Sabtu, 25 September 2010

Belon Belon Cinta


BELON BELON CINTA MELETUP DI UDARA. Sila nyanyi guna irama : BUNGA BUNGA CINTA LAYU DI PUSARA. Boleh ? Haha. Aku kena tiup belon petang semalam. Yay ! Aku berjaya tiup belas belas belon jugak. Dan bibir aku mengalami kekejangan selama beberapa minit selepas kejadian kau tahu. Agak agak bibir aku dah rupa bibir itik dol. Seksi lah jugak walaupun. Haha. Eh. Motif tiup belon ? Malam semalam aku ada jamuan raya with all of my classmates. Kira belon belon tu sebagai penyeri majlis je. Nampak ceria lah kot.


Kau nak tahu belon tu tertulis apa ? HAPPY BIRTHDAY. Haha. Lantak lah. Takde sesiapa perasan kot. Janji belon belon ada. Adeh. Dengan meniup belon, kau dapat beberapa hikmah tersembunyi kau tahu. Siriyes aku siriyes. Contoh :
  • Berupaya menaikkan seri wajah. Semakin banyak belon yang kau tiup, semakin naik tulang pipi kau. Secara tidak langsung, wajah kau menjadi cantik. Nak tak ?
  • Kau mengimpikan bibir mungil seperti Angelina Jolie ? Apalagi kau tunggu ? Pergi tiup belon sekarang. Apabila kau tiup belon, kau mula memuncungkan bibir sepanjang mungkin. Sedar atau tidak, bibir kau bertambah mungil secara semulajadi. Dan kemungilan bibir kau bergantung kepada kekerapan kau meniup belon. Faham ?
  • Mengurangkan kadar meludah secara berleluasa. Apabila kau tiup belon, kau boleh mengeluarkan seberapa banyak air liur kat dalam belon tu. Melalui kaedah ni, kau tak perlu nak meludah merata-rata lagi. Simple je. Kalau kau rasa nak meludah sana sini, kau tiup belon terus. Secara tidak langsung, kau telah menjaga kebersihan dan kesucian alam sekitar. Tambahan lagi, belon tu boleh digunakan atau diberikan kepada kanak-kanak comel. Haha. Aku siriyes ni.

potpetpotpet: Selamat berhujung minggu !

26 ulasan:

  1. HAHAA. :D
    makin bertambah handsome lah hizami klu hari-hari tiup belon.

    BalasPadam
  2. @AROL DSHW

    amin.
    harap2 jd kenyataan.
    haha.
    :)

    BalasPadam
  3. uish.. zami.. takan la nak meludah dalam belon... eee... tak dpt bayangkan kalau belon tu pecah..

    BalasPadam
  4. bunga2 cinta aku penah dgr..ini..belon2 cinta? hurrmmm

    BalasPadam
  5. hahha...air liur akan bkumbul dlm belon klu tlalu bnyak kter tiub belon...hhu...klu wat ptndingan pecah belon, mmg masyuk r jwb nyer....hehehehe

    BalasPadam
  6. terbaek la hizami..
    ley bt tips kecantikan neyh..
    haha..

    xmenahannye
    celebrate raye.
    tp belon bufday..
    hahha

    BalasPadam
  7. @ZaCk AzRiN

    haha.
    tahu takpe.
    macam gerimis jadinya.
    :P

    BalasPadam
  8. @♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥

    yeah.
    tips kecantikan tanpa perlu belanja byk.
    :D

    BalasPadam
  9. eeeuuuwwww....gerimis sgt....hahahhaa....=)

    BalasPadam
  10. pewitt bibir sexy? miahahaha:D.jolie pun jeles taw!

    BalasPadam
  11. zami tiup belon hati2...
    nana tiup belon sambil terkentut2... hahaha kelakar tak adik dni ? ;p

    BalasPadam
  12. eeee..x kotor ker..

    bgi knak2 comel belon yg ader bekas ayaq liur tuuee...

    sian bdak2 tue..=="

    BalasPadam
  13. @ardinihumaira

    haha.
    dia hembus nafas keluar kat bawah ek ?
    :D

    BalasPadam
  14. @Hizami Rahim

    hehe..aah eaa..
    lgpown bdk2 tue mner taw ader ayaq liur kat ctu..

    lg downg hepi dpt belon free..
    tmbh2 lg kalo abg zami yg cute nie yg bgi..

    haha..:)

    BalasPadam
  15. shuke belon jugak. meniup belon boleh mgurangkan kandungan udara dlm badan haha. nakkkkkkkkkkk :D

    BalasPadam
  16. takut belon.. (=_=')
    org pegang belon pn AK dh duduk jauh2...

    BalasPadam
  17. hahaha.... =,=' salu tiup belon r nie..mmg kau pakar..

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com