L F A R I S



potpetpotpet : Bersatu kembali ialah sama dengan reunion. Faham tak? =,=

Selasa, 3 Mei 2011

Boleh Je Kalau Aku Nak Maki Hamun Kat Blog Ni Haaa...

Erk. Aku nak luahkan perasaan boleh? Takpe kan? Sebelum tu, aku nak nasihatkan korang supaya tidak turut beremosi macam aku. Haha. Aku mengaku entri kali ni penuh dengan emosi. So, pandai pandai la korang nak baca ke tak. Aku tak paksa pon. Anyway, aku nak mintak maaf awal awal kalau ada sesiapa yang terasa. Aku tak tujukan kat mana mana pihak. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati je. Mari mulakan topik kita pada hari ni. Boleh? Okay. Aku memang kesian gile tengok...


Enough!!!


Haaa... Mula mula aku nak taip entri macam tu. Tapi bila fikir fikir balik, buat apa nak layan sangat shitty things macam tu kan? Baik aku ignore je. Tak mendatangkan faedah pon. Aku terus ubah fikiran. Aku nak update pasal benda benda yang happy je. So, aku nak update pasal apa pulak kali ni? @.@


Last Saturday, aku pergi Times Square untuk gathering bukan bloggers. Diulangi, gathering BUKAN bloggers. Haha. Ni gathering bersama my dear coursemates la. Tiba tiba je nak buat gathering, apahal pulak kan? Dah buang tabiat ke? Takde ah. Dah hampir setengah tahun kot kitorang tak berjumpa. Ni kira mini reunion la lebih kurang. Konon konon la kan... =.=


Finie, Jhou, Hizami, Eve, Din, Jac, Nana & Gaya.


Dinner time!!! Jemput makan sendiri boleh?


Satu-satunya aktiviti yang kitorang buat hari tu ialah tengok wayang. Haha. Muak gile dengan aktiviti tu. Tapi tak kisah la. Janji dapat jumpa! Yeah! Itu yang kita cari selama ni! Cari apa pon aku tak tahu. Bantai je ah. Sambil sambil tu, kitorang berborak pasal pengalaman masing masing kat sekolah. Macam macam hal. Adeh. Ada yang kena kacau dengan panggilan sayang la, ada yang kena usik la. Takpe takpe. Dugaan tu... Sabau je la!!! >.<


Bajet macam patung ah kan?


Madu tiga? Haha.


Sebelum aku tamatkan entri pada hari ni, aku ingin menayangkan dua lagi hadiah hari jadi yang aku dapat baru baru ni. Walaupun aku tak dapat iPhone, SLR or even Apple goodies, aku dengan bangganya menerima hadiah hadiah tersebut. Tak percaya? Ni aku siap tayang ni haaa... Haha. Thanks to both of you!!! You know who you are! :')


T-shirt kaler hijo!!! Kaler feveret tuuu!!!


A wallet! And i'm using it now!



potpetpotpet : Smile though your heart is aching... ;)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com